
TIPS UTK MENEGAKKAN/MENDADA AYAM SERAMA (KOTAK I.S.A)
From: <dyns@y...>
Date: Tue Aug 29, 2000 10:09pm
Subject: Kotak ISA utk Ayam Serama
Tengah hari ..!!
Ni nak mintak komen pakar pakar semua tentang KOTAK I.S.A (kotak
tempat serama praktis tegak .. hehee). Kalau ikut pengalaman saya,
memang semua ayam serama saya yg nak masuk bertanding akan saya
masukkan kedalam KOTAK I.S.A tu sekurang kurangnyer 3 jam sehari,
kalau lagi seminggu nak bertanding lagilah kena seksalah ayam tu.
Hasilnyer memanglah memuaskan... keluar jer ayam tu dari kotak I.S.A
tu, badan nyer menegak memanjang. Tapi saiz kotak tu kenalah sesuai
bagi ayam tersebut kalau boleh biarlah mengikut saiz ayam maksud saya
biarlah kotak tu jgn terlalu luas kalau tak ayam berpusing pusing dlm
kotak tu ... silap silap bila keluar jer, ekor ayam tu leh bengkok.
Saya ader jugak dengar, sesetengah orang tu kalau besok nak
bertanding, malamnyer ayam tu alamat kena tidor dlm kotak ISA tulah
tapi bagi saya belum cuba lagi lak .. bukan aper kesian lak kat ayam
tuu ...!!!
Abang D - http://serama-ns.tripod.com
RESPON
From: Mazlan Mat Ali <meimazlan@h...>
Date: Wed Aug 30, 2000 6:02pm
Subject: Re: [serama] Kotak ISA utk Ayam Serama
A/kum semua...
Ist..ist kotak I.S.A apa gunanya kotak ni .. betul ke peternak ayam
serama terpaksa gunakan kotak tersebut supaya dapat memiliki berdiri menegak
kalau cam ni ayam serama ni tak asli laa...
Kalau cam ni saya nak belajar lah dari pakar-pakar disini camana rekabentuk
kotak tersebut sebab saya nak juga ayam saya kelihatan menegak serta
mendada.
oh ya rakan-rakan semua saya telah dapatkan telur dari baka baik pada 14/8.
di eramkan pada induk baka ayam hutan tapi sampai sekarang tak menetas,
camana ni tak sabar saya menunggu. dan saya juga dapat lagi satu peringkat
telur di eramkan pada induk kapan pada 27/8. ni lambat lagi menetas ya
berapa hari jangka masa ayam mengeram.
ok semua
From: Sam <saiffulsam@h...>
Date: Fri Sep 1, 2000 7:37pm
Subject: Re: Kotak ISA utk Ayam Serama
Kotak ISA..
Memang biasa digunakan untuk mendapatkan bentuk yang menarik..
Boleh dikatakan hampir setiap peserta menggunakan semasa ayam masih
anak lagi bagi mengelakkan ayam mengalami trauma atau kejutan bila
besar..
Keberhasilan memanglah bagus; dan rakan bolehler mencuba.
mengenai ayam serama mengeram biasanya mengambil masa 21 hari tetapi
ada induk seperti induk ayam saya mengeram cuma 18 hari dan induk
ayam rakan saya mengeram cuma 15 hari. Jika induk saudara mengeram
lebih dari 24 hari periksalah telur tersebut biasanya telur tersebut
tembelang atau dah masuk angin.
-sam..