Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH HAMA

From: alima  <halimatus25@y...>
Date: Thu Aug 17, 2000 12:41pm
Subject: Masalah hama...


Assalamualaikum

Apa khabar groups semua, semoga sihat bersama ayam - ayam anda. saya
ada 1 masalah tentang hama ayam, bagaimana nak membenterasnya, guna
ubat/shampo apa ? saya bagi ayam serama saya mandi 1 kali seminggu
guna shampo kucing kekadang tu guna shampo dettol, boleh ker...
kenaper setiap kali ayam induk mengeram ada hama ? kesian saya tengok
ayam2 saya kena hama, terutama pada ayam jantan yg setia menunggu
betinanya mengeram pun kena hama juga.

e..e..e.. kalau saya bagi ayam tu mandi, saya pun kena hama. geli..
dah le bagi ayam mandi lepas tu kita pulak kena mandi. akibat rasa
geram sangat pada hama ayam tu, habis 1 kg garam saya taburkan pada
kawasan reban.kalau boleh, nak benteras habis - habisan dan kenaper
bulu ayam luruh selepas 2 minggu kita dimandikan ?

bole ker sesiapa sudi membantu dan beri advise... mana dia logo group
ni...tak sabar nak tengok...tentang t-shirt tu saya setuju, reka le
yg
canggih dan berpadanan dgn group ni.

sekian, wassalam. tq .

JAWAPAN MASAALAH HAMA

From: P'Nick - Nik Rizwan  <nik_razman@h...>
Date: Fri Aug 18, 2000 2:21am
Subject: Re: [serama] Re: Masalah hama...

Tips dan jawapan:

[1] Utk mengelakkan serangan fungus(kulat)dan hama, kita dinasihatkan utk
mengosongkan reban, bersihkan dan sembur racun kulat/ridsect ke seluruh
reban. Biarkan selama beberapa hari supaya kesan racun akan hiang. Lepas tu
seeloknya sembur dgn air apaip utk kali ke 2. Bila kering baru masukkan ayam
kita.

[2] Dalam masa yang sama, mandikan ayam kita dgn syampoo anti kutu. Syampoo
utk kucing pun ok, cuma pastikan utk matikan kutu. Bahagian yang perlu
diberi perhatian ialah pada bahagian ekornya dan bulu kepala. 2 kawasan ni
adalah tempat pembiakan utama kutu dan hama. Pastikan semasa memandikan ayam
kita telah ratakan syampoo ke seluruh tubuh ayam tu. Setiap helai bulu ekor
kalau boleh bersihkan betul². Kadang hama mati tapi telur masih melekat kat
celah bulu. The infection will be back. Cuma kena rajin la sikit. Lepas
dimandikan jgn lak campur ngan ayam yg belum dimandikan. Dan pastikan kesan
syampoo dibersihkan sebersihnya.

[3] Reban yang berdekatan dgn semak atau tempat pemeliharaan ayam kampung,
masalah hama agak susah nak dihapuskan.

[4] Salah satu sebab bulu luruh ialah kerana proses biologi biasa dan sebab
lain ialah serangan hama tadi. Ini kerana hama akan juga menggigit bahagian
umbi(pangkal) bulu terutama bulu muda. Ini akan menyebabkan kekeringan
kerana folikel bulu akan kering. Ini menyebabkan bulu senang luruh, tidak
bermaya. Gunalah rejoice!!Hehehe!! Gurau je...seeloknya hapuskan hama pada
badannya dgn syampoo anti hama tadi. Harganya sekitar RM 16 - 25.

Tips : reban jgn terlalu tertutup kerana habuk dan kulat akan membahayakan
kesihatan ayam. Biarkan direban yang mempunyai pengudaraan yang baik. Cuma
sebelah malam kalau boleh cuba hindarkan dari gigitan nyamuk. Nyamuk adalah
vektor penyakit utama setakat ini.

Sekian dan harapnya terjawablah soalan saudara yang bertanya. Rakan lain
mungkin ada tambahan...Wan camana?