MASAALAH SERAMA TAK MAHU MENGERAM
From: myraimey@h... Date: Tue Aug 7, 2001 1:11 am Subject: tak mau ngeramm |
a'kum...sifu2 semua....nie nak tanyalah pendapat kalian.. saya punya ayam tak mau ngeramm.....sudah kasi paksa....tutup tempat ngeram die mengelupur.....takut pecah lak telur...telurnye dah 15 biji dah.....tapi tup tup...ade lagi semalam....cammana nie.. zaimey |
JAWAPAN MASAALAH SERAMA TAK MAHU MENGERAM
From: rahman
ismail <shim782001@y...> Date: Tue Aug 7, 2001 3:00 am Subject: Re: [serama] tak mau ngeramm |
W'salam.. Sebenar kes-kes ayam yang tidak mahu mengeram bukanlah perkara baru kepada sesiapa yang memelihara ayam serama. Kes tak mahu mengeram bukanlah yang panik yang tak bertelur itu lebih naya. Induk yang tak mahu mengeram biasanya induk yang bertelur atas pasir atau tidak bertelur didalam sarang. Sekiranya induk itu bertelur dalam sarang itu tidak menjadi masalah sekalipun dah bertelur lebih pada 15 biji kerana mungkin induk berkenaan kali yang pertama bertelur dan juga induk itu mempunyai tahap kesihatan yang tinggi jadi ia akan bertelur mengikut keupayaannya. Perkara ini bukan satu kepanikan. Jika bimbang telur berkenaan sejuk saudara boleh mengambil telur-telur berkenaan ditumpang dengan induk yang mengeram atau masuk dalam mesin mengeram. Satu lagi kaedah tradisional ialah telur disimpan dalam bekas yang diisi padi dan 'selamkan' telur itu dalam padi. Tahan tempoh sebulan mengikut pengalaman saya. Jangan paksa induk berkenaan supaya tinggal dalam sarang untuk mengeram kerana apabila sebiji telur yang pecah dari kalangan lain maka rasiko untuk telur lain menetas susah sikit. Saya mencadangkan saudara cuba membuka laman web abang D untuk melihat tips-tips yang telah dikemukakan dalam laman web itu. Terima kasih. SHIM |
From: saiffulsam@h... Date: Tue Aug 7, 2001 4:37 am Subject: Re: tak mau ngeramm |
w'kum salam w.b.t... 15 biji kira sikit lagi tuh!! ada yang sampai 4 bulan telur non-stop...lagi haru...kalau saudara rasa 15 biji dah o.k, saya mencadangkan saudara mengasingkan yang jantan dan telur yang keluar selepas nie goreng ajer... Biasanya dalam 2-3 hari ayam tersebut akan mula mengeram tanpa kehadiran jantan. Kalau sang jantan ada mana nak stop kan!! kan!!.. -sam |