soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

PERBINCANGAN KETULINAN SERAMA

From:  abu omar <a_buz9@y...>
Date:  Thu Aug 16, 2001  7:03 am
Subject:  Ayam

Saya berminat nak pelihara Ayam Serama.. Di manakah
saya boleh dapatkan baka... dalam sekitar area Jln
Klang Lama..

Harap dapat maklum balas dari netters..

JAWAPAN

From:  seramans@y...
Date:  Thu Aug 16, 2001  7:32 am
Subject:  Re: Ayam

Bertambah lagi peminat serama !!! & bertambah meriahlah egroups ini 
lagii !!

Bercakap tentang nak beli/bela serama ni, saya harap saudara perlulah 
lebih berhati2 ... jgn jadi macam kebanyakkan dari kami suatu masa 
dulu ... banyak duit habis dibelanjakan hanya utk mendapatkan serama 
yg baik/cantik bergaya tapi yg dapat hanyalah SeraPan or Bhara !!

Org lain serama mendada yg kita punya merayap ... kehh kehhh !

Adalah lebih baik saudara pastikan dulu, serama yg hendak dibeli 
benar2 serama ... bertanya dulu dgn org yg betul2 membela serama. 
Mungkin kata2 saya ini tak disenangi ... tapi demi membantu peminat 
yg baru ... ingin saya nyatakan ...AYAM SERAMA TULIN TIDAK ADA DIJUAL 
DITEPI JALAN OR DIKEDAI2 PET. AYAM SERAMA TULIN JUGA TIDAK 
MUNGKIN/ADA DIJUAL DGN HARGA RM 50.00 - RM 100.00 SEEKOR. Kalau ada 
yg dijual dgn harga tersebut .. ayam itu adalah jenis SeraPan atau 
pun Bhara ...!!

Sekian, & maaf sekali lagi kalau kata2 saya tadi kurang disenangi !!

Abang D

From:  zahari <zag2chat@y...>
Date:  Fri Aug 17, 2001  12:42 am
Subject:  Re: [serama] Re: Ayam

assalamualaikum & salam sejahtera...

seronok jugak baca argument pasal baka, serama jalanan
dan macam-macam lagi..

tapi satu yg harus kita agar lebih berhemah, jgn
generalize kita punya statement..saya kurang bersetuju
kalau ada yg berpendapat ayam yg dijual dijalanan itu
bukan serama ...saya berani mencabar anda supaya pergi
buat site visit samada di Jln Ipoh atau Paya
Jeras...kadang-kadang ada serama yg betul-betul
cantik..dan harganya taklah mahal..kalau anda mahir
dalam menilik serama insyaallah tidak tertipu...tapi
kalau anda seorang yg pentingkan BAKA..jgnlah pandang
serama jalanan tuu....

lagi satu pasal harga, adalah kurang manis utk kita
setkan harga serama berapa..dan berapa...again it goes
back to BAKA..don't be surprise saya pernah membeli
seekor serama jantan jalanan (dah mati pun)...dgn
harga hanya RM500 dan anaknya telah ditawar RM2k (baru
5 bulan)....itu semua adalah rezeki..

saya punya advice utk yg baru nak ceburi pergi ke
tempat jalanan ni..buat observation..jgn beli
dulu..sebab kadang-kadang harga yg diletakkan agak
tinggi...saya agak baik dgn beberapa penjual di Jln
Ipoh, Paya Jeras dan di BBBangi,...rata-rata ayam
diperolehi dgn harga yg murah..dan dijual dgn almost
double the price...one of my friends pernah juga beli
serama jalanan ni dgn harga RM700 (muda = age 7
bulan)...alhamdulillah setakat ni every single
competition dia dapat top ten..dan ayam tsb telah
dijual dgn harga RM1,800....kebetulan penjualnya
closed dgn saya dan beritahu saya harga yg dibeli
dikelantan hanyalah RM300...

saya hanya ingin berkongsi pengalaman..pandangan saya
kalau kita betul-betul serious dalam serama..it's
worth buying from BAKA (yg harganya spt yg telah
ditetapkan sebelumnya)...tapi kalau setakat suka-suka
dan hobi shj..cari serama yg cantik dan manis serta
sedap di pandangan mata..tapi tak MAHAL.....


salam, 

regards. 


 

From:  kamarudinanuar@p...
Date:  Fri Aug 17, 2001  1:25 am
Subject:  Re: Ayam

So ramai yang dah beri pandangan, tapi Norman mana? Lama tak muncul. 
Tak nak berkongsi pendapat ke? OK lah saya rasa dengan maklumat 
kawan2 semua dapat membantu saudara utk memulakannya. Ada baiknya 
juga seperti yg di nyatakan oleh kawan tu. Cubalah intai2 semasa 
dipertandingan. Macam mana bentuk ayam yg memasuki pertandingan 
tersebut dan ayam yg kita nak beli tu adakah menyamai ayam ayam yg 
ada dalam pertandingan tersebut, terutamanya dari segi gaya. Ayam 
serama ni susah sikit nak dinilai. Dah umur 7 bulan pun kadang2 tak 
tunjuk belang. Masa muda tak berapa bergaya, lepas luruh baru nampak. 
Ini kan pula ayam yg baru berumur satu dua bulan. Dan seperti mana yg 
kita ketahui, baka ayam yg baik pun tak semestinya menghasilkan 
keturunan yg baik. Kena hati hati juga. Dan ada pula baka yg kurang 
baik menghasilkan anak yg amat baik. Ape yang nak saya nasihatkan 
disini, beli yg dah agak sederhana besar,(Muda) dalam lingkungan 4 ke 
6 bulan. Jangan cuma tengok gaya, tengok segalanya. Balung, kepak, 
kaki, ekor dll. Ada ayam yg mendada, tapi balung senget, ekor senget, 
kepak gantung, ekor jatuh, lawi halus, lawi lembek, lawi besar dan 
bermacam macam lagi. Tapi kalau sekadar nak suka2 bagi anak main dan 
tak bertujuan nak bertanding, beli nak yg 3 RM 50 pun tak ape?

 

From:  jack spitter <jspitter@y...>
Date:  Fri Aug 17, 2001  3:31 am
Subject:  Re: [serama] Re: Ayam

 --- zahari <zag2chat@y...> wrote: >
assalamualaikum & salam sejahtera...

Hi,

Setuju dengan pendapat saudara Zahari,yang jual tepi
jalan tu...ayamnya datang dari reban jugak!Penjual tu
ada juga penternak ayam serama.Biarlah mereka cari
REZEKI cara mereka,jangan diganggu,kekadang kenyataan
yang kita buat boleh mempengaruhi orang lain supaya
tak membeli ayam jalanan.
Peniaga cari rezeki untuk anak anak......Terpulang
kepada pembeli untuk menilai....Dari jauh mereka
datang...

Maaf,kalau ada yang tersinggung.

Regards

Jack Spitter

 

From:  saiffulsam@h...
Date:  Fri Aug 17, 2001  11:37 am
Subject:  [serama] Re: Ayam

--- In ayam_serama@y..., zahari <zag2chat@y...> wrote:

w/kumsalam w.b.t

Welcome semula Buat saudara Zahari, maaf saya terlupa untuk register 
nama u semula ...

Memang betul rezeki, Allah s.w.t ajer yang tahu, kalau dah rezeki 
ayam dari baka aper pun boleh jadi...

Malahan jika diselidiki memang betul serama nie melalui proses 
kacukan yang lama dan makan masa..
jadi kalau ader sekor dua terhasil cantik dari kandang saudara/ri 
maka itulah rezeki...

Dari pengamatan saya kekadang bila ayam yang cantik ini dikahwinkan 
atau menjadi bapa/induk maka anak yang terhasil akan menjawab 
segalanya...adakah semua anak terhasil nanti cantik seperti bapanya?

Di sini penternak lebih suka mencari baka yang tulen, supaya hasilnya 
yang didapati nanti SERAGAM.  Jadi hasil yang seragam "darah murni" 
inilah yang dicari oleh pengemar serama.  Mungkin rakan pernah 
mendengar "ayam tuh kalau kahwinkan dengan mana jantan akan 
menghasilkan anak yang cantik".  Di sini proses penyeragaman hasil 
bukanlah sesuatu yang mustahil seperti saudara HS cuba menghasilkan 
ayam yang beratnya kurang dari 250gm.  Hasil dari keseragaman ini, 
anak yang paling tak cantik pun mengikut kelemahan induknya dan 
bukannya lagi teruk dari induk2nya. 

Berbalik kepada ayam yang dibeli di Tepi Jalan memang betul tak 
semuanya hodoh, tetapi kita kena berkawan dahulu, rapat barulah dia 
orang nie tawar ngan harga murah.  Sebagai contoh dalam pertandingan 
di Klang Parade minggu lepas ibu (tak faham sangat tentang ayam) saya 
bertanya kategori ayam kepada penjual, ayam tersebut dari kategori 
apa?  Penjual jawab A, sedangkan dari pengamatan saya kapan.  Jadi 
ibu saya turut tergelak.  Jadi disini penjual mengambil kesempatan.  
Inilah yang hendak dielakkan; jika ibu saya tak faham ayam sudah 
tentu dibelinya dengan harga RM 250 kerana mendengar temberang 
penjual.

Berbalik pula ngan ayam yang dikahwinkan tadi, jika baka ditepi jalan 
kita susah nak seragamkan.  Kekadang tuh anak terhasil lebih teruk 
dari bapa dan ada yang lebih elok dari bapa.  Ini terjadi kerana 
induk tersebut mempunyai gen resesif dan dominan.  Jadi yg resesif 
tuh pun menentukan baka ayam terhasil berikutnya.  Jadi ini menjawab 
kekadang jika bapak yang cantik anak yang terhasil buruk.  Dalam 
menternak susur galur ayam penting.  Pasal itu orang yang faham lebih 
mementingkan darah.  Bukannyer mereka nie taksub sangat ngan darah 
mereka mempunyai satu matlamat hendak menghasilkan ayam yang cantik 
atau perkataan penternak gunakan "baka unggul".  Bagaimana mereka 
lakukan?  Sungguh complicated dan saya sendiri kurang mengerti.

Oleh itu saya harap dengan penjelasan ini, dapatlah orang seperti 
saya pemula dapat memahami tentang ayam serama.  Saya sendiri 
cadangkan kalau pemula belilah yang murah.  Kenape??  Kita kena 
belajar kerana ilmu serama akan datang sendiri melalui pengamatan 
kita.  Nak menuntut boleh tetapi amalan tuh yang penting.  Cara 
menuntut pun penting janganler terus ke sekolah tinggi dulu, belajar 
di tadika dulu.  Kemudian sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah 
menengah dll lagi.  Ingat belajar tapi tak amal samalah macam 
membuang air kat daun keladi.

Proses pembelajaran termasuklah cara mengubati dll lagi.  Menternak 
ayam nie banyak dugaan, ayam mati dll lagi tetapi ini menjadikan kita 
faham.  Tujuan y-groups nie pun sama, nak mendidik rakan mengenai 
serama secara tak formal.  Kalau buat seminar serama mesti ramai nak 
serta ;).

So, disini saya ingin tekankan ayam yang cantik boleh dihasilkan tak 
kira di mana juga dengan syarat kita menyayangi ternakan kita.  
Berilah mereka kasih sayang yang first class.  Insyallah ayam 
tersebut tak menghampakan kita.

-sam 

 

From:  "Darth Kir" <froztbyte@h...>
Date:  Fri Aug 17, 2001  1:23 pm
Subject:  [serama] KONSEP BAKA

Saya sgt bersetuju dgn pendapat abg Sam. Sekarang ini ramai orang sedang 
sibuk memperkatakan ttg baka, mana yg baik dana mana yg kurang baik. Jadi 
disinilah ramai penternak yg mendakwa baka mereka adalah baka yg terbaik, 
baka juaralah dan bermacam2 lagi. Pada pandangan saya berdasarkan serba 
sedikit ilmu masa belajar biologi kat sekolah dulu, yg layak dikatakan baka 
ialah haiwan yg ada pedigree (susuur galur yg seragam dan unik yg boleh 
membezakan dgn baka yg lain). Cth. kalau anjing, let's say bull terrier, 
anak2nya nanti mesti jadi bull terrier juga. Taklah kalau keluar 6 ekor 2 
jadi bull lagi 2 jadi poodle lagi 2 jadi german shepherd. Maknanya dia punya 
breed bukan betul tulin, sudah ada mixed dalam pedigree dia masa tuk nenek 
nya disitu.
Begitu juga dgn serama kalau ayam AA + ayam AA hasilnya mestilah AA baru 
tahu itu dari line yg boleh dikatakan baka tulin. Kalau AA + AA anaknya ada 
yg AA, AB, AC maknanya belumlah layak dipanggil baka yg baru.
Hakikatnya sekarang ni ramai org suka mendakwa memiliki baka2 yg baru. Kalau 
baka tulin yg memang diketahui cth baka 2000 + 2000 = mesti 2000.
Ini ada yg 2000 + 2000 = anaknya 2000 itu diberi nama sri itu lah sri 
inilah. Lepas tu plak pemilik sri itu dan sri ini pula akan kacuk ayam ini 
dgn induk yg berlainan pedigree dan menggelarnya baka sri itu dan sri ini 
dengan nama baka baru. Utk pengetahuan keturunan sri itu sri ini belum layar 
bergelar dgn nama baka yg baru  kerana hasilnya boleh kita lihat sendiri, 
ada yg macam bapak ada yg macam emak dan ada pulak yg mixed. Tidak seragam. 
Sebab itulah kita harus faham konsep baka ini sebenarnya. Tidak boleh ikut 
suka setiap org mendakwa ada baka mereka sendiri. Kalau ada seploh ribu org 
ternak serama takkan ada seploh ribu baka kut? Dari sinilah munculnya 
masalah anak yg keluar ada yg tak menjadilah, ada yg jadi lainlah dan 
macam2. Ertinya susur galurnya tidak stable dan kita tak dapat confirm 
hasilnya macamana. Sepatutnya kalau melayu + melayu = mesti melayu takkan 
melayu+melayu = red indian?. Sebab itu melayu tadi layak dipanggil bangsa 
melayu pasal susur galur tadi tulah. Jadi kalau orang kahwin campur takkan 
anaknya yg mixed tu kita nak gelar dia bangsa yg baru pulak ?
Saya suka melihat dalam group ini sebagai penternak serama yg  'newschool' 
kerana rata-ratanya ramai ahli yg educated dan dapat kita menternak serama 
ini based on scientific knowledge tidak melalui pendapat dan pengalaman yg 
melulu semata2. Orang dulu-dulu (oldschool breeder) mungkin kurang sedikit 
pengetahuan saintifiknya(maaf)dimana banyak hasilnya adalah dari kaedah 
'cuba jaya' tetapi kaya dgn pengalaman. Maka wajarlah pengalaman mereka ini 
digabungkan dgn kepakaran saintifik ahli2 group ini spt mr HS wong kita, 
brother Sam dll. utk mengeluarkan hasil yg lebih bermutu dan taklah memakan 
masa yg terlalu lama. Time nilah cam abg Sam nak buat kita guna teknologi 
DNA utk hasilkan serama baru.
Sori kalau ada tersalah kata atau tersalah fakta. Apa yg saya tulis ini 
hanyalah berdasarkan kefahaman sendiri sahaja, mungkin salah dan mungkin 
betul.

Syakir Zainol

p/s: baru2 ni sibuk baca balik buku2 bio masa sekolah dulu.

 

From:  saiffulsam@h...
Date:  Sun Aug 19, 2001  3:49 pm
Subject:  Re: KONSEP BAKA

W'kumussalam w.b.t..

Hehehehe!!  Sebenarnya tunggu komen sifu2 dulu.  Bukan tak nak 
betulkan sekadar menarik mereka yang benar2 faham tentang breeding 
komen dulu…

Oh yer!! Begini jika kita mengahwinkan ayam tak kiralah pure breeding 
atau inbreeding atau cross breeding atau upgrading, hasilnya pasti 
kedapatan seperti di bawah:

i.	Kelebihan induk jantan + kelebihan induk betina 
ii.	Kelebihan induk jantan + Kekurangan induk betina
iii.	Kekurangan induk jantan + Kelebihan induk betina
iv.	Kekurangan induk jantan + Kekurangan induk betina

Jadi sekiranya hasil kita ialah iv, maka hasil itu dikatakan ayam 
reject (patut dielakkan tetapi itu kuasaNYA).  Jika ayam jantan dan 
betina terdiri dari baka tulen atau trah darah yang baik (darah 
murni) hasil iv masih dikategorikan sebagai cantik masih mengikut 
induk jantan dan betina (Hasil masih seragam) cuma kekurangan ayam 
tersebut. 

Apa yang dimaksudkan dengan tidak seragam bagi saya ialah apabila 
ayam dikahwinkan tetiba keluar sekor ayam yang besar macam kapan.  
Jadi hasil kita sudah tidak seragam berlainan dari ibu dan bapanya. 

Ada penternak yang (terkenal) akan "mengecilkan konsep seragam" 
Penternak yang mahukan ayamnya mengikut keseragaman yang berlebihan.  
Sebagai contoh ayam yang terhasil mestilah ikut bapanya jika lari 
dari bapa atau betina, hasil dikatakan tidak seragam.  Ayam mestilah 
mendada jika tidak mendada tetapi dari baka tulen tertentu maka ayam 
tidak seragam.  Konsep begini selalunya menjerat penternak sendiri. 
(Inilah konsep keseragaman yang saya fahami apabila mula2 membaca 
mengenai hukum alam (mandel)).  

Sebagai contoh jika penternak berminat dengan baka A, tentu harga 
baka A yang cantik mahal berbanding adiknya (X) yang kurang sedikit, 
relatif lebih murah. Penternak yang yakin dan memahami tentang 
breeding akan membeli adiknya kerana relatif murah.  Jadi di sini, 
penternak tersebut membeli X, kemudian mengahwinkan dengan betina 
dari keturunan tulen baka A.  Hasilnya belum tentu seperti baka 
jantan A.  Di sinilah konsep "hasil yang seragam" telah dipesongkan 
oleh penternak tersebut.  Jika dipanjangkan cerita ada yang membeli 
dari pembeli pertama pasti akan kecewa kerana tak sama dari baka A 
(mungkin kelihatan seperti adik A)

Sekiranya, A dikahwinkan dengan ayam serama biasa, lagilah teruk.  
Hasilnya lagi tidak menentu.   
  
Sebagai contoh saudara HS cuba mengeluarkan hasil beratnya < 250gm.  
Disini bapaknya + induk mestilah beratnya < 250gm.  Jadi sekiranya 
ayam beliau berjaya menghasilkan setiap kali menetas anak ayam 
tersebut apabila dewasa beratnya < 250gm, maka beliau dah berjaya 
menyeragamkan hasil tersebut.  Itu dari segi berat, kalau dari segi 
rupa lagilah pening kan!!!
 
Proses penyeragaman hasil sebenarnya hasil yang dihasilkan mestilah 
mempunyai kualiti tak kira seperti induk jantan atau betina atau 
gabungannya.  

Begini, saya terpaksa menerangkan istilah serama tulen mengikut 
pengertian saya.  Sebenarnya banyak mazhab mengenai serama tulen 
ini.  Secara ringkasnya, serama tulen ialah serama yang garis 
keturunannya mestilah serama tidak boleh bercampur ngan kapan atau 
bhara.  Ini bermakna hasil dari ayam tersebut lebih kurang 3 
keturunan (lagi lama  lagi baik) mestilah serama tidak boleh keluar 
kapan atau bhara atau serapan.  Jadi trah darah ayam ini diketahui 
serama dan ayam ini tidak semestinya ayam dari baka terkenal.

Mengenai baka terkenal sebagai contoh; Mat Awang darah hijau tulen 
(Angkat kaki), Baka Husin Butik tulen (ketar) dll lagi.  Jadi jika 
berminat ngan ayam angkat kaki carilah baka tulen tersebut.  Jadi 
baka terkenal ini merupakan batu loncatan kepada matlamat penternakan 
kita.

-sam.

 

From:  "Darth Kir" <froztbyte@h...>
Date:  Sun Aug 19, 2001  4:30 pm
Subject:  Re: [serama] ayam serama jalanan

A'kum wbt...

     Saya rasa imej yg diterima oleh penjual serama jalanan itu, tak kiralah 
buruk atau baik sebenarnya adalah hasil perbuatan mereka sendiri. Adat org 
yg meniaga ni ada yg jujur dan ada yg tidak. kalau mereka suka menipu dalam 
berniaga jgnlah disalahkan kalau anggapan umum peminat2 serama kepada mereka 
ini adalah yg tidak baik. Harus diingatkan rezeki yg diperolehi tu kalau tak 
bersih maknanya anak isteri nya akan makan hasil yg tak bersih. Masalahnya 
sedikit sgt yg jujur (mengikut pemerhatian saya).
     Walaupun kita ni takdela pro tapi dengan sdikit sebanyak ilmu yg dpt di 
group ini taula jugak kan nak bezakan mana serama dgn mana yg bukan. Oleh 
itu terpulanglah pada individu, kalau rasa nak beli, beli kalau tak nak 
sudah. kita sudah belajar apa2 guideline yg patut dan pendapat saya peniaga 
yg jujur kita support, yg tidak biarkan mereka.

Syakir Zainol

 

From:  jack spitter <jspitter@y...>
Date:  Mon Aug 20, 2001  12:53 am
Subject:  Re: [serama] ayam serama jalanan

 --- Darth Kir <froztbyte@h...> wrote: > A'kum
wbt...

HI,

Saya belum pernah menjual lagi ayam ayam saya,kerana
saya masih mencari pengalaman,sepasang ayam pertama
saya miliki adalah pemberian Mr.HS Wong.

Bukan saya nak membela peniaga ayam jalanan,saya dah
pergi banyak tempat orang menjual ayam tepi jalan dan
saya tak pernah mendengar penjual membuka cerita
tentang baka kecuali pembeli yang tanya ayam baka
apa????Mungkin pembeli ni arif sangat tentang baka dan
terus beli....kemudian dipelihara,diberi makan
dedak...dedak ayam daging!diberi minum...minum air
paip..kesihatan ayam tak diambil kira....kalau BAKA
bagus sekalipun tanpa belaian kasih sayang,ayam cantik
jadi buruk....
Yang merasa diri tertipu itu adalah kesilapan
sendiri...

Sepatutnya kita beri semangat pada peniaga ayam
jalanan ini,sekurang kurangnya mereka mempromosi ayam
serama,sebelum ini tak ramai yang tahu apa itu ayam
serama.....(termasuk saya)Bila ada orang jual ayam
tepi jalan,ramai yang berhenti tengok,tak beli pun tak
apa,hati peniaga puas....orang dah mula kenal ayam
serama.....

Rata rata peniaga serama jalanan datang dari Pantai
Timur...duit minyak dah berapa?Keselamatan diri
digadai untuk keluarga....


MAAF BAHASA YANG DIGUNAKAN AGAK KASAR.

PS/Buat peniaga ayam jalan,selamat berniaga!

Dalam satu karung guni beras,mesti ada padi.

JACK

 

From:  zahari <zag2chat@y...>
Date:  Mon Aug 20, 2001  4:04 am
Subject:  Re: [serama] ayam serama jalanan


Dalam satu guni beras ada padi...I like that...

 

From:  seramans@y...
Date:  Mon Aug 20, 2001  5:03 am
Subject:  Re: [serama] ayam serama jalanan

Setujuuuu 100 % tapi ... kalau dlm satu guni beras tu ada padi takkan 
beras tu kita panggil padi kot ?? kita mestilah panggil satu guni 
beras bukannya satu guni padi .... !!!

Abang D

 

From:  saiffulsam@h...
Date:  Mon Aug 20, 2001  9:49 am
Subject:  Re: ayam serama jalanan

a/kum w.b.t & salam sejahtera..

Sebenarnya ayam serama jalanan kekadang mempunyai pertalian darah 
dengan baka terkenal. ayam ini di panggil ayam reject kerana tak 
menjadi.  Tetapi darah tulen masih mengalir dalam ayam nie.. 

Pasal tak cantik harga pun murah dan yang penjual nie biasanya orang 
tengah (mana fikir tang darah), dan penternak baka nie dah tak muat 
kandang, jadi main masuk ajer ler.  Tup!! tup!! ayam murah tadi di 
bawa ke K.L nie then terjualah dengan harga yang murah!!!..

Itulah kekadang jika rezeki darah tulen tuh menjadi dominan semasa 
kita mengahwinkan dengan induk tertentu. Itulah yang keluar sekor 
atau dua ekor yang cantik. Harga ribu2..

-sam

p/s:  Itu lah dalam seguni padi ader beras atau sebaliknya mengikut 
taksiran masing2. 


 

From:  kamarudinanuar@p...
Date:  Mon Aug 20, 2001  10:40 am
Subject:  Re: ayam serama jalanan

Saya amat bersetuju dgn pendapat saudara. Kalau dalam seguni beras, 
padi diasingkan dan dibuang atau diproses kalau rajin. Kadang kadang 
boleh juga dibuat benda lain. Bagi makan ayam, berteh dan sebagainya. 
Tapi seguni padi beras jika terdapat padi, orang tak kisah. Mungkin 
tak perasan. Bila jual padi terjuallah beras sekali. Tapi jarang lah.

 

From:  rahman ismail <shim782001@y...>
Date:  Thu Aug 23, 2001  5:49 am
Subject:  Bincang petang

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Kita sering mendengar rungutan dari peminat ayam
serama mengapa ayamnya tak menjadi. Tak menjadi yang
dimaksudkan ialah ayam ini tidak menunjukkan aksi yang
bagaimana diharapkan atau tidak mampu menyamai
bapaknya. Perkara ini bukan menjadi perkara asing
lagi. Selalunya rungutan ini datangnya dari yang
membeli masa anak kecil dalam tempoh bawah 3 bulan.
Memang mengeluh kerana banyak masa telah dihabiskan
untuk menjaga tapi bila dah bulu dah penuh belaka ayam
itu macam biasa saja. Selalunya mengharapkan ayam itu
mendada. Bila perkara ini berlaku, mungkin yang tak
boleh terima mengatakan tuan punya menjual ayam lain
bagi yang cepat melatah. Bagi yang telah arif dengan
keadaan begini hanya membisikkan ' nok buat guana tak
dok rezeki lagi '. Saya suka memaklumkan kepada
kawan-kawan yang membeli ayam masa kecil MESTI
menerima hakikat jika menjadi alhamdulillah dan jika
sebaliknya harus menanggung rasikonya. Mungkin alasan
membeli masa kecil harganya tak tinggi tetapi bila
beli dewasa harganya mungkin berbeza. Ramai
rakan-rakan saya melabur masa kecil dengan harga
RM1,000.00 seekor (umur sebulan) dari baka juara
tetapi anaknya tak menjadi. Saya tidak mahu bercakap
tentang genatik tetapi sebagai yang dah lama bermain
serama suka memaklumkan kepada kawan-kawan mengenai
pahit maung yang akan ditempuhi. Satu nak maklumkan
kepada semua supaya jangan terlalu mengharap
sepenuhnya kepada anak ayam meskipun telah menunjukkan
bakat kerana sebelum dewasa anak ayam itu perlu
melalui pelbagai perubahan dan kadang-kadang masa
kecil ayam itu cukup cantik dan bila dewasa panjang
macam kusyen motosikal fame. Bagi yang tak mahu
menanggung rasiko akan membeli ayam dah siap tetapi
harganya akan tinggilah tapi cukup puas hati. 

Terima kasih.

SHIM

 

From:  seramans@y...
Date:  Thu Aug 23, 2001  6:38 am
Subject:  Re: Bincang petang

Meh berbincang petang kita yekk !!

--- In ayam_serama@y..., rahman ismail <shim782001@y...> wrote:

Shim ... tapi kalau anak baka terpilih/tulin susah anaknya bila besar 
badannya jadi cam kusyen motosikal fame ... hehehehe !! kalau kurang 
pun dia(anak) tak sehebat bapaknya bergaya saja ..!!

Selalunya yg jadi kusyen motor fame ni, anak dari baka tak ketentuan 
ni jerrr ... ( puhhh ... jgn lah lak ada yg mencabar lepas ni !!!)

 

From:  rahman ismail <shim782001@y...>
Date:  Mon Aug 27, 2001  4:50 am
Subject:  Bhara & Serama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dalam forum-forum yang lepas kita ada bincang tentang
serama tulen dengan baka tulen. Dua perkataan ini
kadang-kadang menjadi keliru bagi yang baru mengenali
ayam serama. Ayam serama tulen adalah ayam serama yang
tidak dikacuk dengan lain-lain spesis seperti kapan,
japanes bantam, ayam hutan atau mana-mana spesis yang
lain dari serama. Manakala baka tulen adalah kacukan
baka yang sama seperti contoh baka A + A = A tetapi
jika A + B = AB dan ini dipanggil tidak tulen dari
segi baka serama tetapi masih tetap ayam serama.
Berbeza pula dengan kacukan serama + kapan = Bhara.
Oleh itu kedua-dua spesis ini amatlah berbeza. Paling
payah nak kenal adalah bhara yang telah dikacuk
berulangkali. Oleh itu kepada rakan-rakan dalam milis
ini perlu faham tentang dua spesis ini. Ayam jalanan
yang dijual dengan harga bawah RM50.00(di Terengganu)
biasanya ayam bhara dan MUNGKIN jika bertemu dengan
serama adalah terlepas pandang penjual ayam yang
tersalah menyisih ayam-ayam kerana biasanya ayam
serama dan bhara bagi penjual seperti ini mencampurkan
ayam serama & bhara dalam satu tempat yang disediakan
lampu dengan membuat sedikit tanda pada ayam. Saya
bercakap ini kerana saya melihat ayam yang dijual di
negeri saya dan saya tak tahu bagaimana di tempat
orang.  

Terima kasih.

SHIM

 

From:  normanman@h...
Date:  Tue Aug 28, 2001  3:51 am
Subject:  [serama] Bhara & Serama

A'kum dan salam sejahtera semua,
Dah asyik Nik dok sebut nama saya nie, kenalah keluar gak.

Sebenarnya Nik dan semua teman, serama tetap serama samada dijual dari 
reban seseorang atau dari tepi jalanan sekalipun. Kita beli dengan 
orang yang mempunyai nama yang tersohor didalam penternakan serama 
atau pun sesiapa sekali pun, perlu diingat, kalau dah serama, 
seramalah juga. Saya berpendapat (pandangan peribadi), ramai yang 
tersalah tafsir akan istilah "TULEN" atau tidak tulen.

Pada peringkat awal perbincangan sesama penternak atau para peminat 
tulin, kita klasifikasikan istilah TULEN itu sebagai AYAM SERAMA YANG 
KITA TAHU KETENTUAN JALINAN DARAHNYA.

Saya tak mahu menyebut baka dari sesiapa, jika kita mendapatkan ayam 
dari darah A, perlulah kita tahu akan jalinan darahnya iaitu induk dan 
bapaknya juga adalah sedarah dengannya. Dan jika ingin menurunkan baka 
ayam yang telah kita miliki itu, cara terbaik untuk memastikan jalinan 
darahnya tidak bercampur dengan mencari induk dari darah yang sama. 
Didalam hal2 sebegini, pada kebiasaannya, para penternak atau pencinta 
ayam serama yang mengetahui, akan mendapatkan induk dari penjual yang 
sama. Jika kita beli dari para penjual jalanan sekali pun, jika kita 
tahu akan jalinan darah kedua ekor ayam yang ingin kita beli, pada 
pandangan saya ianya tetap di kategorikan sebagai TULEN asalkan ciri2 
serama terdapat padanya.

Bukan semua serama yang sejalinan darah akan menghasilkan anak yang 
seakan sama seperti bapak atau induknya nanti. Ada yang tidak menjadi 
bahkan didalam kes2 tertentu ada yang melebihi kedua induk asal. Semua 
ini adalah ketentuan ilahi. Dari pemerhatian dan juga apa yang saya 
praktikkan, kecendurungan untuk mendapatkan anak yang seakan bapa atau 
induk asal adalah lebih tinggi jika mempunyai induk asal yang sama 
jalinan darahnya. Macam yang saudara Shim katakan...A + A = A...takkan 
A + A = jadi B??? Paling kurang sekali pun, ciri2 tertentu akan tetap 
ada pada anak2 serama yang akan lahir kelak.

Kerana itulah, bagi pencinta serama yang benar2 serius, mereka2 ini 
begitu mengambil kira akan jalinan darah sesekor ayam. Di samping itu, 
mereka biasanya akan memerhatikan akan2 ciri2 yang terdapat yang boleh 
membezakan antara satu baka ke baka yang lain. Saya mengambil contoh 
baka 2000. Ciri yang paling ketara, ayam serama baka 2000 tulen pada 
kebiasaannya beraksi dengan menggetarkan kepalanya dengan nyata. Baka 
Mat Awang Darah Hijau, akan beraksi dengan mengangkat kakinya sebelah. 
Setiap langkah akan mengankatkan kakinya. Dan begitu jugalah baka lain 
yang saya rasa banyak antara kita tahu akannya.

Selain itu, bagi yang meminati dan mementingkan baka, perlulah tahu 
akan ciri dan dari mana asalnya baka2 tersebut. Bukannya kita 
mendapatkan ayam serama dari sembarangan orang. Jika di sebut baka Ah 
Wei (maaf kerana menyebut beberapa nama dan bukannya sebagai promosi) 
perlulah kita ingat, saudara Ah Wei mempunyai 7 baka yang terkenal 
seperti Sri Kelantan, Rinting Mas dan sebagainya. Pastikanlah baka 
yang mana satu. Mat Awang pula mempunyai 3 baka yang terkenal seperti 
Darah Hijau, Darah Merah dan juga Cherry. Begitu jugalah baka 2000 
dari saudara Husin Kijang/Butik ada 3 baka jalinan darah.

Bukannya mudah untuk menternak serama. Kerana itu ada juga diantara 
kita apabila membeli dari seseorang dengan penjual menyatakan baka ini 
dan itu. Tapi kenalah kita tahu dudk perkara yang sebenar. Bukannya 
secara general sahaja. Beli dari mana atau baka mana???...Baka Ah Wei 
tapi tak tahu baka yang mana satu. Beli baka Sri Pinang tapi kita 
kacukkannya dengan baka Sri Kelantan. 

Jadi kita fikirkanlah sendiri. Duit membeli duit kita, jadi kita 
berhak untuk mengetahui dudk perkara yang sebenar. Samada penjual 
jalanan atau dari mana sekali pun, kita sebagai pembeli perlulah 
mengetahui serama sebelum membelinya.

Segalanya terpulang kepada kita. Apa2 pun, kita cuma berusaha, tuhan 
jua yang menentukannya. Tetapi adalah menjadi kewajipan kita sebelum 
memperolehi sesuatu dengan mendapatkan maklumat yang betul dan tepat 
sebagai sebahagian daripada usaha sebelum memperolehi apa yang 
dihajati dariNYA.

--Norman Abd. Rahman--

 

From:  Azlan <jalak_long@y...>
Date:  Tue Aug 28, 2001  3:51 am
Subject:  Re: [serama] Bhara & Serama

Assalamualaikum dan selamat pagi to all group members.
Berkenaan baka tulin dan serama tulin terlebih dahulu
kita mesti faham tentang definasi baka.Baka yang baik
biasanya terjadi hasil dari kacukan Jantan dan Induk
yang sama selepas tiga pusingan itupun tak semua
anaknya yang menjadi;sebagai contoh anak tadi 3 jantan
dan 2 betina yang menjadi cuma seekor, salah satu
daripada lima ekor tadi.Konsep ini yang saya sebut
sebagai baka tulin dari Jantan dan Induk tadi provided
Jantan dan Induk tersebut mestilah yang terbaik dan
sebagai contoh kita namakan ia Baka XyZ.Baka XyZ
inilah baka tulin hasil dari kacukkan Jantan dan Induk
tersebut.Berbalik pada Serama tulin bagi saya kita
harus balik pada asal usul serama.Sekarang ini,asalkan
serama tadi tidak dikacukkan dengan ayam lain(tak
kisahlah ayam apa)pendapat umum mengatakan ia adalah
serama tulin.
Wassalam.
Terima kasih.

 

From:  "HS" <wal@p...>
Date:  Tue Aug 28, 2001  6:44 am
Subject:  Genetik & Konsep Baka

Example:
Saya telah netas 2 ekor jantan selasih putih tulen dari USA. Semua ciri ciri selasih tulen ada: bulu halus, jari lima, balong "rose", warna paruh, lidah, balung, kaki, kulit hitam, warna bulu putih, bentuk badan besar, tegak.  Saya kacut dengan 5 ekor betina selasih tiruan dari pasar pudu: balung biasa, jari empat, bulu biasa.  Tujuan saya ialah supaya dapatkan kembali selasih tulen dari 2 ekor jantan itu.  Generasi pertama, F1, I lihat lebihkurang 25% dari anak ada ciri selasih tulen.  I ambik F1 crossback dengan original dan dapatkan F2 dimana rata rata 50% ada ciriciri selasih tulen.  I crossback dengan original sekali lagi dapatkan F3, dan seterusnya sampai F6 dimana lebih dari 90% dari anak anak menpunyai darah selasih tulen (dari calculation, F6 akan ada 98% darah tulen).  Kini I sudah ada 60 ekor F8 yang pasti 99% selasih tulen bererti, kalau I cross F8 dengan F8, 99% dari anaknya adalah pureblood dan true breeding.
 
(As a matter of interest, I cross selasih tiruan dengan selasih tiruan dan bila sampai F3, kebanyakkan sudah kembali ke ayam biasa - kulit putih, paruh putih, dll)
 
Bagaimana dengan anak anak yang lain? Adakah mereka selasih?  Ada yang berbulu halus, kulit hitam tapi jari empat.  Ada yang jari lima balung rose tapi bulu kasar.  Ada pulak punyai kesemua ciri selasih tapi badan nya tak besar dan tegak seperti induk dari pasar pudu.  Bagaimana dengan anak yang semuanya OK tapi balung biasa. Adakah ini semua selasih?
 
Pada pendapat saya kalau kita mahu jaga "genetic integrity" sesuatu breed, yang tak "perfect" jangan dibenarkan membiak.  Jangan jual dijalanan dll.  I jual semua selasih yang tak perfect diatas sebagai ayam daging sungguhpun ada orang yang mau.  Kalau tidak, tidak lama lagi akan ada macam macam selasih.  Yang ada balong biasa akan dinamakan selasih malaysia, yang balong rose selasih USA, yang jari 4, selasih B, yang jari 5 selasih super dll.
 
Menjaga "genetic integrity" serama adalah tanggungjawab kita semua.  Kalau bukan kita digroup ini siapa lagi?  Akibatnya kalau tak jaga? I rasa semua tahu jawapannya.
 
Project saya seterusnya ialah menghasilkan selasih hitam dari stock yang sedang ada.  Selasih putih cross dengan ayam biasa yang berbulu hitam dan berkulit hitam.  I rasa pada F8 atau F9 I akan dapat true breeding selasih hitam; semua anak anak akan ada ciri selasih hitam dan perfect.
 
Adakah serama sekarang ini true breeding?
 

 

From:  "BakaBaik" <jeffriy@y...>
Date:  Tue Aug 28, 2001  7:03 pm
Subject:  Re: Genetik & Konsep Baka

Satu 'Fakta' keterangan yang kukuh dari 'HS'.
Saya cukup tertarik dgn keterangan dan ingin menguatkan hujah.

Persoalan saya dimanakah kekuatan formula 'HS' ?. 
Dan jawapan nya pada 2 ekor Selasih Putih Tulin ( original ),
dalam istilah saya adalah Acuan @ Masterpiece.

Berbalik kepada contoh formula 'HS', kita ambil hasil F6 yg
memiliki 90% darah tulin kemudian kita cross dgn selasih tiruan,
dgn melalui cara yg sama crossback dgn F6 secara berjenerasi
akhirnya kita akan perolehi anak2 sebagaimana 'F6 dgn 90%'
darah Tulin, sekiranya kita bermula dgn F2 ending dgn 50% Tulin.

Bagaimana pula sekiranya Acuan tadi Serama/bhara + Serama/kapan ?.
Jawapan tersedia diatas.

Bagi yang meminati "darah baka" pula : 
Ayam serama dari campuran darah baka2, contoh :-
   HMA + PA > crossback dgn HMA akhirnya menghasilkan = HMA  
Disini lah timbul kekeliruan apabila jenerasi terakhir didakwa
baka darah M atau A ataupun H. 'HMA tetap ayam serama tetapi
membawa campuran darah baka, yakni bukan Satu Nama Baka.  

Lainlah halnya apabila darah baka M + PA selepas 4-5 thn = M.
Namun disini timbul juga kekeliruan, selepas menghasilkan F1 @ F2
dibuat perbandingan dgn M, belum sampai tahap 4-5 tahun dah tentu
banyak kelemahan dari M. 

Definasi formula 'HS' menunjukkan ;
Sekurang2nya perlu ada satu Acuan atau Masterpiece Tulin (R).
Dengan melalui Proses kacukan berhemah serta penuh disiplin.

"Keterangan 'HS' berpandukan 'Fakta' dan bukan omong2 kosong". 

p/s:
Ehmmmm 4-5 tahun...., bagi breeder yang cross Tulin + Tulin 
waktu tuu ayam2 serama mereka tak mengangkat sebelah kaki lagi,
munkin angkat kedua-duanya dan bertongkat dgn kepak , bukan 
kaki patah tapi style heee..hee....heeee... manaaa laaa tauuu.

" Lindungilah Mutu Serama Kerana Ianya Khazanah Negara " 

Jeff

[ EOM ] 

 

From:  normanman@h...
Date:  Wed Aug 29, 2001  12:31 am
Subject:  Re: Genetik & Konsep Baka

Saya nak sampuk sikit Jeff. Macam yang HS huraikan dan juga awak ada 
terangkan sekali lagi. Bagaimana sekali pun, ketentuan susur galur 
darah perlulah kita tekankan jika kita ingin memastikan ketulenan 
ayam2 yang bakal kita produce nanti.

Apa yang saya terangkan semalam adalah cuma dasarnya sahaja tetapi apa 
yang HS nyatakan adalah lebih detail lagi. 

--NAR--