ARAH TUJU SERAMA MALAYSIA.
From: seramans@y... Date: Fri Sep 21, 2001 6:41 am Subject: Kemana Arah Tuju Ayam Serama Malaysia ??? |
KEMANA ARAH TUJU SERAMA MALAYSIA..?? Sebagai pembuka kata, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya susun kata saya kurang disenangi oleh pihak pihak tertentu. Kemana Arah Tuju Serama Malaysia ..?? Persoalan ini selalu berlegar didalam fikiran saya sejak akhir - akhir ini, bila memandangkan minat rakyat Malaysia terhadap Ayam Serama ini. Kebelakangan ini dapat dilihat dengan jelas bahawa hobi membela Ayam Serama ini telah menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan yang amat lumayan kepada beberapa induvidu. Orang ramai berduyun duyun membeli berbagai bentuk rupa Ayam Serama dan disaat inilah pihak pihak yang berkepentingan mengambil kesempatan menggaut keuntungan diatas kegilaan orang ramai terhadap Ayam Serama. Disini saya ingin mengajak pembaca pembaca semua merenung kembali, dimanakah taraf atau "standard" Ayam Serama kita ..? Macam manakah rupa bentuk sebenar Ayam Serama itu sendiri, saya rasa sehingga saat ini belum ada lagi satu piawaian yang betul - betul boleh kita pakai bagi memperakui bahawa itulah bentuk sebenar Ayam Serama. Kalau ditanya kepada orang ramai bentuk sebenar Ayam Serama, kebanyakkan nya akan berkata ayam tersebut mestilah kecil dan ringan serta mendada, ekornya mencecah kepala, kokoknya nyaring dan pendek (tidak mendayu) ... tapi betul kah kenyataan tersebut ?? Saya pasti tidak seorang pun berani mengatakan itulah dia "standard" atau piawaian Ayam Serama sebab kalau silap-silap haribulan Ayam Bhara, Kapan malah Katik pun kalau diubahsuai serba sedikit akan menepati ciri-ciri yang dinyatakan diatas tadi walaupun tidak 100%. Bagi orang yang baru menceburi bidang ini atau yang kurang faham sudah tentulah akan tertipu. Pada pendapat saya, sekarang ini kita mestilah perlu duduk berbincang tidak mengira dari persatuan mana sekali pun bagi mencari kata sepakat apakah "standard"/piawaian yang perlu kita gunakan. Mungkin kita boleh merujuk kepada beberapa model yang terkenal buat masa ini untuk kita jadikan rujukkan. Pihak berkuasa seperti Jabatan Haiwan Malaysia bolehlah memainkan peranan yang lebih pro aktif dalam menjayakan cita - cita ini. Apabila sudah mendapatkan kata sepakat, maka setiap peminat diMalaysia ini mestilah mematuhinya setiap peraturannya dan diharap dimasa akan datang tidak adalah lagi Ayam Bhara pun dipanggil Ayam Serama. Contoh mudah yang boleh saya berikan (contoh ajer ni !!) ... baka Ayam Serama kepunyaan S'dara Mat Awang (K'tan), sehingga kini beliau mempunyai 3 jenis baka terpilih iaitu Darah Hijau/Merak, Darah Merah & Rinting Murai .... jadi bolehlah kita gunakan ini sebagai salah satu daripada jenis Ayam Serama. Lepas itu kita ambil pula baka dari Hussin Kijang yang lebih terkenal dengan baka 2000 beliau dan begitulah seterusnya. Pilih baka - baka yang telah diakui hebat dan iktiraf kehebatan tersebut. Cara ini samalah juga pada kes kucing maupun anjing, buat masa ini kita ada kucing Parsi, Siam dan lain lain lagi begitu juga dengan anjing ... kita ada baka Bulldog, German Sharperd dan lain lain. Kalau Bulldog dikawinkan dgn G. Sharperd maka anjing itu bukan lagi baka BD atau GS begitu jugalah Ayam Serama baka Darah Hijau kalau dikawinkan dengan baka 2000 .. kita tidak lagi boleh mengatakan ayam itu baka tulin salah satu baka tadi. Jadi cara atau garis pandu yang jelas perlu juga ada didalam memperakui satu satu baka itu. Apabila kita sudah dapat mengenalpasti baka baka serama yang sepatutnya maka pada masa itu nanti setiap pertandingan Ayam Serama hanya akan mempertandingkan kategori baka baka tersebut saja. Pada saya itu lebih adil sebab pada masa ini berbagai jenis baka dipertandingankan bersama, hanya berat saja yang membezakannya. Setiap baka ada kelebihannya seperti baka Darah Hijau Mat Awang suka mengangkat kaki sebelah ketika sedang beraksi tetapi bagi baka 2000 Hussin Kijang pula suka memperagakan dadanya sebesar yang boleh. Kalau saya adalah pengadil pada masa itu, sudah tentulah saya akan memilih baka Darah Hijau sebab saya lebih berminat pada aksi sedemikian padahal aksi kedua dua baka tersebut mempunyai kelebihannya masing masing. Bukankah itu kurang adil bagi pemilik baka 2000 ..? Tetapi kalau kita letakkan sesuatu kategori itu berpandukan baka ayam tersebut maka kita bolehlah membuat garis panduan yang tetap bagi setiap baka itu, jadi kalau ada yang menggatal pemilik baka 2000 nak masuk kategori baka Darah Hijau .. dia terpaksalah mengikut garis panduan pengadilan untuk baka Darah Hijau dan begitulah sebaliknya. Saya rasa ini penting bagi mengelakkan ketidak ketelusan atau mungkin kekeliruan yang terjadi didalam pertandingan - pertandingan Ayam Serama sekarang ini. Cubalah saudara - saudara lihat didalam sebarang pertandingan Kucing Cantik .. mereka mengasingkan kucing - kucing yang masuk bertanding mengikut baka kucing tersebut, bukannya berat kucing tersebut. Kita memang perlu melakukan sesuatu, tidak boleh lagi berdiam diri. Saya takut suatu masa nanti, kalau kita tidak menjaga kazanah ini (Ayam Serama), pihak lain (negara lain) akan menceduk baka - baka terpilih ini dan memperakui bagi pihak mereka. Jangan terkejut suatu hari nanti (kalau kita masih berdiam diri) baka Darah Hijau Mat Awang adalah Ayam Serama Amerika Syarikat ...!!! Ini bukan kata - kata kosong malah telah banyak produk atau khazanah yang asalnya dari negara kita telah di hakmilikkan oleh negara lain. Satu langkah yang lebih praktikal mesti kita lakukan terutama pada pihak - pihak yang berwajib, sekurang - kurangnya bagi mendraf satu piawaian khas sebelum kita mengiktiraf satu - satu baka terpilih itu sebagai Ayam Serama Malaysia. Satu tindakan yang drastik juga perlu dilakukan bagi membezakan diantara Ayam Serama dengan Ayam Bhara. Ini perlu kerana sudah terlalu banyak/ramai peminat - peminat serama yang terkeliru akan berbezaan kedua dua jenis ayam ini. Mempastikan cara terbaik dalam pembiakan sesuatu jenis baka itu juga perlu diutamakan sebab diharap dipenghujungnya nanti kalau kita mengatakan sesekor Ayam Serama itu sebagai baka Darah Hijau, maka Ayam Serama itu mestilah mempunyai ciri - ciri sebenar dari baka tersebut dan bukan bentuk rupa yang bercampuraduk. Saya harap semua pihak yang terlibat didalam bidang ini samada di pihak berwajib seperti Jabatan Haiwan Malaysia dan juga persatuan - persatuan Ayam Serama yang banyak di Malaysia ini dapatlah memulakan langkah - langkah yang difikirkan perlu didalam untuk kita mencapai pengiktirafan dunia terhadap Ayam Serama kita. Jangan dilepaskan khazanah kita ini, hargailah dan berbanggalah kerana kita mempunyai anurgerah Tuhan yang tidak ternilai ini. Sekian, terima kasih. Abang D WEBMASTER SeramaNS dot com Aktikel dari ruangan INFO SERAMA. |
From: kamarudinanuar@p... Date: Fri Sep 21, 2001 10:39 am Subject: Re: Standard Serama Malaysia |
A'kum dan salam sejahtera, Sementara menunggu kekawan kita yg lebih power2 mengeluarkan pendapat, bagi saya mencelah dulu. Masa tengah ade ni. Itu pun kalau pendpat saya ni boleh diterima pakai. Saya sependapat dgn abang D' & saudara Nik. Kita kena duduk berbincang. Mesti ade yg mengepalai project ini. Tak boleh nak harap mengharap. Kalau persatuan2 lain tak mahu bergabung, biar group kita mulakan. Yg penting ape yg kita hajatkan tercapai. Ahli jawatan kuasa bertindak perlu kita lantik. Kita set kita punya objectif. Mana yg nak di bagi keutamaan. Sebagai contoh: Pertama - Pengiktirafan akan ayam serama oleh sesuatu badan yg bertanggong jawab. Kedua - System Pengadilan Pertandingan. Ketiga - Baka Keempat - ? Kelima - ? Dll Nak pergi terus tentang Baka, sepertimana yg abang D, utarakan mungkin susah. Ape akan jadi pada pemilik2 ayam yg sedia ade, tapi ayam2 mereka bukan dari breeder yg dah ade nama. Kalau pengiktirafan dah diperolehi, next step, mungkin kita boleh keluarkan sijil kehairan, seperti kuching, yg menunjukkan ia dari baka mana serta diiktiraf oleh mana2 persatuan. Orang dah tak boleh gunakan nama ayam yg terkenal sewenang2nya. Bila pertandingan kita boleh kategorikan padigree dan Non padigree. Pembeli pun puas hati, sebab ayam yg dibeli, adelah baka asli tak lah takut tertipu. Penternak dan penjual mempunyai baka asli, mempunyai kelebihan utk meletak harga yg lebih tinggi dari yg bukan pedigree. Di sebab kan sijil. Pembeli mempunyai keyakinan utk pembeli. Jangan sijil kedai kopi dah lah. Pengawalan sijil juga perlu di buat. Macam kuching dan anjing juga yg di jual di pet shop atau direct dari breeder. Dgn sijil lain harga, tanpa sijil lain harga. Kalau pertandingan. Yg ade sijil lain kategori, ade sijil lain kategori. Itu pendapat saya lah. Ahli2 kita pun ramai yg mempunyai idea yg baik2. Cuba luahkan, lepas tu kita cantumkan jadi satu. Yg penting, kita kena mulakan. Orang2 yg rapat dgn Jab. Haiwan ade? Kena dapatkan procedure dulu. Tahu procedure, baru senang nak approach. Ni main langgar je, last2 tak tercapai. Bertindak biar smart dan jangan sampai ade yg berkecil hati. Wassalam K'Din |
From: serama2000@h... Date: Fri Sep 21, 2001 8:57 am Subject: Standard Serama Malaysia |
A'kum dan salam sejahtera, Ni saya nak bagi respond pada apa yang Abang D perkatakan dalam mencari ke mana halatuju serama kita. Harap diampun andai ada yang tersinggung dgn tulisan saya ni. Sekitar tahun 1980-an, ada atau tidak serama yang seperti yang ada pada hari ini macam Red Indian, Sri Lanang, Sanggang dll. Saya rasa tidak. Dan di awal kemunculan serama, model ayam pada masa tersebut lebih kepada model epal...mana pergi model slim? Kemudian berbulan- bulan kemudian keluar pula model slim...mana pergi model slim-epal? Berbulan-bulan kemudian barulah keluar model yang kebanyakan kita ada pada hari ini. Apakah kita berpuashati dengan apa yang kita ada pada hari ini? Pada saya kebanyakan baka telah mengalami satu evolusi (seolah-olah mutasi) dan crossline breeding telah dilakukan. Saya percaya kalau nama-nama besar (Mat Awang, B2000, D'Pajero dll) ini tidak melakukan crossline breeding, maka serama mereka masih ditakuk lama. Kemudian dari segi anak yang terhasil. B2000 sekalipun ada yang 'lari'(tidak seperti) dari parentnya. Cuma mungkin ianya di'reject' lebih awal. Kalau nak dibandingkan dengan kucing atau anjing, keduanya akan menghasilkan baka yang sama. Kalau Bulldog, maka anaknya juga bulldog. So cadangan saya agar standard serama kita janganlah terlalu rigid. Kita tahu bahawa ada ayam yang mampu beraksi luar dari kebiasaannya(ayam saudara Maliki misalnya yang mampu menari seakan makyong). Apakah nanti kita akan adakan standard baru? So saya seperti Abang D, mengharapkan agar mereka yang mempunyai nama dan baka tersohor juga pihak berwajib agar mengambil inisiatif bagi menjaga khazanah negara ini. Jangan nanti menang sorak kampung tergadai. Jangan nanti kita dok berbangga ada tanah beratus ekar tapi geran nama orang lain. Nik |
From: shim782001@y... Date: Sat Sep 22, 2001 1:22 pm Subject: Standard Serama |
Assalamualaikum... Bila abang D membicara tentang standard serama rasanya nak sama-sama meluahkan pendapat meskipun Nik dan Kamaruddin memberi pandangan masing-masing. Kalau kita nak jadikan ayam-ayam dari baka sohor untuk dijadikan garis panduan atau standard serama barangkali susah dan ianya melalui berbagai pendapat. Kalau mengatakan baka mat awang sebagai satu standard tak kira darah hijau ke atau merah untuk dijadi ciri-ciri serama tentu sekali pemilik-pemilik ayam yang lain akan marah. Suka saya menyatakan baka tidak PENTING dalam menentukan spefisikasi serama kerana serama mempunyai spesis yang berbeza dari kapan, bhara, katik atau ayam hutan. Sama lah juga dengan kucing ada kucing siam, kucing farsi dan lain-lain lagi ianya tidak sama tapi jangan pula kita bezakan dengan baka kerana kucing-kucing ini mempunyai spefisikasi sama juga dengan kapan, bhara dll. Apa yang perlu kita pertahankan ialah ciri-ciri sebenar serama jangan pula yang dikacuk dengan kapan, katik, kita kata juga serama. Untuk memastikan serama sebagai khazanah kita ialah pertahankanlah ayam serama (maksud saya ayam serama masuk kategori serama bukan kerana ringan timbangan kita masuk kategori A & B sedangkan ayam itu jelas bhara/katik/kapan). Perkara ini hendaklah dapat bantuan dari Jab. Haiwan untuk mengariskan ciri-ciri serama sebenar bukan aksi serama. Terima kasih. SHIM p/s: sebenarnya masa naip ini disiber kafe. masa nak balik ni... |
From: normanman@h... Date: Mon Sep 24, 2001 4:17 am Subject: Re: Kemana Arah Tuju Ayam Serama Malaysia ??? |
A'kum dan salam sejahtera semua, pagi ini sebenarnya saya tengah dok monitor keberkesanan dan juga kesan2 sampingan dari peringkat ke-2 milis ini. So far so good. Kalau tak kita berubah, siapa pulak yang nak buatkan untuk kita. Kalau kita fikirkan balik, kalaulah kita masih lagi menggunakan pendekatan yang lama tu dulu, bukannya tak boleh tetapi, tapi nanti tak ada perubahan lak. Lari sikit dari tajuk nie. Berkenaan permintaan abang D ini pula, bukannya tak mahu menberi pandangan tetapi tengah dok memikirkan apa yang perlu dan patut di ketengahkan agar ianya bermanafaat buat semua. Pada pandangan saya yang tak seberapa ini, ada 2 perkara yang perlu kita lihat. 1) Menyeragamkan piawaian bagi mengklesifikasikan ayam serama Malaysia tanpa melibatkan kepada baka2 tertentu. Maksud saya ialah mengeluarkan garis panduan, apakah yang dikatakan serama atau dalam kata yang lain bagaimanakan sesekor ayam itu dikatakan serama melalui ciri2 asas yang perlu buat ayam serama. Adalah tidak adil mengambil sesuatu baka untuk dijadikan standard piawaian tetap yang perlu diikuti kerana secara tidak langsung akan memberikan kelebihan kepada baka2 tertentu. Ini juga akan membuatkan para penternak yang lain yang mempunyai baka mereka sendiri merasa tidak senang hati. Kesudahannya serama akan terpecah sekali lagi. Bagai yang telah kita nyatakan dulu, bab ini saya rasa Jabatan Haiwan adalah jabatan yang paling tepat sekali untuk mengeluarkan piawaian tersebut dengan bantuan para peminat srama seperti kita di milis ini. Jika ini telah dapat kita lakukan dan telah pun diiktiraf oleh kerajaan, barulah dapat kita mengklesifikasikan serama mengikut baka sebagaimana yang dilakukan oleh para penternak dan peminat kucing. Saya suka mengambil contoh kucing disini kerana mereka sudah mempunyai satu piaiwaian khas keatas binatang tersebut dan didalam masa yang sama ada satu badan khas yang memantau dan seterusnya mengiktiraf baka2 yang terhasil dari kacukan2 baru yang memerlukan bukti nyata sebelum diperakukan oleh badan tersebut. Kalau tidak silap saya, badan tersebut memerlukan bukti nyata seperti keturunan pertama ke keturunan ke tujuh dan sebagainya. Badan tersebut hanya berfungsi untuk mengawal baka sahaja. Mungkin kita boleh dapatkan secara pasti dari kelab kucing Malaysia dan sebagainya. Saya masih ingat lagi, TV3 ada menyiarkan penganugerahan sijil baka baru bagi kucing di Malaysia yang dikacukkan dengan kucing batu.1 ke 2 tahun yang lalu, kalau tak silap. 2) Menyeragamkan piawaian pertandingan. Keluarkan garis panduan yang khas untuk mengendalikan sesuatu pertandingan. Tak kiralah pengadil dari persatuan mana sekali pun, mereka perlulah mengguna pakai format permarkahan yang telah ditetapkan. Pengadil juga perlulah mendapatkan sijil pengadilan dari badan yang mengawal selia piawaian ini. Samada pertandingan akan menggunakan 5 pengadil ke, 1 pengadil ke, 2 pengadil ke dan sebagainya, terpulanglah asalkan format permarkahannya dan juga pengadilnya adalah dari badan yang telah diiktiraf. Mungkin juga pada penganjur, mereka juga memerlukan kelulusan dari badan ini sebelum membuat sesuatu pertandingan. Jika 2 perkara diatas dapat kita atasi, saya rasa barulah kita dapat membawa ayam serama ke satu tempat yang lebih elok dari sekarang. Ini cuma pandangan peribadi saya dan mungkin ada saudara kita yang mempunyai pandangan yang lebih bernas lagi. Wassallam. Norman Abd. Rahman |
From: "BakaBaik"
<jeffriy@y...> Date: Mon Sep 24, 2001 9:16 pm Subject: Re: Kemana Arah Tuju? [Jawab Sekaligus] |
Waalaikumussalam w.b.t. dan selamat sejahtera,. Nampak gayernya ramai yang masih tidak faham, pendapat terlalu banyak yang boleh menimbulkan kekeliruan. Saya pun nak sentuh jugak, sentuhan panjang kih..kih..kih.. Sebenarnya 'Standard & Pedigree' bertujuan mengawal Mutu dan Harga Ayam Serama diparas berpatutan dan setengahnya ditetapkan, taklah harga sampai gila...gila... yang Non Standard tentu jauh lebih MURAH, dan yang penting nya "PERAKUAN" SERAMA MENJADI MILIK NEGARA MALAYSIA". Pemilihan yang nak dijadikan Standard turut jadi isu hingga timbul pendekatan berupa :- Ada yang bercakap tentang baka itu baka ini dan ada yang bercakap tak payah pakai ikut baka ianya tetap serama, sebenarnya kedua2 pendapat tersebut adalah BETUL. Pendapat saya bagi mereka yg suka memilih untuk mendapatkan ayam dari reban baka2 tersohor, mereka dapat mempastikan atau TERBUKTI keturunan asas awalan ayam tersebut adalah SERAMA maksud saya MOYANG (Male/Female) yang berusia 5 thn atau keatas TERBUKTI ADALAH BENAR2 SERAMA yakni bukan bhara atau kapan. Tanpa KEPAKARAN atau pengenalan SERAMA, mereka berjaya memperolehi "SERAMA". Negatifnya mereka kena mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk SEKOR serama. Dan pendapat saya pula bagi mereka yang suka memilih untuk mendapatkan ayam serama mengikut penelitian tubuh badan, mereka mempunyai KEPAKARAN untuk MEMPERCAYAI bahawa ayam tersebut "ADALAH SERAMA". Mereka amat BERUNTUNG seandainya "MOYANG" ayam tersebut adalah serama kerana mengeluarkan belanja yang lebih rendah. Negatifnya mereka tidak tahu atau tidak dapat membuktikan bagaimana rupa Moyang nya. Oleh itu tidak usahlah kita andaikan cara ini betul dan cara itu salah, terpulanglah kepada PERSEPSI masing2. UNTUK PEMILIHAN KEATAS STANDARD HENDAKLAH DIBUKTIKAN KESAHIHAN MENGIKUT BLOODLINE KEDUA2 MOYANGNYA ADALAH SERAMA. TAK KIRA APA BAKA PUN, CAP ARNAB KER, CAP KUCING KER, CAP PISANG KER, KICAP CAP UDANG KERRR....MANA2 PUN BOLEH. TENTANG HALA TUJU PULAK :- Sebenarnya kita kena menyelesaikan banyak perkara dalaman yGroup kita sendiri, bermula dari akar umbi lagi. Saya cukup sedih kerana ramai dari Ahli2 yGroup ini masih menternak ayam BHARA iaitu bukan Serama walhal kita sudah perkenalkan 'Sudut Prospektif' bagi pengenalan ciri2 serama. Dan saya turut terkilan apabila setiap kali 'Photo' ayam bhara dipamirkan oleh ahli, kebanyakan ahli yg lebih senior dlm bidang SERAMA memberi PUJIAN tujuan menjaga hati ahli, sedangkan kata pujian akan menggalakkan ahli menambah hasil ternakan bukankah peratus penghasilan atau tetasan telor ayam serama lebih kecil berbanding ayam Bhara, 30-40% bagi ayam serama dan 70-80% bagi ayam BHARA. Pada akhirnya ayam BHARA LEBIH BANYAK DARI AYAM SERAMA, KITA NAK MENAMBAH BILANGAN SERAMA KER NAK TAMBAH BILANGAN AYAM BHARA, ITU SEMUA SALAH SIAPA ?????. Haaa Abang D' nak bercakap pasal hala tuju, pening nii hala tuju mana satu ????, ============ Message sdr zahar yg terbaharu mengatakan", bukan semua serama dari baka terpilih menjadi juara, kekadang ada juga serama yg tidak diketahui asal usulnya". SETUJU 100% kerana sudah terbukti, pada satu pertandingan ASIA di Kuantan awal tahun 2000, JOHAN kategori A ayam baka Mat Awang ( BAPAK CENGGAL KUNING ), JOHAN kategori B ayam Baka Che Mat. FOCUS kepada NAIB JOHAN kategori B yang mana ayam ini cukup CANTIK malah lebih CANTIK dari kesemua ayam yang dipertandingkan layak bergelar JUARA KESELURUHAN, pada masa itu ditawarkan harga RM 13,000-00. Ayam ini milik kawan saya dibeli tanpa mengetahui asal usul keturunan nya, dia kahwinkan ayam tersebut dgn 3 ekor Induk terdiri :- 1). Induk dibeli direct reban Mie Lukisan 2). Induk dibeli direct reban Husin Kijang 3). Induk dibeli direct Cikgu Lai ( dari line Sri Pinang ) Hasil anak2nya dari 3 Induk tersebut sekarang diletakkan dibahagian belakang rumahnya, balung besar dan bersaiz C, selepas itu dia ke Kota Bharu kerumah tuan asal, setelah melihat bapak dan ibunya dia mintak untuk melihat DATUKNYA, dan spesis datuknya adalah "KAPAN" dikahwinkan dgn SERAMA kerana kata tuan nya kapan tersebut cukup CANTIK. KALAU "PENGADIL PERTANDINGAN TERSEBUT BOLEH TERKELIRU", KITA YANG BARU BAGAIMANA PULA ? Sekiranya zahar ada kelapangan masa, saya sedia bawa sdr pergi melihat dan mendapat penjelasan sendiri dari kawan saya ini. Kepada Ahli2 yang Tersinggung atau Berkecil hati dengan Tulisan saya, saya MOHON MAAF, kerana itu bukan NIAT saya, kemungkinan adanya kesilapan dalam ulasan saya sila lah buat Teguran. p/s : Abang D' hutang dah bayar, lain kali tak mahu lagi dahh, dok ulas bab yang sama, kekadang lari dari topik .. sebab.... letihhhhhhhhh. Mana lak peginya MR. HS WONG kita nii ? Wassalam Jeff [ EOM ] |