Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH SERAMA TAK MAHU MENGERAM

From:  myraimey@h...
Date:  Tue Aug 7, 2001  1:11 am
Subject:  tak mau ngeramm

a'kum...sifu2 semua....nie nak tanyalah pendapat kalian..
saya punya ayam tak mau ngeramm.....sudah kasi paksa....tutup
tempat ngeram die mengelupur.....takut pecah lak telur...telurnye
dah 15 biji dah.....tapi tup tup...ade lagi semalam....cammana nie..


zaimey

JAWAPAN MASAALAH SERAMA TAK MAHU MENGERAM

From:  rahman ismail <shim782001@y...>
Date:  Tue Aug 7, 2001  3:00 am
Subject:  Re: [serama] tak mau ngeramm

W'salam..

Sebenar kes-kes ayam yang tidak mahu mengeram bukanlah
perkara baru kepada sesiapa yang memelihara ayam
serama. Kes tak mahu mengeram bukanlah yang panik yang
tak bertelur itu lebih naya. Induk yang tak mahu
mengeram biasanya induk yang bertelur atas pasir atau
tidak bertelur didalam sarang. Sekiranya induk itu
bertelur dalam sarang itu tidak menjadi masalah
sekalipun dah bertelur lebih pada 15 biji kerana
mungkin induk berkenaan kali yang pertama bertelur dan
juga induk itu mempunyai tahap kesihatan yang tinggi
jadi ia akan bertelur mengikut keupayaannya. Perkara
ini bukan satu kepanikan. Jika bimbang telur berkenaan
sejuk saudara boleh mengambil telur-telur berkenaan
ditumpang dengan induk yang mengeram atau masuk dalam
mesin mengeram. Satu lagi kaedah tradisional ialah
telur disimpan  dalam bekas yang diisi padi dan
'selamkan' telur itu dalam padi. Tahan tempoh sebulan
mengikut pengalaman saya. Jangan paksa induk berkenaan
supaya tinggal dalam sarang untuk mengeram kerana
apabila sebiji telur yang pecah dari kalangan lain
maka rasiko untuk telur lain menetas susah sikit. Saya
mencadangkan saudara cuba membuka laman web abang D
untuk melihat tips-tips yang telah dikemukakan dalam
laman web itu.

Terima kasih.

SHIM
From:  saiffulsam@h...
Date:  Tue Aug 7, 2001  4:37 am
Subject:  Re: tak mau ngeramm


w'kum salam w.b.t...

15 biji kira sikit lagi tuh!!  ada yang sampai 4 bulan telur non-stop...lagi 
haru...kalau saudara rasa 15 biji dah o.k, saya mencadangkan saudara 
mengasingkan yang jantan dan telur yang keluar selepas nie goreng 
ajer...

Biasanya dalam 2-3 hari ayam tersebut akan mula mengeram tanpa 
kehadiran jantan.  Kalau sang jantan ada mana nak stop kan!! kan!!..


-sam