Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH : CARA TERBAIK ERAMAN TELOR AYAM SERAMA

From:   <adwork_network@d...>
Date: Sat Apr 29, 2000 3:35pm
Subject: cara eram telor


assalamualaikum semua,

shah nak tahu bagaimana cara nak eram telor ayam serama ni....cara
semulajadi atau incubator....semulajadi takut pecah...pls
advised...sekian terima kasih.

JAWAPAN :

From: zulkifli omar  <royak@h...>
Date: Tue May 2, 2000 0:55am
Subject: Re: cara eram telor

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan shah mengenai option mengeramkan telur ayam sama ada
menggunakan cara normal ataupun incubator. Berdasarkan pengalaman, saya
berpendapat  cara pengeraman normal adalah yang terbaik kerana memang itulah
ketetapan tuhan terhadap ibu ayam (mesra ayam). Anak-anak ayam ini nyata
lebih sihat dan cergas berbanding anak ayam incubator. Selain itu Secara
psikologinya anak-anak ayam yang dieram dengan induknya akan mempunyai lebih
kecenderungan untuk mempunyai ciri-ciri induk dan bapaknya. Selain itu kerja
untuk menjaga anak ayam yang baru menetas tidak menjadi rumit kerana tugas
menjaganya telahpun kita serahkan kepada induknya.

Mengenai kebimbangan telur pecah, maka perlulah disediakan sangkar(mengeram)
yang selesa semasa mengeram dari segi saiz dan juga alasnya. Pada pandangan
saya daun kelapa kering yang halus setelah diambil lidinya adalah sangat
sesuai dijadikan alas tempat ayam bertelur.

Mengenai harga incubator RM 1000 adalah sangat mahal (mungkin kapasiti
besar). Di kedai burung Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu harga incubator
hanya RM 190 sahaja dan boleh memuatkan hingga 100 biji telur. Manakala di
kedai burung Selayang, Selangor dengan kapasiti yang sama harga incubator
mencecah RM 400.

Sekian, terima kasih.