soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH EKOR CONDONG

From:   <dyns@y...>
Date: Fri Aug 25, 2000 6:42am
Subject: Tips Baik Pulih Ekor Serama Condong


Petang semua ..!!

U all pernah jumper ekor ayam serama condong kekiri or kekanan tak ..?
Perkara ini pernah terjadi pada ayam serama (Tok Uban-sebab
kalernyer putih ..heheh) yg saya beli kira kira 3 tahun dulu,
ekornyer condong ke kanan. Ekor condong ni boleh terjadi kalau kiter
letakkan ayam tu dalam reban yg agak sempit. Puas dok mintak pertua
kenkawan .. ada suruh basuh lepas tu kering kan dgn hairdryer lahh,
ikatkan pangkal ekor tu dgn getahlah & yg best sekali suruh gi
operation lahh .. macam macam ..!!!

Lepas tu salah sekor serama muda saya lak mula nak tunjukkan tanda2
ekor mula nak condong kekanan ...ati punyerlah risau ...!!!

Entah camner terjumperlah sorang kawan yg telah bagi satu petua yg
paling mudah iaitu suruh saya buat tempat bertenggek dalam reban ayam
serama saya . Tak sampai seminggu ekor serama muda saya dah mula dlm
keadaan biasa balik, begitu jugak dgn Tok Uban saya ... ekornya tidak
terlalu condong dahh ... mungkin ekor Tok Uban tak boleh lurus
seperti biasa semula sebab Tok Uban tu dah agak tua dahh (daging &
tulang dah keras...hehehe) tapi kalau dia bergaya, ekornyer lurus lah
jugak hanya bila dia berjalan jer nampak condong sikit. Tapi kalau
bagi serama yg muda, ekor condong tu boleh di luruskan semula hanya
dgn buatkan tempat bertenggek dlm reban supaya bila dia tidor dlm
keadaan bertenggek.

Mungkin pakar pakar kiter seperti Dr. SAM & Prof. Nik ada petua yg
lebih mustajab lagi.

Sekian, tks

Abang D

RESPON EKOR CONDONG

 

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Fri Aug 25, 2000 7:33am
Subject: Re: Tips Baik Pulih Ekor Serama Condong


--- In ayam_serama@egroups.com, dyns@y... wrote:
> Petang semua ..!!

{ Jeffriy wrote }

Petang........,

Satu petunjuk yang bagus daripada Abang D.

Izinkan saya tambah sikit.......

Sebenarnya masaalah ekor condong memang menjadi igaun buruk buat
pemilik serama lebih-lebih lagi bagi serama cantik.

Tempat serama bertengek adalah satu perkara wajib bukan saja untuk
menjaga kedudukan ekor malah pada bahagian paling penting iaitu
bahagian perut dan dada, lagi tinggi paras bertenggek lagi bagus
(kalau ayam belum biasa buat rendah dulu), sekiranya tinggi boleh
membantu menguatkan kepak dan bahagian kaki ayam ( ayam juga
perlu exercise kalau tak camna nak sihat ) dan bagi menghindari
hujung ekor daripada rosak apabila ia bergerak kesana kemari melalui
bahagian bawah tempat bertenggek.

Satu lagi yang perlu diberi penekanan, serama apabila sudah berumur 3
bulan dan keatas perlu mempunyai reban yang beralaskan pasir halus
bagi membantu menguatkan tulang-tulang di bahagian kaki, saya suka
mencadangkan pasir pantai kerana pasir sedemikian adalah halus dan
bersih disamping mengandungi sumber kalsium yang diperlukan oleh
serama (pastikan ianya hendaklah bersih).

Sekian, terima kasih.

[ E.O.M ]