Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

INDUK PILIHAN

From:  radhi9@h...
Date:  Wed Jul 4, 2001  3:39 am
Subject:  masaalah mencari induk betina

 



    Saya nak tanya sikit soalan pada pakar serama kita , saya ada 
beli induk betina serama-a di kedai sungai buluh dengan harga RM100, 
keseluruhan bulunya warna putih dan berkaki panjang sikit, bagaimana 
nak tahu yang ianya serama-a? jantan saya dah lama keseorangan....

2-dalam menghasilkan baka yang baik , betina yang bagaimana yang 
selalu diguna oleh pakar2 kita , apakah warna induk betina yang 
selalu dikahwinkan? dan apakah modelnya?

3-jika mempunyai jantan yang cantik, adakah perlu kita mencari induk 
betina yang terbaik juga, ataupun induk betina yang biasa2 jeee..

tahnks.

JAWAPAN

From:  rahman ismail <shim782001@y...>
Date:  Wed Jul 4, 2001  4:09 am
Subject:  Re: [serama] masaalah mencari induk betina

Persoalan induk payah nak memberi jawapan dengan lebih
tepat kerana kadang ada induk nampak bersahaja tetapi
anaknya cukup hebat dan begitu juga disebaliknya.
Harga induk yang saudara beli dengan harga RM 100.00
memang banyak murah kerana beli di kedai dan
lebih-lebih lagi serama A. Saya tak tahu cara saudara
menentukan induk serama A kerana kategori A atau B
atau C tidak ada lagi pada induk mungkin kerana
melihat kecil atau timbang bawah 360 gram. Induk kecil
tidak semestinya anak akan menjadi kecil kerana perlu
melihat pada bapak adakah kecil atau tidak. Dalam
keadaan begini boleh kalau saudara nak penjelasan yang
tepat dari pakar-pakar disini dengan saudara attach
gambar jantan dan bertina itupun kalau saudara rajin
demi memberi penerangan yang jelas kepada saudara.
Kita tak payah bercakap tentang baka tetapi biar
bercakap tentang model dahulu. Adakah ayam saudara
bapak induk model macamana ? Kalau model epal perlu
mencari induk model slim baru menjadi 'slimpal'.
Tentang warna perlu juga diamabil kira dengan
pasangannya. Jika bapak warna putih anak pasti yang
lahir ada warna putih walau seekor meskipun induk
warna lain. Kalau induk hitam maka bahagi dualah
warna. Satu bapak sebaik-baiknya 3 induk baru sesuai.
Kalau seekor rasanya rugi. Boleh beli kedai sungai
buluh lagi....

Terima kasih

 

From:  normanman@h...
Date:  Wed Jul 4, 2001  10:31 am
Subject:  Re: masaalah mencari induk betina

  Saya nak tanya sikit soalan pada pakar serama kita , saya ada 
> beli induk betina serama-a di kedai sungai buluh dengan harga RM100, 
> keseluruhan bulunya warna putih dan berkaki panjang sikit, bagaimana 
> nak tahu yang ianya serama-a? jantan saya dah lama keseorangan....

KALAU RM100.00 TU KIRA MURAHLAH DAN SAUDARA SAYA KIRA SUDAH AMAT 
BERUNTUNG. TENTANG KATEGORI INDUK SAUDARA SAMADA DARI A, B ATAU C, 
MACAM YANG SHIM KATALAH MEMANG TIADA LAGI KATEGORI YANG PASTI MENGENAI 
INDUK. CUMA APA YANG PASTI INDUK ITU SAMADA KECIL ATAU SEBALIKNYA. 
DALAM HAL SAUDARA INI SAYA RASAKAN INDUK YANG SAUDARA DAPAT BERSAIZ 
KECIL AGAKNYA.

 
> 2-dalam menghasilkan baka yang baik , betina yang bagaimana yang 
> selalu diguna oleh pakar2 kita , apakah warna induk betina yang 
> selalu dikahwinkan? dan apakah modelnya?

BAKA YANG BAIK. SUDAH SEMESTINYALAH SAUDARA MENDAPATKAN AYAM SERAMA 
DARI PENTERNAK YANG MEMPUNYAI NAMA DAN BAKA TERPILIH DIPASARAN SEPERTI 
MAT AWANG, BAKA 2000 DAN SEBAGAINYA. DALAM HAL SAUDARA INI SAYA PUN 
KURANG PASTI AKAN BAKA YANG SAUDARA MILIKI. LUPAKAN DAHULU TENTANG 
PERSOALAN BAKA KERANA IANYA MELIBATKAN BANYAK PERKARA. UNTUK 
MENDAPATKAN ANAK2 ATAU MENHASILKAN BAKA YANG ELOK, SAUDARA PERLULAH 
MELIHAT KEPADA AYAM JANTAN YANG SAUDARA MILIKI. KALAU MODEL EPAL DAN 
SAUDARA JUGA BERMINAT AGAR ANAK TERSEBUT NANTI BERMODELKAN EPAL, MAKA 
CARILAH INDUK YANG DARI JENIS EPAL JUGA. BEGITULAH JIKA KITA NAKKAN 
MODEL YANG LAIN KENALAH IANYA BERSESUAIAN ATAS INDUK YANG KITA DAPAT. 
WARNA JUGA PERLU SAUDARA AMBIL PERHATIAN. INI TIDAK BERMAKNA WARNA 
PUTIH AKAN MENGHASILKAN ANAK2 YANG BERWARNA PUTIH NANTI. KALAU DAPAT 
SAUDARA CARILAH WARNA IINDUK YANG TERDEKAT DENGAN WARNA AYAM JANTAN 
SAUDARA AGAR ANAK YANG TERHASIL NANTI WARNANYA BERDEKATAN DENGAN INDUK 
ATAU BAPAKNYA. 
BERBALIK KEPADA PERMASALAHAN BAKA TADI. JIKA SAUDARA PASTI AKAN BAKA 
AYAM SERAMA YANG SAUDARA MILIKI, CUBALAH MENDAPATKAN INDUK YANG 
SEBAKA DENGANNYA. INSYAALLAH TURUNAN ANAK2NYA NANTI TIDAK JAUH 
DARIPADA INDUK DAN BAPAKNYA JUGA.


> 3-jika mempunyai jantan yang cantik, adakah perlu kita mencari induk 
> betina yang terbaik juga, ataupun induk betina yang biasa2 jeee..

TAK SEMESTINYA JANTAN YANG BAIK KITA KENA PERLU MENDAPATKAN INDUK YANG 
BAIK. TAPI ANDAIKATA KITA MAMPU, ITULAH YANG SEELOKNYA. SAUDARA 
PERLULAH MELIHAT AKAN INDUK YANG SAUDARA INGINI SEBELUM SAUDARA 
MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBELINYA. ANTARA CIRI2 YANG PERLU :
1) SAUDARA PERLU MEMASTIKAN INDUK YANG DIBELI DAPAT BERTELUR. YANG 
PALING MUDAH PASTIKAN INDUK TERSEBUT MEMPUNYAI SEDIKIT PINGGANG. 
2) MODEL YANG SAUDARA INGINKAN SAMADA EPAL, SLIM ATAU SLIM EPAL. IANYA 
BERKAIT RAPAT DENGAN TURUNAN YANG SAUDARA IDAMKAN DARI HASIL KACUKAN 
INDUK TERSEBUT DAN BAPAK YANG SAUDARA SEDIA ADA MILIKI.
3) BAKA INDUK TERSEBUT. KALAU BOLEH DAPATKAN DARI INDUK YANG SAMA 
DENGAN AYAM JANTAN SAUDARA. BAB BAKA INI KITA DAH BANYAK KALI 
BINCANGKAN APAKAH KELEBIHANNYA DIDALAM MENGHASILKAN ANAK2 SERAMA YANG 
BERMUTU. INI BUKANLAH BERMAKSUD AYAM SERAMA YANG TIDAK KETENTUAN 
BAKANYA TIDAK DAPAT MENGHASILKAN ANAK2 SERAMA YANG BERMUTU CUMA JIKA 
KITA TAHU BAKANYA, PERATUSANNYA ADALAH LEBIH TINGGI LAGI.

 

From:  saiffulsam@h...
Date:  Thu Jul 5, 2001  4:13 am
Subject:  Re: masaalah mencari induk betina

a/kum w.b.t

>Saya nak tanya sikit soalan pada pakar serama kita , saya ada 
>beli induk betina serama-a di kedai sungai buluh dengan harga RM100, 
>keseluruhan bulunya warna putih dan berkaki panjang sikit, bagaimana 
>nak tahu yang ianya serama-a? jantan saya dah lama keseorangan....
memang murah; kerana induk boleh buat anak yang ramai...
mengenai kategori seperti kata rakan2 memanglah induk tak ader 
kategori...A, B dll lain lagi.   Yang ada induk pandai menetas dan 
jaga anak dan dapat menghasilkan baka cantik; yang ini orang tak akan 
jual selagi tak dapat ganti induk tersebut...

 
> 2-dalam menghasilkan baka yang baik , betina yang bagaimana yang 
> selalu diguna oleh pakar2 kita , apakah warna induk betina yang 
> selalu dikahwinkan? dan apakah modelnya?

Model semuanya cantik dan ini bergantung kepada minat saudara, saya 
sekarang meminati model epal maklumlah ayam semua slim.  Jadi tukar 
selera dan syok nyer gelihati lihat anak ayam model epal 
nie...terkedek-kedek nak jalan.  Semua ahli keluarga ketawa pasal 
dahlah cute kecil jalanlak tuh mengalahkan orang perempuan!!!! 
(member kita yang perempuan (halimatus) dah lama sepi).. 
 
>3-jika mempunyai jantan yang cantik, adakah perlu kita mencari induk 
>betina yang terbaik juga, ataupun induk betina yang biasa2 jeee..

yang terbaik mestilah baka baik; kekadang baka biasa pun boleh 
hasilkan yang baik. dan yang baka baik tidak semestinya anaknya 
baik...rezeki ajer menentukan...

-sam

p/s:  Murah rezeki hari ini