soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

TIPS MEMANDIKAN AYAM

From: wan ahmad lotfi  <basile_32@h...>
Date: Mon May 22, 2000 2:29am
Subject: Memandikan Ayam serama


Ini hanyalah pendapat saya, dan feedback dari member semua adalah
diharapkan.

Saya telah lama berkecimpung didalam pembelaan binatang peliharaan
seperti burung(merbuk, terkukur, budgerigar, tiong dll). Dari
pengalaman saya apabila memandikan binatang peliharaan saya, banyak
mengelak dari mengunakan bahan-bahan cucuian commercial.

Seperti burung, apa yang saya pratikkan dulu ialah menyemburkan
mereka dengan ubat hama yang disahkan selamat untuk binatang
peliharaan, (boleh dibeli dikedai burung RM3.00) dan setelah
dibiarkan selama sejam saya akan semburkan mereka dengan air sehingga
basah dan kotoran semuanya (seperti najis semuanya tertanggal).

Saya melakukan perkara yang sama juga pada ayam-ayam serama saya.
Cuba member semua perhatikan setiap kali selepas memandikan ayam, apa
yang akan dilakukan oleh ayam itu. KIta akan dapati bahawa setelah
bulunya hampir kerinag , ayam itu akan mula membersihkan dirinya dan
memiyakkan bulunya dengan lendir minyak yang dikeluarkan dari
ekornya. Cuba perhatikan dekat dengan 'conet' ayam itu terdapat isi
sebesar kepala mancis' - fungsinya ialah untuk mengeluarkan minyak
untuk ayam itu membersihkan bulunya dan 'funtion as a water proff
media for the chicken feathers'

Dari pembelajaran sains saya bila kita mengunakan sabun atau shamppo,
fungsi utama ialah untuk membersih dan mengeluarkan minyak pada badan
kita. Pendapat saya ialah jika kita mula membersihkan haiwan
peliharaan kita dengan bahan-bahan chemical, ianya akan menyelaputi
bulu mereka dengan bahan asing, dan apabila ayam kita cuba
membersihkan dan menyikat bulunya dengan minyak yang dijadikan secara
semula jadi dari ekornya. Ianya akan menjadi sia-sia kerana minyak
yang dikeluarkan tidak akan berfungsi dengan baik.(Tidak melekat)

Apa yang saya praktikan setiapkali membersihkan ayam saya, setelah
ayam selesai mendandan dirinya saya akan 'polish' bulunya dengan
mengunakan kain yang lincin, ini dapat memberi sinar dan kecantikkan
pada ayam setelah ayam tersebut selesai meminyakkan dirinya dengan
minyak 'natural' dari badannya.

Pada pendapat saya, cuba elakkan bahan chemical yang kita belum pasti
apakah kemudaratan yang akan terjadi pada ayam tersebut. Dan kesan
sampingan pda ayam sekiranya bahan chemical ini menyerap kedalam
kulit ayam tersebut, kerana kulit ayam mempunyai banyak rongga-rongga
udara (cuba cabut bulu ayam ) dimana bahan-bahan chemical ini masuk.

Alhamdullilah setakat ini ayam peliharaan saya tidak banyak memberi
masaalah dari segi kesihatan. Kutu tu biasalah ...perlu di berikan
ubat selalu. Dari segi demam dan lain-lain belum lagi.

Semuga member-member semua dapat idea yang baru dari segi penjagaan
ayam dengan tulisan saya ini