Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

KRITERIA PERTANDINGAN

From:  "yip ss" <yip_ss@h...>
Date:  Mon Jan 22, 2001 5:24pm
Subject:  Bagaimana ayam dikategorikan dalam pertandingan?

Hi, member2,

Saya ingin tanya bagaimana ayam dikategorikan dalam pertandingan?
Yang saya tahu mengikut berat.
Bagaimana jika ayam badan kecil macam serama A, tapi berat macam kapan, kira 
serama atau kapan?
Bagaimana jika badan macam kapan, tapi berat macam serama A, kira serama 
atau kapan?

<yipss>

 

JAWAPAN

From:  fatboy_kl@y...
Date:  Tue Jan 23, 2001 1:22am
Subject:  Re: Bagaimana ayam dikategorikan dalam pertandingan?

Saya cuba jawab ye ..!!
Bagi pertandingan serama terdapat beberapa kategori ..
Jadi sesiapa yang hendak membawa serama/kapan mereka masuk 
bertanding, ianya mestilah terlebih dahulu mempastikan serama mereka 
berada dikategori mana. Contohnya : sekiranya seramanya telah pun 
mempunyai bulu penuh/tua .. janganlah dimasukkan kedalam kategori 
serama muda, sebab markah yang banyak akan ditolak walaupun serama 
tersebut bergaya bagai nak rakkkk ..!!

Merujuk kembali kepada pertanyaan saudara :

1.Badan kecil, berat macam kapan (>500grm) ... sewaktu ditimbang, 
serama tersebut sudah semestinya akan dimasukkan kedlm kategori 
KAPAN. Kalau terjadi bergini saya cadangkan janganlah dibawa masuk 
bertanding sebab sudah tentu serama tersebut akan kalah teruk kerana 
berbagai markah panalti akan dikenakan. Contohnya : Apabila 
bertanding, serama tersebut akan mendada, dimana kapan tidak akan 
berupaya mendada seperti mana serama. Dan lagi beberapa ciri yang 
sepatutnya terdapat pada kapan tiada pada serama , seperti kaki yg 
besar & pendek,balung & hebeh yg besar serta saiznya yg lebih besar 
dari serama.

2. Badan macam kapan, berat macam serama A (<460grm) ... jawab saya 
adalah terbalik dari jawapan no. 1.

Nasihat saya pastikan berat serama/kapan saudara sebelum memasuki 
sebarang pertandingan terutama sekali bagi serama muda. Selalu saya 
perhatikan tuan punya serama terlalu ghairah utk bertanding sampai 
terlupa yg serama mereka telah melebih had umur (serama muda), 
akhirnya mereka juga yg rugi ...bagi penganjur mereka tidak akan 
menolak sebarang permohonan sebab bagi mereka hanya duit penyertaan 
tersebut.

Sekian

FATBOY_KL
(>100kg)