Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH AYAM TAK NAK MAKAN

From:   <myraimey@h...>
Date: Mon Oct 16, 2000 5:01am
Subject: ayam tak nak makan

apa khabar semua..
ni ada masalah dengan ayam saya ni..dia tak berapa nak makan makanan yang saya dok bagi...tapi makanan tu saya dah biasa bagi kat dia tapi dalam 2 minggu nie bubuh lebih kurang 2 sudu besar sebelum gi kerja balik tengok tak habih pun, kadang luak suku je....macam mana ni..biasanye saya bagi dedak campur dengan kambu...ke sebab sekarang nie panas jadi ayam tu lebih banyak minum air jadi dia kenyang....risau jugak tengok..mintak tolong kat abg2 bagi pendapat...

zaimey

RESPON :

From: Jali Sulaiman  <fauzli@p...>
Date: Mon Oct 16, 2000 6:59am
Subject: Re:ayam tak nak makan


Assalamualaikum w.b.t.
Apa kabar semua,moga sihat sejahtera bersama keluarga dan ayam serama kalian.Ini saja nak try pengalaman tentang ayam tak nak makan.Baru-baru ini ayam saya ada kena masaalah ini dan kadang-kala berkaitan dgn penyakit C.V.A(Cerebo Vescular Accident)dan dikenali dgn penyakit'lintasan'.Haru betul dibuatnya,mula-mula selera makannya hilang dan tiba-tiba tak boleh jalan,ianya hanya mengheret kakinya seakan patah lagaknya.Panik betul ketika itu maklumlah teramat sayang,
bukan senang nak dapat ayam jenis ini disini.Teringat pula tentang ubat yg pernah saya cuba ketika memelihara merbuk dulu iaitu dgn memberinya makan kacang hijau yg direbus dulu.Saya akan memasukkannya secara paksa kemulut ayam itu dan saya mengambil hati bawang kecil(ianya boleh kita dapati dgn mengupek bawang itu hingga sampai pada isinya yg berbentuk putih kecil saperti bawang asal)masukkan juga kemulut ayam itu,insyaallah kerna saya dapat memulihkannya hingga kini ianya dah boleh jalan dan makan saperti sediakala.Sekian utk member disana kalau ada masa kita dapat berjumpa,khas utk Norman dan Jeff kalau ada kesempatan ingin juga saya kerumah kalian utk jengok ayam kalian yg super dupertu itupun kalau saya cuti panjang kerna saya memang gemar holiday di Malaysia.


Wasallam.
Jali