Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH PENYAKIT PURU

From: alima  <halimatus25@y...>
Date: Mon Aug 21, 2000 5:56am
Subject: ubati ayam berpenyakit puru


Assalamualaikum wbt.

Selamat bertemu lagi di arena ini.. apa khabar saudara semua,
bagaimana lak dgn ayam - ayam tu... di sini saya nak anda berkongsi
pengalaman yg terjadi pada 2 ekor ayam serama. 1 ekor ibu dan seekor
lagi anak ayam berumur 3 bulan.

Ayam saya telah kena puru, pada mulanya saya bawa ayam tu ke jab.
haiwan. pegawai tu kata tak ada ubatnya tapi dia suruh saya cuba ubat
iodine berharga RM2, katanya lagi: kopek puru tu bagi berdarah
kemudian sapu ubat tu... (dlm hati saya : budak kecik pun tahu, kalau
dah berdarah tu sapu ubat aje) bila balik rumah, saya pun buat apa yg
disuruh. bila kopek aje puru pada ayam tu, apa lagi.... ayam tu pun
melolong sakit belum lagi sapu ubat. kopek melolong.... kalau sapu
ubat kut..kut menjerit lak hi.. kacau jadinya. so dah habis lukakan
ayam tu giliran sapu ubat lak. nak tahu apa jadinya..... bila kena
aje
ubat iodine tu pada ayam, huh... ayam tu melompat tak tentu arah
kesakitan (dlm hati: ni.. nak ubatkan ker nak matikan ayam, kalu mati
ayam aku ni.. siap le pegawai jab. haiwan tu aku tenyeh)

Keesokkannya saya tengok ayam saya tu semacam demam aje (balungnya
bertukar dari merah saga jadi warna kebiru - biruan) sah le ayam saya
ni terkejut badak kena ubat semalam, penyakit puru semakin teruk
sehingga tertutup kedua belah matanya. tak boleh pakai pegawai tu
punya advise so cam na ni...terpaksalah saya suapkan dedak ayam
bercampur ubat ayam (cecair merah) ke mulutnya, apa nak buat tak kan
nak biarkan ayam tu mati kot.. sayangkan ayam terpaksalah. so.. tanya
sini...tanya sana macam mana nak buat dgn penyakit tu... bingung
jadinya last - last teringat ubat kurap cap ayam (kut - kut mustajab)
sebab puru ni sejenis penyakit kulit macam ketuat tu... apa nak
jadi...jadilah sekurang - kurangnya dah berikhtiar jadi tawakal aje
lah, sapu ubat kurap 2 kali sehari kalu sibuk tu 1 kali sehari pun
jadilah. esoknya puru tu dah kering dan mengecut masuk hari ketiga
kesemua puru tu dah gugur... alhamdulillah ayam tu dah boleh makan
dgn
sendiri sehingga kini tiada lagi penyakit tu...

Tapi jiran saya kata sapu minyak tanah pun boleh sebab ayamnya pun
kena, ubat kurap ke atau minyak tanah ke yg pastinya ianya berkesan !
tak gitu. kalu ada sesiapa yg ayamnya kena penyakit puru cubalah
gunakan cara saya tu... insyallah berkesan. nak tahu apa yg terjadi
pada pegawai jab.haiwan tu... nantilah episodnya....

Sekian, wassalam. bye...bye :-)