Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

CARA MENGENALI JANTINA ANAK AYAM SERAMA

From: Mazlan Mat Ali  <meimazlan@h...>
Date: Fri Sep 22, 2000 00:32am
Subject: Camana Nak Kenal Anak

A/kum semua semoga semua disini sihat bersama ayam serama masing-masing..
Nampaknya akhir-akhir ini semakin kurang rakan-rakan kita disini agaknya
mereka semuanya bz dengan tugas, anak kecil atau ayam serama mungkin isteri
baru kut... ehehehe..

Kepada semua yang sudah lama memelihara ayam serama saya ada satu soalan
atau membantu saya membuat pilihan terhadap anak kecil ayam serama ini sebab
saya telah tolong eramkan telor ayam serama A kawan saya sebanyak 8 biji
tapi yang nasib kurang baiknya tetas hanya 3 ekor saja jadi sekarang baru
satu minggu dia tetas jumaat lepas ...

1)satu ekor lebih tinggi dari yang lain, (2)satu sayap lebih panjang dan
jatuh kebawah dan yang (3) ini sama besar dengan (2)tapi sayap biasa saja
kedudukannya...

Saya harap sesiapa yang dapat memberitahu saya diantara 3 ekor ini mana satu
yang Jantan dan mana yang mempunyai ciri2 terbaik...

ok terima kasih...

JAWAPAN 1 :

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Fri Sep 22, 2000 7:03pm
Subject: Nak Kenal Jantina ? [Jeff jawab]

Waalaikummussalam,

Hee...heeee...macam soalan nujum pak belalang je bunyinya.
Tak apalah biar nujum pak Jeff cuba jawab, sebelum pada itu saya nak
beritahu sebenarnya adalah lebih mudah mengenali jantina serama
bermula daripada telurnya lagi jika dibandingkan dgn anak yang
berumur kurang sebulan.

Sebagaimana pengalaman, mula-mula saya akan asingkan telur mengikut
pilihan jantina kemudian dieram oleh siibu dan ibu kapan, dalam masa
7 hingga 10 hari tempoh eraman saya akan menyuluh telur dengan
menggunakan lampu suluh (malam) untuk memilih diantara telur yang
mempunyai benih, yang tiada benih sebenarnya masih elok untuk
dimakan,yang tak boleh dimakan hanyalah telor busuk iaitu yang
terlalu lama dan tidak menetas selepas tempoh eraman berakhir.

Selepas menetas kena buat QC lagi sekali, saya kira cara inilah yang
saudara Mazlan perlu buat, dengan menggunakan 3 batang jari dimana
bahagian tapak tangan berada diatas kepala anak serama, ibu jari dan
jari hantu pada kedua belah pinggang (sisir), jari telunjuk hendaklah
diletakkan dibahagian belakang. Gunakan jari telunjuk untuk menggosok
sambil menekan dari pangkal ekor hingga ke tenggah.

Sekiranya ia duduk dengan membuka kepak ( gaya ibu bagi chance dekat
jantan nak naik ) maka betina lah ia, sekiranya ia berteriak nak lari
aje..apa lagi jantan lah.

Jika masih belum pasti angkat anak tersebut dengan memegang pada
bahagian kepalanya (tergantung) sekiranya kedua kaki terlunjur tanda
betina dan sekiranya kedua belah kaki terangkat itu tanda-tanda
jantan ( pastikan terlebih dahulu anak ayam itu aktif/sihat ).      

Kesemua cara-cara tersebut memerlukan sedikit kemahiran, perlulah
banyak praktik, dengan cara begini kita boleh kenal jantinanya
Allahhuallam Bissawab...            

Sekian, wassalam.

Jeff
[ EOM ]

JAWAPAN 2 :

From: mal mohd  <malmohd@h...>
Date: Sat Sep 23, 2000 10:18pm
Subject: Re: [serama] Nak Kenal Jantina ? [Mal jawab]

Betul ke cara tu Jeff....?? saya pun ada lah juga sikit- sikit ilmu...dapat
pun masa mula- mula nak beli anak ayam dulu....nak kata sama tu ada lah juga
sikit- sikit....

Cara saya pula, tak payah letak tangan atas kepala, angkat kepala atau
berkira- kira nak pilih jenis- jenis jari...nanti terpeleot pula jari kawan-
kawan kita...nak jadi dramatik lagi, takut sianak ayam tu pulak yang
terpeleot ke, terkehel tengkok pulak....yang saya buat ialah cekupkan
(serkop) saja sebelah tangan kita pada anak ayam tu, lepas tu bagi dia
keluar perlahan- lahan melalui bukaan kecil. Kalau yang betina gerenti
kembangkan semula bulunya....

Lagi satu pegang kedua- dua pangkal kepaknya dan angkat. Cara saya ni
berbeza pula dengan Jeff. Pada saya, yang terangkat- angkat kaki tu
betina...dan yang terlunjur kebawah tu jantan...yang mana satu betul ni..?
kalau ada lagi para nujum- nujum sila le beri ilmu sikit...cakap pasal
nujum- nujum ni...nak tanya sikitlah...pernah dengar ke ada orang nak masuk
bertanding boleh 'perasap' dulu ayam dia...?

Sekian

mal