MASAALAH BERTELOR
From: Rozaimey Hamdan <myraimey@h...>
Date: Thu Nov 16, 2000 5:17pm
Subject: masalah bertelor
a'kum & selamat sejahtera semua..
nie nak tanya pasal ayam makan telor..
ayam saya baru bertelor sebijik...dah seminggu tapi tak nampak lagi telor yang baru....
apa masalah yang sebenarnye....ada saya bertanye pada kawan...die kata ayam die pun sama
biasanya 3-4 biji yang mula-mula tu jarak masanya agak lama lepas tu baru tiap2 hari
keluar...tapi tak pernah sampai seminggu... dan memang 2-3 bijik yang mula2 tu kena makan
la..kata die la....
jadi saya nak mintak pendapat dari kalian disini......satu lagi yang jantannyee macam tak
serius je nak buat anak...baru nak naik belakang betina tu...betina ngelepar sikit dah
terlepas lepas tu tak repeat balik....adakah itu juga penyebabnye dan kalau benar
bagaimana nak betulkan si jantan nie.....tolooong lah
zaimey
JAWAPAN - 1
From: bakabaik <jeffriy@y...>
Date: Sat Nov 18, 2000 7:48pm
Subject: Re: masalah bertelor [ Jeff jawab ]
Waalaikummussalam sdr Rozaimey,
Ada 2 persoalan yang sdr kemukakan, masalah pertama, sijantan dengan kelemahan nya, bab ni
telah dibincangkan beberapa ketika dahulu dengan topik Low and High Power X oleh tokoh2
terkenal kita seperti azul, abang D', dol dan megat, diaorang macam Prof' pernah cakap
memang berpengalaman luas tentang nii, saya serah pada diaoranglah untuk ulasan
seterusnya.
Tentang soalan kedua sdr Rozaimey, bunyi selamba aje tapi sebenarnya ia adalah satu
persoalan serius dan perlu diberikan perhatian.Peratus kemunkinan induk memakan telornya
sendiri amatlah kecil walaupun itu adalah pertama kali bagi induk bertelur.Dan kebiasaan
berlaku, induk hanyalah memakan isi didalam telor itupun disebabkan oleh telor yang
sedikit pecah akibat terantuk atau tersepak seandainya induk bertelur dibawah sarang.
Kebiasaannya induk tidak akan membiarkan isi telor mengotori reban yang bakal menjemput
musuh serangga seperti lipan dan serangga2 penggangu kepada bakal anak2nya kelak.Ini
adalah habitat biasa kehidupan haiwan termasuk induk ayam serama sendiri dalam mengawal
selia keselamatan sarang dan persekitaran nya.
Sekiranya ini terjadi kita akan dapati kesan kulit atau kelongsong ( bagi telor lembik )
yang ditinggalkan kerana serama tidak gemar memakan kulit telor, induk yang mengeram
sehingga tempoh penetasan sekalipun hanya memakan cebisan kulit telor yang terlekat dengan
kesan2 darah anaknya kerana kesan darah juga boleh menarik perhatian musuh2 pengganggu.
Saya tidak khuatir sekiranya induk sdr Rozaimey bertelor sebiji kemudian berhenti sekitar
jangka masa 10 hari atau pun lebih, keadaan ini bukanlah sesuatu yang biasa tapi boleh
terjadi pada sesetengah induk yang baru belajar bertelor. Sebenarnya sdr boleh mengesan 5
- 7 jam lebih awal tanda2 induk hendak bertelor ( paham kan ).
Tapi apa yang paling saya khuatir adalah....... sesuatu yang selama ini tidak banyak
diberikan perhatian oleh kalangan pemelihara.Musuh utama telor ayam serama tidak lain
tidak bukan adalah .......T..I..K..U..S !! memandangkan saiz telor serama yang kecil
memudahkan bagi tikus mencuri dan membawa lari, kadang2 tak kira waktu siang atau malam
pantang nampak telor ... bukan itu saja anak2 ayam pun boleh jadi mangsa tahulah peel
tikus rumah nii tak yah cerita .... gengster habissss.
Bagi pemelihara yang menggunakan reban atau sangkar dengan mata jaring berukuran 1"
keatas menghadapi risiko tinggi dirompak penyamun kerdil ini, dan bagi yang menggunakan
jaring 1/2" kebawah pun kena check juga manalah tau kot..kot ada ruang yang boleh
telus makhluk ni.... haaa niayaaa mulalah dok garu kepala cari mana pegi telor ayam nii..
bab yang paling haru sekali apabila suspect pada member semalam ada datang jengok reban
kita tah..tah... dia yang kebas... haru nii ...haruuu !! tak pasal2 member lak yang kena
kutukkkk.
Nampak nya itu sajalah ulasan saya bagi soalan sdr Rozaimey, saya ingin memberikan pujian
kepada sdr diatas soalan yang saya kira cukup penting dalam membantu memberikan kesedaran
kepada kawan2 disini dari skop ciri2 keselamatan reban kita sendiri.
Sekian, wassalam.
Jeff
P/S : saya munkin tidak dapat bersama teman2 dalam seminggu dua ni
kerana ada hal penting perlu di selesaikan (hal dlm negara aje).
[ EOM ]
JAWAPAN - 2
From: Ahmad Dzulkarnain Asmone <azul@m...>
Date: Sat Nov 18, 2000 6:58am
Subject: RE: [serama] masalah bertelor
A'kum raimey bagi saya kalau ayam jantan anda tak bernafsu cuba mengasingkan si jantan dengan si betina buat beberapa hari. atau cuba pasangkan ayam tersebut selama 3 hingga 4 jam sahaja diwaktu petang untuk mendapatkan baka.
Insyaallah mujarab p/s azul & bedi bagi minum tongkat ali dengan kacip fatimah kat ayam hehehehehhe azul