Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

TIPS BENIH KESASARAN :

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Sat Sep 30, 2000 7:42am
Subject: Tips benih kesasaran


Assalamualaikum semua,

Huh......topik kali ini agak mengancam.

Ramai penternak menghadapi masalah telor tak menetas, 7-8 biji eram
satupun tak menetas sakit punya hati toksah cakaplah, manakan tidak
hari-hari mengendap telor tu dan dok hitung hari tak menetas jugak.

Haaa.....apa kata kali ni kita bincang pasal topik ni pulak.
Sebenarnya ada sikit rahsia nak bagi tahu caranya begini kita kena
pastikan apakah benih dari sijantan menemui sasaran ???.

Dan untuk mempastikan benih betul-betul kesasaran kita kenalah check
dahulu...haaa....bab ni sensitif sikit, tapi ingat check aje jangan
lebih-lebih lak. Bahagian kena check ialah tempat sianu..sianu induk
betina pastikan tiada semak samun atau hutan belantara yang menganggu
kalau ada kena tebas tebanglah, tapi hati-hati jangan tertebang pulak
yang itu.... kes penderaan pulak kang. Jangan lak dicabut..sakit...,
tebas-tebang ni pakai gunting bukan chainsaw, selepas terang..clear
barulah mudah untuk benih sampai kesasaran taklah sampai meleleh tang
bulu je....

Ini merupakan sebahagian bentuk usaha daripada kita selebihnya adalah
milik Allah jua.

Sekian, wassalam.

Jeff

[ EOM ]

 

RESPON 1:

From: Hami Hussein  <razak@k...>
Date: Sat Sep 30, 2000 6:51pm
Subject: Re: [serama] Tips benih kesasaran


w salam jeff..

betul kata jeff tuu...
sepatutnya kita kena tebas kat area tu supaya senang sikit sampai
benih ke tempatnya

hehe si jeff kata tebas tapi biasanyaa saya pakai cabut je..
kerana jika kita cabut bertambah ler galaknya induk kita nak menda
tu...
iskkk!!! pantang si jantang gesel terus je duduk..

RESPON 2:

From: Jaffar BL  <jaflam@t...>
Date: Sat Sep 30, 2000 10:57pm
Subject: Re: [serama] Tips benih kesasaran


Jeff, terima kasih atas tips baik masallah telor tak menjadi. Adakah cara
yang sama boleh digunakan jika mengeram sepuloh yang jadi tiga sahaja. Ini
kes kadang kadang tepat selalu miss kot !

Jaffar.

RESPON 3:

From: bakabaik  <jeffriy@y...>
Date: Sat Sep 30, 2000 11:27pm
Subject: Re: Tips benih kesasaran [ Jeff Jawab ]


Assalamualaikum,

Makk....mengeram sampai sepuloh biji.....itu dah terlalu banyak
saudara Jaafar, Induk serama ke yang mengeram ? Eraman 10 biji
sekaligus dgn seekor induk serama tidak praktikal berikutan saiz
induk serama yang terlalu kecil berbanding dengan jumlah telor,
Kenapa
tidak agih-agihkan dengan induk lain...kapan ke ? atau incubator bagi
yang suka menggunakan cara ini, sekiranya telor berbenih tapi benih
mati atau rosak sewaktu proses eraman itu amat merugikan lainlah
sekiranya tiada benih dari awal-awal lagi.

Dalam tempoh 1 minggu atau lebih, proses eraman kita boleh check ada
benih ke tidak jikalau tiada benih keluarkan, barulah induk dapat
memberi layanan pada telor yang berbenih sahaja.

Seperti yang saya katakan kita hanya berusaha yang selebihnya
terserah
pada Allah jua.

Sekian, wassalam.

Jeff
[ EOM ]