MASAALAH KAKI BERBULU
From: <serama09@h...>
Date: Tue Jan 2, 2001 8:22pm
Subject: Kaki Berbulu
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya nak ucapkan takziah buat saudara Jeff dan banyak-
banyaklah bersabar.
Kepada Jeff atau kawan-kawan semua yang ada idea bagaimana nak
hilangkan bulu dikaki ayam sila reply ye. Satu lagi, siapa yang
menetapkan kriteria ayam kaki berbulu tak ada nilai?
Wassalam
@riffin
JAWAPAN MASAALAH KAKI BERBULU - 1
From: bakabaik <jeffriy@y...>
Date: Thu Jan 4, 2001 6:52am
Subject: Re: Kaki Berbulu ( Tips )
Waalaikummussalam w.b.t.,
Takziah ?, terima kasih .... terima kasih...,
Sememangnya benar sebagaimana ulasan P'Nik, namun tidak dapat
dinafikan ada kalangan peminat yang memiliki serta masih menyimpan
serama berbulu dikaki disebabkan kelebihan2 lain yang dimiliki oleh
serama tersebut.
Dan bagi mengatasi masalah ayam berbulu dikaki beberapa cara telah
dibuat seperti menggunakan bahan2 chemical, sayugia di ingatkan
penggunaan bahan2 tersebut dipercayai boleh mendatangkan kesan2
sampingan kepada kesihatan ayam itu sendiri.
Saya ingin mengesyorkan satu cara cukup mudah dan tidak memudaratkan
kesihatan ayam iaitu :-
Sebaik baiknya usia ayam hendaklah dibawah 3 bulan bagi menggelakkan
terbentuknya kesan2 pecahan sisik kaki ekoran tunjang bulu membesar.
Bahagian kaki ayam hendaklah dibersihkan terlebih dahulu kemudian
barulah dicabut kesemua bulu tersebut, keadaan ini dibiarkan selama
24 jam ( sehari ), kemudian dibersihkan semula kaki tersebut proses
terakhir ialah dengan menyapu air cuka dan dibiarkan ia kering dengan
sendirinya.
(Air cuka yang dimaksudkan ialah cuka masakan bukanlak cuka belanda).
Nota :
Cara ini hanyalah untuk menghilangkan bulu dikaki supaya tidak tumbuh
lagi, bukan penyelesaian Genetik/Gin ayam keturunan berbulu kaki.
Wassalam.
Jeff
[ EOM ]
JAWAPAN MASAALAH KAKI BERBULU - 2
From: ayam serama <serama2000@h...>
Date: Tue Jan 2, 2001 11:57pm
Subject: Re: [serama] Kaki Berbulu
A'kum,
Bulu yang terbentuk di kaki ada dua jenis iaitu bulu yang seakan anak dan bulu seakan sayap. 'Bulu anak' senang nak cabut, kesan tak ketara dan lambat utk tumbuh kembali. Kalau 'bulu sayap' agak susah kerana kesan bulu tertanggal akan jelas kelihatan dan agak susah nak dicabut.
Serama yang berbulu ni mungkin ada sedikit kacukan dengan ayam baka berbulu dikaki seperti ayam Peking. So kalau boleh carilah ayam lain. Walau secantik mana ayam tu, nilainya tetap rendah dimata penggemar serama.
Nik - saya ni cakap je berdegar-degar tapi ayam
superb takde jugak!!