Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

SOALAN 1 :

From:   <radhi9@h...>
Date: Wed Sep 6, 2000 10:52pm
Subject: lawi bengkok

Assalamuaalaikum,

Saya nak tanya sikit, macammana nak dapatkan ekor
lawi yang tak bengkok????/
Ayam saya ni serama b. 


Thanks.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SOALAN 2 :

From: azrul yahaya  <azrul_da_hollow_man@h...>
Date: Thu Nov 16, 2000 3:34am
Subject: tegak kan lawi ayam serama B


a'kum

ayam saya berumur 7 bulan dan lawi nya kecil dan lembik .
lawinya itu tidak menegak macam ayam biasa.
saya harap sifu sifu sume boleh menyelesaikan masaalah saya ok a'kum

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JAWAPAN 1 :

From:   <dyns@y...>
Date: Thu Sep 7, 2000 6:17pm
Subject: Re: lawi bengkok -- TOLONG JAWAB

Lawi Bengkok atau dikenali sebagai Lawi Sabit adalah tindak balas
semula jadi lawi tersebut.
Untuk mendapatkan lawi yg sentiasa tegak kiter mestilah sentiasa
mengurut lawi tersebut setiap hari. Utk menunjukkan cara sebenar cara
mengurut lawi tersebut adalah agak sukar disini, tapi yg pastinyer
s'dara perlulah mengurut lawi tersebut dgn cara melurutkan lawi
tersebut berlawanan arah lawi itu bengkok.

Urutan ini perlu dibuat setiap hari bagi mendapatkan lawi yg tegak.
Kalau kiter boleh berjumper mungkin boleh saya terangkan dgn lebih
lanjut lagi sebab utk di terangkan disini agak susah sikit ..!!

Abang D

JAWAPAN 2 :

From: P'Nick - Nik Rizwan  <nik_razman@h...>
Date: Sat Sep 9, 2000 9:29pm
Subject: Re: [serama] lawi bengkok

Yang ni selalunya kena tengok baka. Kalau bapa berlawi bengkok anak
berkemungkinan mempunyai lawi bengkok jugak. Kalau ada jantan lawi bengkok,
kahwinkan dgn induk berekor keras.

JAWAPAN 3 :

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Wed Sep 27, 2000 11:11pm
Subject: Tips nak Lurus/Tegakkan Lawi

Assalamualaikum,

                TAJUK SAYA KALI INI AYAM MASUK SALON.

Saya masih ingat pada satu soalan pasal lawi condong, kali ini saya 
nak bagitau dekat teman-teman yang nak bak ayam masuk pertandingan.

Sebenarnya ramai kalangan sifu yang tahu dan menggunakan cara ini, 
saya kurang pasti kenapa diaorang tak mahu kasi tau munkin ada 
sebab-sebab tertentu...entahlak.

Caranya mudah aje, gunakan HairDryer ( pengering rambut ) ayam masuk 
salon lah katakan. Tak perlu gunakan gel, minyak atau apa-apa bahan 
lain cuma basahkan sedikit dengan air sejuk kemudian keringkan dengan 
hairdryer.

Cara-caranya ( macam set rambut ) :-
Kerja ni nak pakai kurang-kurang 2 orang, tukang pegang dan tukang 
set, lenturkan arah berlawanan semasa proses pengeringan.Kalau boleh 
dapatkan hairdryer yang bersaiz kecil muncungnya lebih kecil dan
kuasa angin yang tidak kuat kalau tidak susah nak control.

TAPI perlu ingat jangan terlalu lama atau terlalu dekat nanti hangus 
dan menghasilkan warna kemerahan akibat kepanasan.

Cara ini kalau kena gayenya boleh tahan hingga 3-4 hari atau lebih 
lama lagi dan kalau selalu diamalkan selepas ayam dimandikan munkin 
akan berkekalan.

Bagi tetuan ayam yang memiliki lawi yang bersaiz lebar dan keras 
seperti baka uji ( lawi tongkat langit ) tak perlulah gunakan cara
ini kerana ianya dah semula jadi lurus dan tegak.


ALLAH MENGURNIAKAN KITA ILMU DAN PENGETAHUAN BUKAN UNTUK DISIMPAN
TAPI 
UNTUK DIKEMBANGKAN.....ALLAHHUALLAM BISSAWAB...


Selamat Mencuba, semoga lawi akan terus tegak macam tiang bendera 
....hee...heee...hee


Sekian, wassalam.

Jeff
[ EOM ]
JAWAPAN 4 :

From:   <normanman@h...>
Date: Thu Nov 16, 2000 5:37am
Subject: Re: tegak kan lawi ayam serama B

M'salam azrul,
Susah nak cakap tentang lawi ayam serama. Kita perlu tengok dulu
keadaan ekor dan lawi ayam saudara tu.

Buat pengetahuan, ekor termasuk lawi terdapat 3 jenis  :
  a) Ekor Jenis Sireh Junjung
     Tiga lapis didalamnya dan tersusun rapi. Lawi melebihi paras
     akhir ekor 2 inci ke 3 inci panjangnya. Ekornya agak kembang dan
     terbuka secara semula jadi samada semasa menunjukkan gaya atau
     pun tidak.
     Sebaik-baik ekor ayam serama, jenis inilah antara yang terbaik
     sekali. Jika didalam pertandingan, ayam yang mempunyai ekor jenis
     ini biasanya mendapat 12.5% daripada 15% untuk ekor dan 7.5% ke
     8% dari 10% untuk lawinya sahaja.

  b) Ekor Jenis Siliuang
     Juga tiga lapis didalamnya dan tersusun rapi. Lawi melebihi paras
     ekor 1 inci ke 2 inci panjangnya. Ekornya kembang dan berbentuk
     sigitiga. Kebiasaannya lawi ayam jenis ini agak keras.
     Permarkahan didalam pertandingan hampir sama dengan ekor jenis
     diatas cuma akan dipastikan kepada kekemasan dan warnanya nanti.

  c) Ekor Udang
     Dimana bulu ekornya lebih besar dan keras daripada lawi ayam
     tersebut. Jika dilihat daripada sudut ekornya sahaja, memang
     cantik dengan susunan yang agak teratur. Cuma sayangnya lawi pula
     yang menimbulkan masalah. Lawinya kecil, halus dan rendah
     daripada ekornya.

Dan daripada penerangan saudara tu, saya rasa ekor dan lawinya jatuh
di kategori ke tiga. Apa yang perlu saudara lakukan, tunggu sehingga
lawi asalnya gugurkan dan digantikan dengan lawi yang baru. Barulah
dapat dipastikan keadaan lawi yang sebenarnya.

Sukar untuk saya memberi penjelasan yang terperinci kerana saya tidak
dapat melihat ayam saudara.

--norman--

JAWAPAN 5 :

From:   <shanana69@c...>
Date: Thu Nov 16, 2000 11:24am
Subject: tegakkan lawi ayam.

asssalamualaikum kawan2 semua.Saya ada satu cara untuk tegakkan lawi ayam
yang lembik,senget dan condong.Saya dapat dari sorang pemelihara ayam serama
berbangsa cina yang memberi tunjuk ajar cara2 tersebut.Caranya nampak mudah,
tapi kena dipratikkan selalu.Caranya begini,gunakan kuku ibu jari kita untuk
menyepit lawi tersebut,dan urut dari bawah hingga keatas, tetapi awas jangan
sepit terlalu kuat nanti takut patah pula.Saya dah pun mencubanya dan hasilnya
begitu memuaskan, lawi menjadi tegak seperti apa yang kita inginkan.Dan satu
lagi cara untuk tegakkan lawi ialah dengan menggunakan pengering rambut,
dengan cara menyembur air ke lawi tersebut dan seterusnya gunakan pengering
rambut untuk tegakkan lawi tersebut.Tetapi cara ini digunakan bila dekat nak
bertanding,sebab cara ini tak tahan lama lebih kurang dua atau tiga hari
sahaja lawi akan menegak lepas tu akan kembali kepada bentuk yang asal.Semoga
berjaya.            

from shanana.

 

KEMBALI KE MENU PILIHAN KEMBALI KE MENU SOAL JAWAB