Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

TIPs PEMBERIAN KALSIUM - serama minum susu tepung Anlene Gold !!!

From:  "BakaBaik" <jeffriy@y...>
Date:  Fri May 11, 2001  8:03 pm
Subject:  Tips Kalsium dan sukatan nya.

Assalamualaikum w.b.t.,

Kerana lama saya tak turut serta nampak gayanye kali ini
kenalah saya sediakan satu pengetahuan baru untuk semua
rakan2 disini.

Selama ini kita banyak bercakap tentang kalsium untuk ayam2
kita, bermacam2 cara dan material yang telah kita sama2 
ketengahkan, saya ingin bertanya pernahkah kita terfikir
seperti :- 

a). Apakah pemberian bahan2 tersebut mengikut terma dan 
    sukatan yang betul ?.   

b). Bagaimana pula sukatan bahan2 sokongan yang lain,
    adakah ianya seimbang ?.
  
Persoalan ini sebenarnya telah lama bermain dikepala saya
sejak awal tahun 2000, sebelum itu saya memang mengamalkan
pemberian bahan2 mentah seperti kulit kekerang, tulang 
sotong, siput2, udang beras (hidup), malah reban saya
pun berlantaikan pasir pantai semuanya kerana kalsium....
kalsium....kalsium, usaha tersebut sebenarnya berbaloi 
hinggakan rakan2 saya sendiripun menghantar induk2nya yang
bertelor lembik kerumah untuk saya ubati.

Tapi saya masih tidak berpuashati dgn peratus pencapaian 
( cam biasalah sikap kurang berpuashati ) lebih2 lagi 
apabila mengenangkan rakan2 di sebelah pantai barat yang
menghadapi masalah untuk mengadakan bahan2 itu semua, 
seperti mendapatkan siput2 serta udang beras hidup hanya 
boleh didapati disawah dan diparit taliair sahaja.

Bermula dari sinilah hingga bulan Oktober 2000, kebetulan
orang rumah mintak saya belikan pampers serta susu, dalam
pusat belibelah saya terpandangkan perkataan "Mengandungi
Kalsium Tinggi", selepas membaca segala butir2 kandungan
saya terus beli, ujian saya jalankan kepada induk Husin
Kijang baka 2K yang bermasalah telor gorek/lembik dan
'BB' menghadapi masalah kaki lemah, sekitar feb 2001 sdr
Jaafar Bl semasa datang kerumah saya ada terpandang beliau
bertanya "apa dia" ? saya cuma mengatakan bukan sekarang.

Saudara Jaafar Bl adalah orang pertama saya bagitau setelah
saya dapati ujian tersebut adalah positif dimana april lalu
Induk 2K menghasilkan telor yang sempurna dan memeranjatkan
BB' terbang sejauh lebih dari 10 kaki dari atas meja, kaki
dan kepaknya kini cukup kuat ( betinapun takleh tahan ).
 
Bahan tersebut tanpa lemak mengandungi:-
Kalsium   >  untuk membina tulang.
Vit D3    >  untuk penyerapan kalsium yang optimal.
Magnesium >  nutrien penting untuk struktur tulang sihat.
Energy, protein, Vit A, Vit C, Vit B6, potassium,phosphorus 
dll.

Semuanya adalah mengikut sukatan yang dibenarkan.
Bahan yang saya maksudkan tak lain tak bukan adalah..... 
SUSU TEPUNG ANLENE gold.

Sukatan yang saya amalkan untuk 1/2 Kg makanan saya 
campurkan 6-8 sudu susu ( sudu tersedia dlm tin ).

Walau bagaimanapun saya masih memberikan ayam2 saya makanan
mengandungi protein tinggi seperti, belalang, ulat sagu,
cengkerik dan anai2.

Abang Mohamed, Abang Din serta keluarga dari Singapore
semasa datang kerumah saya tempoh hari telah saya bagitau,
saya berharap Abg Mohamed dan Abg Din akan terus berusaha
menambah ilmu tentang pengenalan ayam serama sebelum 
membuat sebarang pelaburan besar dalam bidang ini.


Wassalam

Jeff

[ EOM ]