Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

TIPS MEMBINA SENDIRI INKUBATOR

From:  jack spitter <jspitter@y...>
Date:  Fri Feb 2, 2001 4:49am
Subject:  Jack tanya Soalan
Salam sejahtera semua....

Saya sedang cuba membuat sebuah incubator dalam
persediaan menunggu ayam saya bertelur dan ramai kawan
kawan saya yang lain mengharapkan incubator ini dapat
beroperasi dengan jayanya.
Saya telah membeli dua buah Temperature Controller
Jenama OMRON lengkap bersama relaynya(Satu telah
meletup,silap buat wiring) dan Thermo Couples.

Soalan saya:-
1.Berapakah suhu maksima dan minima sesebuah
incubator? (sila beri jawapan dalam bentuk celcius
kerana ia memberi bacaan celcius sahaja).Saya cuba
ikut seperti tunjuk ajar yang lepas,tetapi ada yang
kata mak.40 darjah ada yang beri 37.5 darjah.
2.Berapa mentolkah yang diperlukan dan berapa watt?
(ukuran incubator saya 2'x2'x2'6")
3.Dimanakah kedudukan terbaik Thermo Couples?
4.Bagaimanakah kedudukan telur didalam
incubator?(tegakkan atau baringkan)
5.Benarkah bekas air perlu dibuat dari alumanium?
6.Bagaimanakah kipas beroperasi?(menyedut udara keluar
atau menghembus didalam incubator?

Ini aje dulu soalan saya,kalau boleh buatkan lakaran
untuk saya ye..

P/S MR.**** ayam saya sihat.Thanks,Kirim salam untuk
Nur Zahira and family. 

JAWAPAN 1

From:  saiffulsam@h...
Date:  Fri Feb 2, 2001 9:40am
Subject:  Re: Jack tanya Soalan
a/kum w.b.t & salam sejahtera buat rakan2..

> Saya telah membeli dua buah Temperature Controller
> Jenama OMRON lengkap bersama relaynya(Satu telah
> meletup,silap buat wiring) dan Thermo Couples.
Berapa harganya Jack???.  Omron nie mesti mahal nyer!!. Meletup??? 
cian awak nie..sekarang wiring dah tau buat tak???
 
> Soalan saya:-
> 1.Berapakah suhu maksima dan minima sesebuah
> incubator? (sila beri jawapan dalam bentuk celcius
> kerana ia memberi bacaan celcius sahaja).Saya cuba
> ikut seperti tunjuk ajar yang lepas,tetapi ada yang
> kata mak.40 darjah ada yang beri 37.5 darjah.

suhu 40 darjah tuh adalah suhu kritikal bermakna bukanlah suhu ideal 
yang diperlukan.  Yang paling tepat 37.8 darjah celcius macam suhu 
badan manusia juga dengan kelembapan bergantung kepada tempuh telur 
dierami.  Jadi setkan termocouple antara 38-40.  Kemudian lihat 
mentol menyala sehingga saat dia mula padam lalu dilihat suhunya, 
jika suhunya 39 celcius rendahkan lagi termostat/termocouple ke arah 
38 supaya kita dapat suhu 38 ++.  kemudian lihat julat terendah 
sehingga mentol menyala.  katalah 37.8 maka tunggu dan ulangi proses 
tersebut sehingga 

  mentol mula padam: suhu 38
  mentol mula hidup: suhu 37 

> 2.Berapa mentolkah yang diperlukan dan berapa watt?
> (ukuran incubator saya 2'x2'x2'6")
Saya gunakan mentol 5 watt sizenya kecil' jenis berkabut dan cerah.  
Bil. mentol bergantung kepada peti inkubator anda. Lakukan 
eksperimen, mula2 pasanglah 3 mentol kemudian lihat adakah boleh 
mencecah sehingga suhu kita kehendaki.  Jika tidak tambahkan mentol 
lagi sehingga suhu dikehendaki didapati.  Bukan senang nak tentukan 
bilangan mentol tanpa percubaan bagi tujuan efisen dan penjimatan. 

> 3.Dimanakah kedudukan terbaik Thermo Couples?
Dekat dengan telur, kerana nak diukur suhu berhampiran telur bukannya 
suhu dekat mentol.

> 4.Bagaimanakah kedudukan telur didalam
> incubator?(tegakkan atau baringkan)
Sebenarnya tak jadi masalah & bergantung kepada jenis inkubator, 
biasanya dibaringkan sahaja dan diterbalikkan sekali sehari.

> 5.Benarkah bekas air perlu dibuat dari alumanium?
Jika boleh, jika tidak tidak mengapa dari plastik pun tak aper.

> 6.Bagaimanakah kipas beroperasi?(menyedut udara keluar
optional kerana inkubator dengan mentol adalah still air inkubator 
tidak memerlukan peredaran udara. cuma hari ke - 18 tambahkan 
kelembapan untuk mengelakkan anak mati dalam telur & buka ruang udara 
sedikit sudah memadai untuk tujuan penetasan.

> Ini aje dulu soalan saya,kalau boleh buatkan lakaran
> untuk saya ye..
hahahhaaa! Buatlah dulu kemudian test barulah adventure..

 -sam

 

JAWAPAN 2

From:  "HS" <wal@p...>
Date:  Sun Feb 4, 2001 11:19am
Subject:  Fw: [serama] Jack Tanya Soalan
Jack, I cuba reply. Kelmarin, i salah faham.  I fikir u nak buat incubator
moving air sebab ada kipas.

Ada dua jenis incubator - Still Air dan Moving Air. Kalau Still Air, suhunya
tak sama dgn Moving Air.  U kena experiment. Jangan terlalu bergantung kpd
thermometer yang sering salah.  Utk Still Air, biasanya suhu utk mengeram
diantara 38 s/d 39 celcius. Kalau bagi 10 telur yang subur, 8 ada embryo
pada hujung hari ketiga atau start hari keempat, suhu u  sudah OK.  Hari
pertama bila u masukkan telur, hari
itu dikira hari 0, kemudian hari 1, dua, tiga dan seterusnya.

Range suhu Incubator Still Air saya diset 35 s/d 42 celcius. I tetapkan suhu
dengan menggunakan thermometer yang digantung di paras atas telur (top of
the egg).  Incubator itu memberikan saya paling banyak sukses bila
thermometer itu membaca 39 celcius.  Jadi
utk incubator itu, I pakai suhu 39 C.

Utk incubator lain yang pakai kipas I tetapkan kpd suhu 37.7 C. Pada suhu
ini, i mendapati paling banyak sukses.  Maksud "paling banyak suskses"
ialah, menetas dengan sihat, tak ada kecacatan oleh sebab terlalu panas,
terlalu sejuk; saiz badan elok, tak terlalu kecil, dll.

HS