Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

TIPS UTK SERAMA BERGAYA DIATAS MEJA PENGADIL :

From:   <dyns@y...>
Date: Sat Sep 30, 2000 2:48am
Subject: Bantuan Lagii ..!! Tips Supaya Serama Tegak Atas Meja Pengadil

Pagi semua ..!!

Selepas Jeff memberi petua utk besarkan dada serama(bukan manusia
yekk!! hehehehhe ),ini satu lagi perkara yg penting saya rasa bagi
sesiapa yg ingin membawa ayam mereka utk masuk bertanding.

Bagaimana Utk Melatih Serama Muda Supaya Tegak Terpacak Sewaktu Atas
Meja Pengadil..??

Waktu kat umah bukan main lagi serama tu bergaya tapi bila letak jer
atas meja pengadil, habis dirayau ehh satu meja pengadil tu ... bila
pengadil urut dada serama tu buat dekkk jerr ..!! Kena lak kalau
serama muda yg maner selalunyer pengadil induk menggunakan meja yg
sama dgn meja serama muda. Bila letak jer atas meja mula nak
mengedengg kat ayam induk tuu .. lupa terus nak bergaya. Perkara ni
juga pernah terjadi pada serama saya ....!!! raser nak sembelih jer
ayam tu bila balik umah ..!!buat malu kompenii jer ..!!!

Dari pemerhatian saya, serama ni sedang mengalami proses pematangan
atau kater lain tengah menggatallah tuu ..!! Jadi ader ker cara/petua
yg boleh digunakan bagi mengurangkan kegatalan si serama muda ni dan
pada usia berapakah yg terbaik bagi membawa serama muda masuk
bertanding ..??

Mungkin kiter semua mengharap sifu terbaik kiter saudara Jeff untuk
menjawab soalan saya ini ..!!! Nak harapkan petua dari Dr. SAM dah
ilang ghaib tah kemana dan pada Prof. Nik lak tengah sibuk tukar
lampin baby dia ... cuma pada sifu Jeff lah saja harapan kami semua
sekarang ni ... camner kenkawan yg lain setuju tak kiter lantik sifu
Jeff .. SIFU TERBAIK BULAN INI ..????


Abang D

ps: Jeff, setiap jawapan saudara atas soalan2 yg diajukan akan saya
masukkan kedalam website saya ( http://serama-ns.tripod.com )utk
memudahkan org ramai membacanyer & menjadikan tauladan, saya harap
saudara bersetuju. Sekian.

 

JAWAPAN :

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Sat Sep 30, 2000 8:31am
Subject: Re: Tips Serama Tegak Atas Meja [ Jeff jawab ]


Assalamualaikum semua,

Aii..banyak bebenor soalan nol..,

Nak tegak atas meja? Tang ni boleh bagi pandangan,
kaedah...... bukan tips.

Sebenornya serama muda ni ada yang tabiat... ada yang tidak, yang
tabiat tu susah sikit. Apa yang perlu dibuat ialah dengan memandikan
serama muda waktu tengahari kemudian jemurkan diatas meja yang
berkarpet dengan serkup ( kalau boleh serkup buluh ) bahagian atas
serkup tutup dengan kain kecil yang basah untuk menggelakkan dari
terlalu panas. Setelah bulunya hampir kering alihkan meja ditempat
teduh, ambil induk betina serkupkan bersebelahan dengan serama
muda tersebut. Mandian akan mejejukkan serama apabila melihat induk
betina dia mula miang atau panas tapi secara perlahan.

Serama ni kena biasakan dengan pelbagai reban dan tempat untuk
membiasakan diri bila sampai waktu pertandingan. Hendaknya selalulah
diamalkan, mudah-mudahan menjadi.

Tentang solan Abang D serama muda A atau B saya punya ?
Ada tu ada...5 ekor semuanya A, 3 Slim, 2 apple..tapi dok ingat tak
nak jual lagi, nak tengok dulu menjadi ketidak.

Nak lantik saya sifu bulanan terbaik ?
Toksah....,Jangan....,Nehi..Hey..., ilmu dan pengetahuan untuk
dikongsi bukan untuk di gah atau dimertabatkan. Kerana ianya adalah
milik Allah jua.

Nak masukkan dalam Website ?
Lakukanlah apa-apa yang terbaik dalam menjaga kesenian serama dan
untuk kebaikan semua. Syabas dan penghargaan saya ucapkan kepada
saudara Abang D kerana memewujudkan laman web untuk kemudahan peminat
serama.

Terima kasih saudara Abang D.

Sekian, wassalam.

Jeff
[ EOM ]


From: Hami Hussein  <razak@k...>
Date: Sun Oct 1, 2000 1:39am
Subject: Re: [serama] Bantuan Lagii ..!! Tips Supaya Serama Tegak Atas Meja Pengadil


Pagiii..

Saya juga ada sedikit tips untuk serama menegak diatas meja.. kalau
selalu diamalkan insya Allah leh jadik juara..
hehe biasa ler tuu Abang D serama muda memang gatal bila jumpa betina
lebih lagi yang betina tu dahi licin.. hehe gurau je.. sebenarnya
semasa muda inilah masa yang amat sesuai untuk melatih supaya mendada
dan menegak atas meja.. gini caranya ambil satu ekor serama betina
sapukan/gesel pada bawah tengkuk ayam serama jantan tuu.. lagi di
gesel lagi dia naik.. lagi gesel lagi naik... ishhh kadang2 sampai
terlentang kebelakan serama jantan kerana terlalu mendada..
hehe kekawan kena cuba nii..


From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Mon Oct 2, 2000 7:07am
Subject: Re: Bantuan Lagii..!! Tips Supaya Serama Tegak Atas Meja Pengadil


Assalamualaikum,

Betul saudara Hami cara begini memang diakui cukup menjadi,
pengamalan cara begini tidak mengambil masa yang lama.
Tips yang cukup baik dari saudara Hami.

Tapi ada juga bahayanya cara begini, serama muda akan menjadi
terlalu baik dan murah hati pada sibetina. Masalah akan timbul bila
serama muda ini matang dan dikurung dengan induk betina (ambik baka).

Si induk akan mulalah tunjuk manja dengan membelai sijantan, projek
mencabut ubanpun startlah sijantan buat dono je... mula-mula bawah
tengkuk kemudian atas kepala...last-last tak sampai satu hari
...botak...licin...mukhlisin beb...mukhlisin, sijantan yang hansome
dan bergaya dahhh... berubah rupa taklak serupe kojak...macam allien
tak jugak...ada sikit macam toyol. Huhhhh serammm... camna nak bak
masuk bertanding.

Nak jalankan semula projek tanam semula ni bukan senang makan masa.

Walau bagaimanapun saya tetap memberi pujiankepada saudara Hami
diatas tips yang diberikan.

Sekian, wassalam.

Jeff
[ EOM ]