Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH : MATA BERAIR & SELSEMA

From:   <royak@h...>
Date: Tue Apr 18, 2000 7:50am
Subject: sakit mata dan selsema


Hi,

Saya ada membela beberapa ekor anak ayam serama baka baik.Masalahnya
ialah anak ayam saya sering diserang oleh penyakit mata berair dan
juga selesma. Apakah penyebab kepada kedua-dua penyakit ini? Dan
bagaimanakah cara untuk mengelakkan serangan penyakit ini serta
apakah
jenis ubat untuk merawatnya.

Sekian, terima kasih.

JAWAPAN :

From: Sam  <saiffulsam@h...>
Date: Wed Apr 19, 2000 5:17am
Subject: Re: sakit mata dan selsema

Terima kasih kerana bertanyakan soalan & selamat datang ke milis ini..

Seperti semua rakan ketahui cuaca di M'sia (Pantai Barat) kini tidak
menentu iaitu hujan (petang) & panas.  Oleh itu cuaca begini adalah
tidak sesuai bagi ayam malahan apa saja unggas termasuk juga manusia.

Oleh itu jika anak ayam anda berumur < 1 bulan maka hendaklah
disimpan
di dalam kotak tertutup (beserta lubang udara) dan dipanaskan dengan
mentol 15 watts.  Ini bagi mengelakkan angin sejuk mengenai ayam dan
menyebabkan penyakit pernafasan.

Bagi ayam berumur > 2 bulan maka lampu boleh ditanggalkan.  Tetapi
haruslah dipastikan jika ayam berada di dalam kandang, sekelilingnya
haruslah ditutup dengan kain bagi mengelakkan angin sejuk meniup ke
dalam kandang.

Jika anak ayam terkena selesema atau berair mata ubat boleh didapati
dari kedai burung atau di Pusat penyembelihan seksyen 15 S. Alam.
Ubat boleh berbentuk serbuk yang dicampur dalam minuman atau pil.

Ubat tradisional seperti bawang putih boleh juga digunakan dengan
menyapu bawang yang ditumbuk kemuka ayam.

Mengenai pertandingan ayam serama anjuran persatuan ayam cantik
selangor/wilayah akan saya masukkan di kalender aktiviti di kemudian
hari.  Ini kerana saya belum menjadi ahli lagi jadi saya akan cuba
dapatkan information dari rakan-rakan yang lain.  Jika anda
telah menjadi ahli Persatuan tersebut, kalendar aktiviti akan diberi
kpd anda.   
 
-sam