Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

TIPS MENYIMPAN TELUR SERAMA SELAMA SEBULAN

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Mon Dec 18, 2000 8:07pm
Subject: Tips' Simpan Telor Tempoh Lama

Assalamualaikum w.b.t.,

Seperti yang telah saya janjikan, disini ingin saya perturunkan Tips
berkenaan cara2 menyimpan telor untuk tempoh lebih lama.

Dan kepada Abang D', Tip ini sudah hampir 3 minggu saya bagitau ada
praktik atau tidak ??.

Seperti yang kita sedia maklum, benih telor ayam serama hanya boleh
bertahan dalam tempoh sekitar 7-10 hari.
Namun ada satu cara yang tidak diketengahkan bagi membolehkan benih
telor boleh bertahan melebihi dari had tempoh 30 hari.

Cara2 tersebut cukup mudah dan telah diamalkan oleh nenek moyang kita
sejak zaman berzaman lagi khususnya keatas telor ayam laga, dan
terbukti akan kebersanan nya. Penemuan cara ini dibuat oleh orang
dulu2 apabila membawa balik telor ayam laga jenis baka terpilih dari
Tanah Siam dengan menggunakan jalan sungai dan jalan darat dengan
mengambil perjalanan masa satu bulan atau lebih untuk pulang.

Saya sendiri telah menggunakan cara ini keatas telor ayam serama dan
nyata amat berkesan sekali.  

Cara2nya :-

Bekas seperti tabung atau botol besar ( seperti tabung plastik gula2
kat kedai ), saya kira bekas kaca adalah lebih baik.

Pada permukaan bawah ( sebagai hamparan pertama ) taburkan serkam
padi sekurang kurang 1/2 " ( padi pun boleh digunakan ), kemudian
susun telor2 diatasnya bagi membentuk lapisan kedua, seterusnya di
taburkan lagi serkam padi dan diletakkan lagi telor diatasnya
begitulah seterusnya mengikut kuantiti telor yang nak di simpan.
Pastikan bekas ditutup rapat bagi mengelakkan dari dimasuki udara.

Akhirnya akan terbentuklah lapisan2, eiirrr..eirrr. macam kueh lapis
( terliur gak .... kena cari buat berbuka puasa petang kang ).


Wassalam.

Tips' Kueh Lapis Di Bulan Ramaddan.

Jeff


[ EOM ]