Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH REBAN SERAMA DIKAWASAN TERHAD

From:  seramans@y...
Date:  Wed Aug 8, 2001  5:22 am
Subject:  Reban Serama Bagi Peminat Tinggal di Rumah Teres (Kaw. Terhad)

Pagi Semua !!

Dah lama saya ternanti nantikan soalan ini, nampak remeh tapi pada 
saya ianya agak penting samada dari segi keselesaan serama itu 
sendiri mahupun keselesaan tuan punya serama dan juga jiran tertangga.

Bagi peminat2 serama yg tinggal di kawasan rumah teres atau pun 
mempunyai kawasan yg terhad .. berapakah saiz reban sebenar yg patut 
kita sediakan utk ayam serama kita ? Adakah kita hanya perlu 
menggunakan sangkar yg boleh kita dapati di kedai2 haiwan perliharaan 
(pet)???

Bagi pemilik2 serama yg mempunyai kawasan yg luas saya rasa perkara 
ini tidak menjadi kesulitan.

Serama .... utk mendapatkan serama yg sihat yg cantik bergaya, kita 
perlu berusaha lebih sedikit, lebih2 lagi kalau kita sudah nekad utk 
menjadikan serama kita haiwan perliharaan yg kita sayangi...!! 

Saya sudah agak banyak juga meninjau/melihat beberapa reban serama 
peminat2 serama samada yg pakar mahu pun yg baru menceburi bidang 
ini. Selepas belajar pada yg pakar .. kesimpulan yang saya dapati ( 
maaf kalau pendapat saya ini kurang dipersetujui) :

1. saiz reban sekurang2nya 1'-1.5'lebar X 2'tinggi.

2. mempunyai ruangan angin masuk (tingkap) disebelah tepi. (tingkap 
ini dilekatkan net nyamuk)

3. pada bahagian lantai, disediakan pasir ... laut(terbaik) atau 
sungai.

4. sediakan tempat bertenggek.

5. sediakan tempat makanan .. bekas dari pasu bunga.

6. sediakan bekas minuman yg airnya sentiasa ditukar ( airnya 
dicampur dgn sk champion)

7. sediakan mentol lampu 5 - 10 watt

8. sediakan net nyamuk utk digunakan pada sebelah malam ... utk 
menutup bahagian pintu.

9. bersihkan reban setiap minggu bagi mengelakkan reban berbau busuk 
& ini boleh menggangu jiran sebelah.

disamping itu jenis makanan yg seimbang & sesuai wajib diberi 
perhatian, mandikan serama seminggu sekali ( bergantung pada cuaca), 
pemberian vitamin secara berkala & lepaskan serama memagut rumput 
sekerap yg boleh .. sebaiknya setiap hari.!!

saiz reban itu tadi bergantung saiz serama anda ... kalau serama anda 
bersaiz agak besar maka tambahlah saiz reban anda itu ..!!


saya harap perkara ini akan mendapat perhatian semua dan kita 
bincangkan bersama demi kebaikan kita bersama .. sifu2 seperti Jeff, 
HS, Shim, Norman, YB, Sam .. dan yg lain lain saya harapkan pendapat 
anda semua dalam perkara ini.

Sekali lagi ulangi tajuk perbincangan ... Saiz Reban & Penjagaan 
Serama bagi Peminat2 Serama yg Tinggal dikawasan rumah TERES atau 
Kaw. Yg Terhad...!!

Sekian

Abang D

080801/13:17

 

JAWAPAN MASAALAH REBAN SERAMA DIKAWASAN TERHAD

From:  rahman ismail <shim782001@y...>
Date:  Wed Aug 8, 2001  6:26 am
Subject:  Re: [serama] Reban Serama Bagi Peminat Tinggal di Rumah Teres (Kaw. Terhad)

Petang semua.... 

Terima kasih sam kerana telah membincangkan masalah
reban yang bagi tinggal dikawasan rumah teres iaitu
kawan yang cukup terhad. Sekalipun saya tidak tinggal
dirumah teres tetapi ayam-ayam saya saya perlihara
seperti saya berada dirumah teres. Sam dah lihat.
Ukurannya sebegini.Untuk 4 tingkat sebagaimana dirumah
saya.

1) Ukuran lebar ialah 4 kaki dan tinggi lapan kaki
setengah.
2) Ukuran tinggi dari pemukaan lantai (simen) dengan
lantai reban ialah 6 inci.
3) Tingkat satu saya buat ukuran 2 kaki setengah dan
saya tidak buat sekatan ditengah dengan satu pintu
kerana untuk tingkat ini saya jadikan untuk proses
kacukan. 1 bapak 3 induk.
4)  Tingkat 2 ukuran tingginya ialah satu kaki
setangah dengan tiga sekatan dengan dua pintu. Satu
pintu dibuat betul-betul tengah sekatan dan satu lagi
macam biasa. Ukurannya 48 bahagi tiga. Biasanya
digunakan untuk menempak anak yang berumur bawah 3
bulan dan yang baru menetas bersekali dengan induk.
5)  Tingkat 3 dan 4 buat sekatan ditengah dengan dua
pintu. Bagi tingkat 3 dan 4 ini sekatannya hendaklah
jangan ayam ini nampak kerana takut mematuk. Biarkan
sekatan itu tingginya  satu kaki dan yang satu kaki
lagi letak jaring besi ukuran dua inci.

Kawasan sekeliling kecuali belakang dipaku dengan
papan lapis dan yang sebelah kiri kanan letak jaring
sebagaimana diatas. Yang lain-lain sama seperti yang
sam cakapkan. Untuk ayam saya SAHAJA tidak diberi sk
champion kerana saya menggunakan ubat cacing untuk
umur lebih sebulan dan yang dewasa saya beri
antibiotic (ada dalam mesej saya yang lepas). Bagi
yang induk vitamin yang ada di jab. Veterinar (dibeli)
saya berikan termasuklah 3 in 1 (ada jual dikedai).
Minyak ikan perlu diberikan. Saya sentiasa memberi
suntikan untuk mencegah penyakit hawar di jab.
veterinar. 
Saya tidak berapa menggalakan untuk meletak ayam dalam
sangkar yang dibeli kat kedai kerana jaringan besi
dibawah mungkin sayap jadi patah hujung. Kalau nak
letak boleh tapi kena buat kotak yang boleh letak
pasir.Itulah penerangan yang serba sedikit yang dapat
saya berikan dan harap kawan-kawan lain boleh membantu
kawan-kawan kita yang tinggal dikawasan yang terhad
ini.

Terima kasih.

SHIM