Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

KACUKKAN SERAMA + MERPATI

From:   <lanun_viper007@h...>
Date: Wed Dec 13, 2000 7:37am
Subject: Kemusykilan !!!


Assalammualaikum kepada semua warga e-groups....

Buat pertama kali bertanya berita kepada semua ahli warga Apa khabar?
Semoga kalian sihat mengerjakan ibadat puasa dibulan Ramadhan
ini...lama saya memerhati ruang ini yang sungguh menarik bagi
pengemar ayam serama yang kurang pengalaman seperti
saya ...Agaknya!!!.

Ini kerana baru-baru ini saya ada membeli sepasang ayam serama dlm
lingkungan 1 1/2 bulan daripada seorang kawan dari Kelantan. Menurut
kawan saya hasil serama ini adalah kacukan ayam serama dengan seekor
burung merpati.

Selang beberapa hari saya membeli sepasang lagi ayam serama
lingkungan 1 1/2 bln daripada seorang kawan (nama rahsia)dari Shah
Alam. Saya lihat ayam kacukan ini garang, liar, kecil dan ciri-
cirinya seakan mahu terbang bila dipegang berbanding dengan ayam
serama yang baru dibeli.

Disini saya ingin bertanya satu soalan mengenai ayam serama...Adakah
boleh seekor ayam serama dikacukkan dengan seekor burung Merpati?
(ditinggalkan dlm satu sangkar)

Sekian,
Wassalam...

p/s Diharap soalan saya ini dapat dijawab ...secepat mungkin

 

KOMEN

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Thu Dec 14, 2000 11:36pm
Subject: Re: Kemusykilan ! Salam dari Jeff

Waalaikumussalam w.b.t.,

Selamat berkenalan sdr lanun .. eiii.. ganas nama sdr ngeri jugak nak
sebut, bukan apa teringat peristiwa kat Sabah itu ari.

Suka jugak saya membaca segala komen2 berikutan persoalan sdr, soalan
sdr ni tidak pelik malah amat berasas, boleh dikira soalan terbaik
bagi menutup tirai 2000, saya tarok nama 'Soalan Y2K' lah.

O.K mengikut pengalaman saya yang diketahui tidak seberapa ini :-

Kacukan serama dengan burung merpati ada berlaku, saya ulangi ianya
memang berlaku dan diketahui ada kalangan penternak yang masih dan
sedang mencuba mempelbagaikan cara2 bagi mendapatkan penghasilan
terbaik daripada proses tersebut.

Pengalaman yang saya lalui sekitar beberapa tahun lalu dimana pernah
saya menyaksikan sendiri hasil kacukan tidak terangcang di satu
bahagian di Setiu Trg dimana seekor induk ayam hutan dikurung dalam
reban merpati merak yang mengakibatkan induk bertelor (termegandung),
hasil yang diperolehi seakan akan burung, dengan kaki berbulu, urat
bulu kasar seperti ayam, boleh terbang tapi tidaklah seperti burung.

Lanjutan dari peristiwa itu membuatkan saya tertarik, saya ajukan
kepada kalangan yang lebih lama dalam pengetahuan kacukan spesis
berlainan, hinggalah akhirnya saya ketahui bahawa kini ada kalangan
penternak serama telah lama menjalani proses kacukan diantara serama
dengan burung merpati tapi hasil daripada kacukan tersebut dianggap
tidak berjaya.

Dan yang terbaru saya mendapat perkhabaran bahawa ada penternak di
Kelantan sedang mencuba mengkacukan serama dgn merpati jenis Carol
( berdada besar tiada bulu kaki ), saya senantiasa mengikuti 
perkembangan berita ini dengan penuh minat.  

Dari sudut pandangan kalangan yang telah lama bergiat dalam bidang
ternakan ayam serama proses kacukan tersebut munkin akhirnya boleh
menghasilkan kejayaan tapi memerlukan jangkamasa yang panjang munkin
sehingga 10 atau 20 tahun. Apa yang dikhuatiri hasil yang diperolehi
kelak adalah sebaik dan secantik apa yang telah sedia ada sekarang
bererti segala usaha tersebut hanya membawa kita kebelakang.

Berbalik kepada ayam sdr yang didakwa dihasilkan dari proses kacukan
serama + merpati, kita tidak boleh membuat andaian semata2
berpandukan kepada saiz dan ciri2 rupa bentuk semata2, saya berkata
demikian kerana ayam serama sendiri mempunyai ciri2 bentuk fizikal
yang berbeza seperti saiz, rupa dan tabiat, sebenarnya keadaan
ini banyak dipengaruhi oleh faktor baka asal ayam itu sendiri.   

Untuk pengetahuan sdr' kebanyakan ayam serama boleh terbang, kejadian
sebegini boleh disaksikan seandainya ayam serama berada dalam situasi
keliru, takut dan terkejut dalam apa jua keadaan, ciri2 awal dapat
dikesan apabila muncul tabiat liar serta susah dikawal ( 15-20
kaki tinggi dahan mempelam adalah perkara biasa bagi ayam serama )
munkin banyak dipengaruhi unsur baka ayam hutan ( bertelinga putih ).
   
Ehhhh..... cukup lah sakat ni, panjang sangat dah.


Kenyataan :
Segala butir2 diatas adalah mengikut pengamatan saya secara individu.

Wassalam.


Jeff

[ EOM ]