Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH INCUBATOR

From:   <radhi9@h...>
Date: Fri Sep 8, 2000 5:42am
Subject: [masaalah inkubator]

hai,

Apa masaalahnya inkubator saya nie, suhunya sentiasa
pergi ke 40 darjah celcius. Saya beli tempat sukat suhu tu kat kedai
ikan dengan harga 5.00shj. Yang masaalahnya mentol baru 40 watt,
tempatnya adalah besar kotak isa tu, air pun dah diisi. Semalam saya
rasa telur tu panas sangat dan saya dah tukar pada mentol 25 watt je,
agak2 boleh ke anak ayam menetas dengan mentol 25 watt?????

Mengenai suhu melebihi 40 darjah celcius tu adakah ia telah
menjejaskan telur ayam tersebut?????

Berapa lama anak ayam nak menetas kalau guna inkubator????


Thanks.


From:   <radhi9@h...>
Date: Fri Sep 8, 2000 5:48am
Subject: tolong jawab!! incubator

Bolehkah mentol 25 watt berjaya menetaskan ayam dari
telurnya .Suhu berada pada paras bawah 40 darjah celcius.


Thanks.

RESPON :

From: Megat Ahmad Nizam  <datuk@m...>
Date: Sat Sep 9, 2000 9:12am
Subject: Jawapan kepada incubator dan termostat


Assalamualaikum,
Sini saya sertakan gambarajah terperinchi rekabentuk incubator berdasarkan saya punya kat rumah.

1. Termostat beli kat jalan pasar,harga RM35, tapi kedai elekterik je yang ada. Pastikan anda membeli termostat yang suhunya boleh di laras dari kadar 10F (!!! ingat mesti pastikan ianya "F") sebab ada yang mula dari 60 darjah, tapi "C" - masak telur U...

2. Pasal 3 kaki atau penyambung tu lihat rajah. Pastikan bila anda pusing termostat ke arah pusingan jam lampu akan menyala. kaki yang lagi satu tu tak perlu pakai. Lampu akan padam bila suhu dalam kotak sama dengan suhu yang dilaraskan. Untuk dapatkan suhu yang tepat letakan benda macam pen tu (sensor) di kawasan telur (sama paras atau di tengah kawasan telur) tujuannya supaya telur berada pada suhu yang betul. Jangkasuhu mustahak - mesti letak satu kat dalam dan boleh dilihat dan kalau boleh dekat dengan kawasan telur supaya anda pasti suhu nya betul.

3. Jangkasuhu - beli kat farmasi, untuk cek demam tu pun boleh, RM5 sebiji. Tapi susah sikit nak nampak, kalau boleh beli yang besar sikit, biasanye orang lekat kat dinding atau dalam kereta. Jika jangkasuhu anda lebih atau kurang laras kan termostat anda, contoh - kalau kurang dari 39C tambahkan sikit, walaupun pada termostat dah set kat 39C tapi jankasuhu tunjuk 38C, anda naikkan le sikit, !!! sikit je tau.

4. Pelarasan suhu dibuat sebelum masuk telur, air dah boleh taruk. Perhatikan suhu anda selama 3hari jika dah stabil masukkan telur anda. - opps silap telur ayam.

5. Air mesti sentiasa berada dalam linkungan 3/4 inci kalau tinggal 1/4 inci, tambahkan air !!! air mesti suam sikit je, sejuk tak boleh, panas pun tak boleh. Takut telur terencat.

6. Apalagi ye ? ... ooo, baru saya ingat - saiz kotak pun main peranan jugak. 1 1/2 kaki lebar X 2 kaki panjang X 2 kaki tinggi. okeyle tu, gunakan 2 atau 3 bulb. 60 W okeydah. Kalau kotak besar, kena ada kipas, jadi tambah le kipas. Yang ni saya belum cuba. Tungguuuuuu.....

7. Masih tak paham, datang rumah - pengerasnya telur serama 2 biji, ;) - jangen mare gurau je...  

bye


From: Megat Ahmad Nizam  <datuk@m...>
Date: Sun Sep 10, 2000 6:40am
Subject: Re: [serama] Thanks/inkubator

oopss,
ada satu pekara lagi, jangan lupa pusing telur tu.. 3X sehari.