Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

PERBINCANGAN BAKA & KETURUNAN AYAM SERAMA

From:   <normanman@h...>
Date: Mon Nov 13, 2000 6:43am
Subject: Baka Ayam Serama (Norman > Aband D)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah kalau baka saya yang abang D ambil menjadi. Kerana saya risau juga takut tak berapa menjadi.

Maklumlah ayam serama nie sukar hendak kita jangkakan. Bapak baik, ibunya pun baik, belum tentu anaknya ikut menjadi dan kadang kala terdapat juga bapak dan ibu tak berapa cantik dapat menhasilkan anak yang agak elok. Diharap abang D dapat bersabar lagi sebulan dua untuk melihat perkembangan ayam dari baka saya tu. Kerana biasanya pada peringkat umur 4 ke 5 bulan adalah masa terbaik untuk menilai keseluruhannya samada menjadi atau tidak.

Untuk makluman para member milis, nak kata saya mempunyai baka yang semuanya molek tu, idaklah tetapi melauli pengalaman. Selalunya para penternak yang mempunyai baka yang baik ini, biasanya suka menjual anak yam serama baka baik pada peringkat umurnya belum mencecah ke 1 1/2 bulan. Jika pada masa itu dijualnya, kedua pihak, pembeli dan penjual akan menanggung risiko. Secara amnya anak ayam baka baik dijual didalam lingkungan RM800.00 ke RM1800.00 seekor pada peringkat umurnya dibawah 1 1/2 bulan. Kerana pada masa tersebut agak sukar untuk menentukan keadaan dan susuk tubuhnya nanti. Cuma berdasarkan kepada induk dan bapaknya sahaja. Jadi kalau anak ayam serama yang dijual itu nanti menjadi, secara tidak langsung penjual akan merasa kerugian kerana jika di simpan, harganya boleh mencecah ribuan ringgit
terutama pada peringkat umur serama muda. Andainya tidak berapa menjadi maka pembelinya pula dipihak yang rugi.

Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing untuk mengambil risiko tersebut. Kalau nak tunggu sehingga ianya membesar, harganya nanti akan selarilah mengikut tumbesaran aya tersebut. Belum ada lagi penternak dan penjual yang berani memberi jaminan yang ayam mereka akan menjadi kelak termasuklah saya. Cuma yang boleh kita jaminkan adalah salasilah baka ayam tersebut. Kalau mengikut apa yang saya pelajari tentang genetik ayam nie..tidak semestinya anak-anak ayam ini akan mengikut induknya. Kerana jalinan darah baka rumit untuk diperkatakan. Besar kemungkinan sebagai contoh..jika ada 6 ekor anak
yang menetas dari induk yang sama, berkemungkinan besar yang benar-benar mengikuti induknya secara langsung lebih kurang 2 ke 3 ekor sahaja. Yang lainnya berkemungkinan akan mengikut tubuh atau gaya dari generasi keturunannya samada dari toknya ke, moyangnya dulu ke atau sebagainya.


Kerana itu saya amat berharap agar saudara semua dapat memastikan baka anak ayam yang saudara beli kerana risikonya adalah rendah berbanding membelinya daripada baka yang tidak diketahui asalnya. Ada kala orang kata baka tidak memainkan peranan tetapi dari apa yang saya pelajari dan dapati, sebenarnya genetik bakalah yang paling banyak akan
mempengaruhi keseluruhan perkembangan ayam serama dari kecil ke dewasa nanti. Cuma sebagaimana yang kita ketahui, untuk memiliki ayam-ayam dari baka yang baik ini, kita terpaksalah berbelanja sedikit.


Pada abang D, sabar dulu lagi 1 atau 2 bulan berikutnya. Mudah-mudahan ayam saya yang dijual pada abang D akan dapat menggantikan tempat che teh abang D tu.

--norman--


From: peMINAT SERAMA  <dyns@y...>
Date: Mon Nov 13, 2000 7:26am
Subject: Re: Baka Ayam Serama (Abang D > Norman & Jeff)

Norman ..!!!

Berbicara tentang baka ni, memang susah nak kita perbincangkan ..!! Melalui pengalaman saya yg tak seberapa ni ... memang diakui kebanyakkan anak serama saya lebih mirip sifatnya kepada baka bapaknya ..! Tak tau lak kenapa jadi gitu .. hehehe agaknya si bapak tu ganehhhh lebih kot ...!!

Kalau mengikut perbualan dgn Jeff, baka serama semi superb ni adalah kacukan pelbagai dan utk mendapatkan semula bentuk serama superb, kita perlulah melalui semula proses kacukan yg dikawal keturunannya.


Buat masa ini saya sedang melakukan proses mencari semula bentuk sebenar serama saya, sehingga kini peringkat ketiga sudah dihasilkan dan hasilnya memang menggalakkan. Anak yg dihasil memang berbeza sifatnya kalau dibandingkan dgn sifat datuknya ... ianya lebih berupaya utk berdiri dgn tegak kalau dibandingkan dgn datuk maupun bapaknya.

Kalau betullah jangkaan saya, kemungkinan besar kira kira 2 or 3 generasi lagi ... bentuk sebenar serama itu akan muncul semula ..!!!

Mungkin cubaan saya ini mengambil masa sikit tapi ianya agak menarik, so aper komen Jeff & Norman dalam percubaan saya ini ..?

Abang D


KOMEN SAUDARA NORMAN

From:   <normanman@h...>
Date: Mon Nov 13, 2000 8:23am
Subject: Re: Baka Ayam Serama (Norman > Abang D)

Abang D,
Apa yang abang D praktikkan adalah betul dan ianya adalah cara conservatif atau cara lama yang digunakan untuk menghasilkan baka serama melalui satu jenis baka.

Buat pengetahuan, abang D perlu melakukan process ini untuk selama 7 generasi bagi mendapatkan baka yang benar-benar berkesan. Sekarang abang D sudah mempunyai baka 3 keturunan, apa yang perlu abang D teruskannya sehingga ke 7 keturunan. Buat teman sekelian, oleh kerana proses mendapatkan baka yang baik memerlukan masa yang lama, maka
secara tidak langsung harganya adalah mahal dan bukannya para penternak yang mempunyai baka yang baik ini sesuka hati menjual pada harga yang tinggi. Masalahnya sekarang terdapat terlalu banyak penjual yang mengambil kesempatan dengan menjual anak ayam yang tidak diketahui bakanya untuk mengaut keuntungan.

Ini yang dinamakan proses genetik jalinan darah ayam serama ataupun "Inbread Genetic Blood Lined" iaitu menggunakan ayam serama dari satu keturunan iaitu adik beradik. Kerana itu kalau kita mempunyai ayam bapak yang cantik dan pernah menjadi juara atau ada ranking tetapi induknya pula bukan dari adik beradik atau keturunannya, walau secantik mana sekalipun induk tersebut, automatik ianya menjadi ayam serama generasi pertama. Ayam serama terbaik terhasil daripada kacukan
adik beradik selama 7 keturunan dan keturunan yang ketujuh itu kita pilihlah yang terbaik antara adik beradik dia untuk terus-terusan menghasilkan baka-baka seterusnya. Barulah ayam-ayam itu mempunyai baka baik. Bukan keturunan pertama, kedua dan seterusnya tetapi adalah keturunan ketujuh bolehlah kita simpulkan akan menghasilkan product akhir yang terbaik.

Kerana itu saudara-saudara semua jangan terperanjat kalau saya katakan baka ayam terbaik ini dijual pada RM1500.00 ke RM3000.00 seekor bagi anak ayam yang berusia dibawah seminggu. Cuba kita fikirkan pula berapa harganya jika ia berusia empat atau lima bulan. Kalau kita perhatikan daripada gelagat penternak ayam serama baka baik. Bila mereka menjual ayam-ayam mereka, biasanya mereka agak keberatan untuk menjualnya sepasang. Biasanya samada induknya ataupun jantannya sahaja yang dijual. Sebabnya mudah kerana jika dijual sepasang iaitu daripada adik beradik sendiri, pembeli secara tidak langsung akan mempunyai baka yang tidak perlu untuk diproses lagi. Baka yang telah siap tanpa perlu bersusah payah. Ini saya dapati setelah saya menghabiskan ribuan ringgit dan menjadikan para penternak ini sebagai kawan baik. Barulah
rahsia ini saya dapat dari mereka.


Sebagai contoh baka Sri Perkasa saya yang mana induknya berasal dari tuanpunya dari Kedah. Bagi mereka yang berkesempatan untuk memiliki kalendar 2001 ayam serama Kedah bolehlah melihat bapa kepada Sri Perkasa Saya. Bapa bernama Sri Putra didalam kalendar bulan January dan February 2001. Buat pengetahuan semua, tuan punya tersebut menjual
ayam serama muda baka beliau itu (yang jantan sahaja) sehingga mencecah RM15,000.00 seekor. Kerana apa...cuba kita renungkan kembali kesukarannya untuk memproses ayam serama yang tersebut dan kerana itulah harganya tinggi lebih-lebih lagi sekarang kerana boleh dikatakan kegilaan keatas ayam serama semakin menjadi-jadi.

Cuma apa yang kita kesalkan ialah terdapatnya segelintir orang yang bukannya berminat sungguh keatas serama ini yang mengambil kesempatan dengan menjual baka serama yang tidak sepatutnya.

Kalau nak ceritakan tentang baka nie, kita boleh buat buku. Tetapi saya rasa ini sudah memadai sebagai panduan buat abang D dan rakan dimilis ini gunakan nanti. Secara terus terang saya katakan, jika kita tidak berapa rapat dengan para penternak ayam serama yang berjaya atau sudah terbukti mempunyai ayam-ayam yang baik, jangan haraplah mereka akan memberikan panduan ini. Apa yang saya paparkan disini adalah sebagai panduan buat semua teman semua agar lebih memahami betapa
sukarnya untuk mendapatkan baka yang baik dan mengapa harga begitu tinggi. Bukannya untuk menunjuk pandai atau berlagak, tetapi itulah yang saya dapati selama saya bergelumang didalam penternakan ayam serama.


--norman--


KOMEN SAUDARA SAM

From: Sam  <saiffulsam@h...>
Date: Mon Nov 13, 2000 1:48am
Subject: Re: Baka Ayam Serama (Sam>Norman> Abang D)


a/kum w.b.t & salam sejahtera..

t.q abang Jeff!!!! Makanan dalam musim hujan tak der ker ;-) banyak
pulak yer!!???

Yup!! Memang saya setuju dengan inbreed tersebut tetapi janganlah dikahwinkan adik beradik...sebabnya nanti genetik anak ayam yang lahir lemah & mudah mati lalu amat sukar mendapatkan baka ayam tersebut. Inbreed yang dibolehkan ialah mengahwinkan datuk atau nenek dengan cucu dll lagi (mengikut pemahaman saya).


Cara mendapatkan baka baik oleh saudara Norman dengan menerapkan nilai2 inbreed dan saya ingin mencadangkan nilai2 close breeding (jika tidak silap-lama dah tak baca buku genetik) yg hampir sama dengan inbreeds kepada saudara Norman. Bezanya tak banyak; ayam tersebut masih mempunyai pertalian darah spt saudara mara ayam tersebut tetapi bukan adik beradik.

Begini; ayam superb Z dikahwinkan dengan betina dari baka A menghasilkan C. Jika ditukarkan dengan betina B akan menghasilkan baka D. Anak dari C + D -> E. Anak dari E diharapkan dapat menghasilkan baka seperti superb Z.

Untuk pengetahuan rakan2 terdapat 4 cara dalam Breeding...
Saya sendiri sudah melupakan perkara tersebut kerana saya lebih suka kpd cara breeding melalui kaedah individual selection. Jadi biarlah saya terpesong sedikit kerana kekurangan modal & tempat. Dari sini memanglah keseragaman hasil amat sukar dijangkakan. Oleh itu ayam tersebut mestilah terdiri dari slim + slim atau epal + epal bagi mengelakkan ketidakseragaman ayam terhasil nanti.

Buat masa nie saya tak ada kamera digital untuk menangkap gambar ayam hasil perkahwinan individual selection tersebut. Kerana selepas perjumpaan kali pertama walaupun saudara Megat membawa kamera tapi kami berdua tak teringat untuk menangkap gambar ayam. Rasanya saudara Megat boleh komen kot, walaupun masih didalam kategori biasa sahaja??

Jadi di sini saya ingin menekankan pendapat saudara Norman melalui pengalaman juga adalah baru bagi saya. Saya tak buang terus kerana memang dalam breeding terdapat 4 cara. Jadi terpulanglah buat rakan2 kerana pemilihan "kaedah breeding" juga menentukan samada anda boleh menghasilkan ayam unggul atau tidak.

Jadi yang membezakannya hanyalah masa. Masa itu emas!!

-sam