soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

BAKA - BAKA SERAMA TERBAIK

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Wed Aug 23, 2000 12:08pm
Subject: Re: Baka baik


Tentang nama-nama baka yang mendapat perhatian terdiri daripada :-


1. Baka Husin Putik atu Husin Kijang terkenal dgn baka 2,000.
2. Baka Wan Ahmad lebih dikenali dengan Mat Awang
3. Baka Pauzi juga glamour dgn Uji ( bukan uji rashid )
4. Baka Wei atau Ah wei
5. Baka Yong dekat Kelantan/Terengganu dipanggil baka robot.

Dan ada beberapa nama lagi yang kini mula tenggelam.

Sebenarnya diantara mereka saling bertukar pinjam induk betina bagi
mendapatkan benih yang lebih bermutu, konsep pinjam ini dipantai
timur dipanggil pawah dengan hasil benih dibahagi samarata atau lebih
seekor bagi pemilik induk jantan ( tidak seperti kita mintak beli tak
nak kasi jangankan nak bagi pinjam...susah...susah.. ).

O.k. berbalik kepada nama2 baka tadi, saya nyatakan sedikit sebanyak
identiti mereka,

a). Baka Husin Kijang atau baka 2,000 kebanyakan nya mempunyai warna 
    kuning keemasan, paruh dan kaki kebiasaan berwarna kuning baka
    ini mempunyai ciri-ciri berdada besar (macam dada sharifah Aini) 
    yang paling menarik ada diantara baka ini apabila bergaya diatas 
    meja semasa ia menarik dada keatas kepala dan tengkok akan     
    bergerak terangguk-angguk ( seperti orang sedang meratip ) yang   
    syoknya sehingga 3-5 minit. Apple-model bagi baka ini lebih
    cantik jika dibandingkan dengan Slim-model, seorang peminat     
    daripada pulau pinang telah membeli salah seekor daripada baka
    ini sekitar bulan mac-april  2k pada kadar RM 60,000-00.   


b). Baka Mat Awang kebiasaan nya lebih kepada penerampilan dengan    
    warna seakan warna pinang masak atau lebih mudah warna tea-o      
    keras ( ini adalah warna pilihan pertama ).Ciri2 menarik terdapat
    pada ayam ini bagi Slim-model ialah bentuk kaki halus, ekor       
    panjang/kembang, balung nipis serta kecil dan sepasang mata yang 
    luas kehitaman. Gaya yang menarik diatas meja, kebiasaan nya baka
    ini tidak mematuk carpet, apabila ia menarik dada keatas
    ( berdada sedang ) kedudukan sayapnya akan berada diposisi yang   
    betul ( tidak terlalu kedepan atau kebelakang daripada kedudukan 
    kaki ),dan kepalanya apabila bertemu dengan ekor yang sedia     
    kembang menghasilkan satu bentuk yang cukup menarik. Salah
    seorang yang memiliki baka ini dikenali dgn nama adi trooper     
    setiap kali masuk pertandingan merahsiakan identitinya dgn
    meminta sahabatnya yang cukup disegani di arena pertandingan
    iaitu Abang Raja membawa masuk ayam bagi pihak dirinya.
    Dengar khabar ayam tersebut sehingga hari ini telah ditawarkan    
    dengan harga RM 75,000-00, oleh seorang peminat ayam serama
    berbangsa cina.  
   
    Fuhh..kalau saya nak bercerita tentang kisah baka-baka ni memang 
    panjang boleh buat novel kot....tentang baka Pauzi atau Uji,     
    seekor daripada baka ini pernah menang 12 kali pertandingan     
    besar, nampak gayenya kenalah saya sambung lagi dilain waktu
    inshaalah.

    Untuk pengetahuan saudara, kebiasaan nya tuan pemilik sebenar
    pada siri pertandingan-pertandingan besar tidak suka menonjolkan 
    diri mereka sebaliknya selalu menggunakan orang lain munkin untuk
    
    menjaga nama takut ayam mereka kalah dan harga ayam munkin jatuh.

    Dan juga dinyatakan bahawa dua badan terbesar yang melopori
    serama ianya ' Kelab Ayam Serama Malaysia ' pengerusinya orang
    Terengganu dan BERKAS pengerusinya orang Kelantan.


    PERTANDING BESAR AKAN DIADAKAN DI KOTA BHARU PADA 31/08/2000
    DAN DI KUALA TERENGGANU PADA 01/09/2000.
    ANJURAN KELAB SERAMA MALAYSIA.

  
    Sesiapa yang ada ayam-ayam cantik tu bawak lah pi, mana tau kot,
    kadang-kadang menang kalah pun kira nasib juga. Yang cantik
    semasa hari pertandingan tak semestinya cantik adakala nya yang   
    tak berapa cantik pada hari pertandingan tunjuk belang..siapa
    sangka.

    Cukup dulu, ( EOM ) End of message.
   
    Maaf kepada saudara semua seandainya terkasar bahasa.
   
    Sekian, wassalam.