Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

PENGGUNAAN VITAMIN

From:  fatboy_kl@y...
Date:  Thu Jan 18, 2001 9:06am
Subject:  Syukur Alhamdulilah
As'kum Semua.

Akhirnya berjaya juga saya bersama sama kawan kawan semua di egroups 
ini. Terima kasih kepada Abg D & Abg Jeff atas kerjasama anda berdua.

Saya ada beberapa kemuskilan hendak ditanya kpd pakar pakar disini 
terutama kpd Abg Norman & Abg Jeff. (Sebenarnya saya sudah pun 
bertanya kpd Abg D tapi beliau minta saya bertanya di egroups ini ... 
lebih afdal katanya ....:)

Selama ini saya selalu mendengar yg mana tuan tuan punya serama yg 
hebat hebat, selalu memberi serama mereka berbagai vitamin. So kalau 
boleh lah, boleh tak samada Abg Norman or Abg Jeff nyatakan kebaikan 
& kegunaan pil pil yg akan saya senaraikan dibawah nanti ..??

1. Pil Minyak Ikan (saya dengar cerita di Kelantan ada dijual minyak 
ikan khas utk anak serama dimana ianya bukan berbentuk pil .. betul 
ker ??)

2. Vitamin C

3. Vitamin B Complex

4. Kalsium

5. Protein

6. dll

Saya ada membaca di website Abg D, dimana Abg Jeff ada menyatakan 
cara cara utk membuat makanan terbaik bagi ayam serama. So kalau tak 
menjadi masalah kepada Abg Jeff boleh tak nyatakan kebaikkan bahan-
bahan yang digunakan didalam pembikinan makanan tersebut.

Khas buat Abg Jeff,
Saya ada seekor serama jantan baka 2000 - Ah Wee (tak silap saya ini 
version lama beliau), masalahnya bagaimana saya hendak turunkan 
beratnya ? Buat pengetahuan Abg Jeff, sewaktu saya ambil serama ini 
beratnya kira kira 510gram so kalau masuk bertanding tentu terlebih 
bagi Serama B. Saya sudah pun menggunakan makanan khas yang Abg Jeff 
nyatakan itu tetapi beratnya tetap tidak berubah & kalau berubah pun 
sikit sangat. Saya harap akan mendapat respon dari Abg Jeff sebab ada 
juga dihati nak "test" kehebatan serama saya ini dipertandingan yang 
akan diadakan tapi itu pun kalau Abg Norman tak masuk samalah. Kalau 
Abg Norman ada sama masuk, mengaku kalah lah saya. Sri Perkasa Abg 
Norman tiada tandingnya di sebelah pantai barat ini.(* Saya pernah 
melihat Sri Perkasa Abg Norman disalah satu pertandingan tahun lepas 
.... HEBAT MEMANG HEBAT !!! )

Sekian terima kasih dan saya harap segala kemushkilan saya akan 
terjawab juga hendaknya.

Wasalam

FATBOY_KL

JAWAPAN

From:  "bakabaik " <jeffriy@y...>
Date:  Sun Jan 21, 2001 8:15pm
Subject:  Jeff Jawab Persoalan Fatboy
Waalaikummussalam wbt.,

Selamat datang ke eGroup 'fatboy', adalah lebih manis sekiranya sdr 
dapat memperkenalkan diri sdr, ianya bagi memudahkan ahli2 disini 
untuk berinteraksi. 

Walau bagaimanapun untuk tidak mengecewakan sdr, akan saya cuba 
menjawab beberapa kemuskilan yg sdr ketengahkan. 

Saya mulakan dgn persolan terakhir sdr berkenaan dgn baka ayam sdr
dan resepi makanan campuran yang saya senaraikan beberapa ketika 
dahulu.  

Sebelum itu, saya agak keliru apabila sdr mengatakan ayam jantan sdr 
adalah dari baka 2000 Ah Wee ?, Sebenarnya baka 2000 adalah dari baka 
ayam Pak Husin Butik atau Husin Kijang bukan Ah Wee. Ciri2 ayam baka 
Ah Wee seperti berkaki pendek/kasar, berdada besar dan sayap agak 
panjang (kebanyakan nya tidak dapat melepasi bahagian hadapan kaki). 

Tentang resepi makanan, pernah saya nyatakan bahawa makanan tersebut 
adalah tidak sesuai untuk tujuan :- dari serama C menjadi B atau 
serama B menjadi A, kebaikan resepi makanan tersebut adalah bertujuan 
supaya ayam cukup sihat atau struktor makanan seimbang. 

Memang benar terdapatnya minyak ikan yg dibotolkan selain daripada 
minyak ikan secara kapsul, saya lebih suka menggunakan minyak ikan 
yang dibotolkan dgn jenama 'Hover' khusus untuk burung, pengedarnya 
adalah orang lama 'Ocean Tropical Far Fish & Trading S/B, harga 
pasaran RM 5-00-5.50 ( 30 ml ), kandungan :- 
Acid-value, iodine-value, peroxide-value, saponification,
cholesterol, alpha-tocpherol ( Vitamin E ).

Berkenaan penggunaan minyak ikan, senarai vitamin, protein & kalsium, 
huhhhh.... bab ni yang saya respek niii, soalan mencabar ni ....
cukup mencabar sepatutnya bab ni Prof Nik lebih arif, memandangkan 
soalan ini ditujukan kepada saya terpaksalah juga saya menjawab .... 
hai kena perah otak sikit sebab ianya melibatkan bidang Biology 
kenalah flash back zaman sekolah2 dulu, kalau jawapan saya tak betul 
kena mintak teguran dari Prof Nik, maklumlah lama dah tinggal sekolah.

Masih ramai yg tidak mengetahui sebarang pemberian Protein, Vitamin 
dan Garam Mineral seperti Kalsium, Fosforus, Kalium, Magnesium, Ferum 
, Iodine dll, memerlukan sukatan yang betul berpandukan kepada usia, 
berat timbangan dan status kesihatan ayam itu sendiri bukan pakat
main hentam aje sebab itulah pernah saya sarankan kepada mereka yang 
tidak tahu adalah lebih baik mendapatkan nasihat pakar Veterinar, 
kecuali garam mineral segala bentuk protein & vitamin  yang hendak 
digunakan hendaklah diperolehi dari Jabatan Haiwan atau Farmasi
kerana banyak Syarikat mengambil kesempatan memasarkan pelbagai 
keluaran mereka dgn mendakwa ianya bermutu ( kecuali Syarikat yang 
telah lama beroperasi ). 
  
Berbalik kepada Protein : secara ringkasnya Protein yakni Protein 
kelas kedua yg dihasilkan daripada tumbuhan2 seperti Jagung, ianya 
diperlukan untuk pertumbuhan badan, membina/memperbaiki tisu2 yg 
rosak, sintesis, enzim, hormon, antobodi, hemoglobin, melanin dan 
perbekalan tenaga sudah tentu ayam2 kita memerlukan nya tapi tidak 
secara berlebihan.

Sepertimana juga dgn Vitamin C ( ascorbic acid ) bertindak membina 
tisu dalam badan, berkenaan kegunaan Vitamin B complex seperti sdr 
persoalkan, sebenarnya kalangan penternak amat gemar menggunakan 
Vitamin ini bagi mengantikan Vitamin B1 ( tiamin ), B2 ( riboflavin ) 
& B6 ( piridoksin ) vitamin ini untuk mengatasi hilang selera makan, 
penyakit kulit dan kekurangan leukosit/ antibodi menyebabkan kurang 
pertahanan terhadap penyakit, ada setengah penternak memberikan 
Vitamin ini kepada Induk betina yg menghadapi masalah  telor pecah
dlm perut atau kesakitan/kesulitan semasa hendak bertelor.

Tentang Kalsium pula, sudah banyak kali keperluan nya di nyatakan di 
eGroup oleh rakan2 disini, bagi ayam betina ianya diperlukan bagi 
mengatasi masalah telor lembik fungsi utamanya adalah untuk 
pembentukan tulang yg kuat, pembekuan darah dan pengecutan otot..     
   
Fuhhhhhh...... kan dah kata ..... lenguh nak menjawab, saya harap sdr 
berpuashati dgn jawapan saya .

Tentang Sri Perkasa kenalah Norman jawab.

Seandainya terdapat kesilapan didalam penerangan saya, seperti 
selalunya sila perbetulkan demi kepentingan kita bersama di Forum 
eGroup ini. 

Tips / :- Vitamin E ( Tokoferol ) berfungsi membentuk Eritrosit
kearah 
penyuburan benih ayam Jantan & betina, sumber boleh didapati seperti 
:- minyak ikan, jagung madu, kacang hijau, biji bunga matahari &
lemak kelapa sawit.

Wassalam.

Jeff

[ EOM ]