Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

TIPS UTK BULATKAN/BESARKAN DADA AYAM SERAMA :

From:   <dyns@y...>
Date: Thu Sep 28, 2000 5:49pm
Subject: Bantuan .... TIPs UTK BULATKAN DADA SERAMA ..!!!

Pagi semua ..!!!

Saya mengharapkan respon dari pakar pakar serama semua utk
membincangkan/pertua utk membulatkan/besarkan dada ayam serama
terutama bagi ayam serama A baka SLIM.

Perkara ini telah saya utarakan beberapa hari lepas tetapi tiada
respon, saya mengharap sangat ni pakar pakar seperti JEFF, Dr. SAM,
LAM, MEGAT, DZULL & PROF NIK dapat memberikan tips tips yg berguna.

Mungkin member member milis yg lain juga boleh membantu ..!!!

Abang D

 

JAWAPAN :

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Thu Sep 28, 2000 11:34pm
Subject: Re: TIPs UTK BULATKAN DADA [ Jeff bab 1 ]

Petang..... baru balik sembahyang jumaat.

O.k lah kali ini saya jawablah pertanyaan saudara kita Abang D jika
tidak merajuk pulak kan, nanti ramai yang susah ( termasuk saya
hee..hee ).

Nak kena jawab nii....aii...susah jugak, tak apalah saya cuba selepas
ni nak harap pada saudara-saudara kita yang lain juga turut sama
memberi pandangan.

Pasal nak membesarkan dada ayam berbadan Slim, mula-mula........
( haa..kena salin macam salin resepi masakan ).

Mengenal Pasti Faktor :-

1. Usia ayam berbadan Slim memainkan peranan yang paling utama dan   
   kita kenalah pastikan umurnya terlebih dahulu.

2. Berapa kali meluruh ( bulu gugur ) penting bagi serama slim.

3. Cara pemakanan termasuk kedudukan cara serama makan, penting sejak
   dari kecil.

4. Bentuk, saiz, kelengkapan, suhu dan persekitaran reban.


(1). Lazimnya serama slim kategori A akan membentuk dada yang      
     betul-betul cantik apabila mecapai usia matang sekitar 8 hingga
     10 bulan malah ada yang lebih lama lagi. Ada juga yang bermula   
     pada usia lebih awal 2 atau 3 bulan tapi belum cukup cantik.
  
(2). Waktu meluruh amat dinantikan, berat timbangan serama akan      
     bertambah setengah penternak akan mengambil langkah dengan      
     mengurangkan pemberian makanan, ini adalah satu tindakan yang    
     salah, serama sepatutnya diberi makan yang secukupnya ( makanan  
     yang saya bagi selalunya berlebihan ) serama memerlukan sumber   
     makanan yang cukup untuk tumbesaran dada dan bulu. Sebaik saja
     bulu lama gugur dan digantikan dengan yang baru waktu inilah     
     paling penting samada serama kita akan mempunyai dada atau tidak,
     namun ada juga serama yang tak pernah meluruh walaupun mencapai  
     usia 10 bulan ( macam serama 'pak leh' saya punya ) tapi masih   
     ada cara untuk mengugurkan nya, bukan dengan mencabut itu satu   
     penyeksaan caranya adalah dengan cara mandian khusus ( akan saya
     ajarkan sekiranya ada permintaan ).   


Maaf Abang D, saya terpaksa berhenti dulu ada temujanji saya sambung
kembali malam nanti untuk bab 2 insyaallah..

Sekian, wassalam.

Jeff

[ EOM ]


From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Fri Sep 29, 2000 12:58pm
Subject: Re: TIPs UTK BULATKAN DADA [ Jeff bab 2 ]

BAB 2 


Pagi Abang D....maaf janji malam semalam tapi balik lewat pasal 
out-station janji punya pasal kena bayar kalau tidak esok kena tuntut.

O.K saya sambung...takat mana dah ??...ingat dah..ingat dah....

Nak sambung sikit tentang musim gugur ni....masa ni kena betul-betul 
bagi perhatian, kalau serama tu diletakkan bersama induk tujuan 
dapatkan baka ianya perlulah dipisahkan, sekiranya masih muda dan 
berada bersama dengan serama sebaya juga perlu diasingkan, hoi... 
kerja bukan senang beb....reban kosong pun nak kena spare, maklumlah 
nak dapatkan serama yang cantik mestilah banyak kerja kena buat.

Serama memerlukan keselesaan pergerakan dengan makan minum taklah     
kena berebut-rebut kemudian kena lak layan si induk kalau induk tu    
sampai 3-4 ekor huh....letih beb..letih...mana ada tenaga lagi pulak 
tabiat serama ni bagi induk berapa banyak pun dia gasak. Waktu ini 
juga serama amat kuat makan bekas makanan tak boleh kosong kena ganti 
dan selalu berisi, berat badan boleh bertambah sehingga 30g tapi 
selepas proses pemulihan ianya akan kembali susut.

Sebenarnya musim meluruh ni memerlukan tenaga yang secukupnya 
maklumlah waktu bulu gugur ada kalanya serama boleh demam ( kalau tak 
caya cuba perhatikan betul-betul waktu tu ) dan sekiranya waktu ia 
meluruh bertepatan dengan musim mempelam berbunga dikhuatiri akan 
penyakit hawar, serama perlu diberi imunisasi pencegah. Waktu ini
juga serama tidak tahan sejuk kalau boleh kena pasang lampu bagi
memanaskan nya. 

Sebaik peredaran meluruh dgn tumbuhnya bulu baru kita akan dapati 
serama mula tunjuk galak dengan muka bertukar kemerahan, pantang 
nampak ayam lain aje, adakalanya tangan kita jadi mangsa patukkan. 
Dalam keadaan pemulihan begini, sikap galak dan kepanasan dalaman 
akan banyak membantu membina dada yang cantik.  

Apa lagi ya....ohh..saya copy/paste dari bab 1, dua lagi faktor.

3. Cara pemakanan termasuk kedudukan cara serama makan, penting 
   sejak dari kecil. 

4. Bentuk, saiz, kelengkapan, suhu dan persekitaran reban.


3). Pasal makan, ada kasi 1/2 sudu atau 1 sudu pagi dan petang kerana 
    takut serama tu akan jadi besar dan berat, bagi saya tiada diet   
    sekiranya baka serama A atau A+ kalau tak jadi A akan jadi B,     
    kalau jadi B pun apa nak susah sekiranya sihat dan berdada cantik 
    daripada diet untuk jadikan A dengan tubuh yang kurus mana nak
    ada power untuk tarik dada dan bergaya atas meja kelak. Lagipun   
    jenis serama baka yang baik dia ada waktu break berat badan iaitu
    proses ia susut sendiri. 
 
    Cara kedudukan serama makan/minum pulak sampai gantung bekas tu   
    tinggi2 sebab nak kasi dada naik, sampai ayam tu makk..terlompat2 
    nak dapatkan makanan sedar-sedar bukan dada yang tinggi tapi      
    batang leher lak panjang macam leher ayam belanda dan ekor mula   
    condong. Sebenarnya cara ini baik untuk ayam laga sahaja bukan    
    untuk serama. Bekas makanan hendaklah taruk kat bawah kalau boleh 
    dapatkan bekas makanan buatan tembikar berukuran sederhana tak    
    mahal 2.00-2.80 saje banyak kat kedai burung.
    

4). Pasal reban lak, reban hendaklah mengikut umur bukan mengikut
    saiz ayam semata, umur satu bulan dah kena ajar buat tempat     
    bertenggek yang kecil dan rendah bersesuain dengan saiz anak     
    tujuan menjaga bentuk tetulang dada supaya tidak menjadi leper    
    kaedah ini juga amat baik untuk menjaga ekor, apabila sedikit     
    besar kena tukar reban lebih besar, umur 3 bulan keatas kena     
    berlantaikan pasir.Suhu reban dan persekitaran jangan terlalu     
    sejuk atau panas kering hendaklah bebas udara.  

Nak diingatkan juga sebarang serangan penyakit sejak kecil boleh 
menyumbang kepada terbantutnya tumbesaran dada dan munkin nasib juga 
memainkan peranan.

Nampaknya disini sajalah berakhirnya episod Bab 2.

Sama-sama memberi pendapat sama-sama mendapat berkat.

Sekian, Wassalam.


Jeff

[ EOM ]