JENIS SERAMA - SLIM, APPLE & APPLESLIM
From: "Do Dol"
<kamceng@h...> Date: Thu Mar 1, 2001 9:06am Subject: Jenis Ayam Serama? |
Assalamuaikum Man , Jeff, Nik , Sam, Abang D, Megat dan Teman-teman Lain... O.K...persoalan saya : Ayam serama jenis yang mana LEBIH bagus...? dan mendapat tempat di hati peminat serama serta sering memenangi pertandingan Epal (SHARIFAH AINI) Ke ATAU Slim (SITI)...? Oleh kerana saudara-saudara telah lama memelihara ayam serama ...mungkin boleh beri sedikit pandangan... yang berguna kepada teman-teman yang baru... Terima Kasih |
From: "ayam
serama" <serama2000@h...> Date: Sun Mar 4, 2001 0:55am Subject: Re: [serama] Jenis Ayam Serama? |
A'kum, Sebenarnya trend ayam ni selalu berubah dan apa yang diperhatikan, trend epal kembali mendapat tempat dihati kalangan pengadil dan bagi saya model epal dengan unsur fizikal seakan slim (tubuh kecil tetapi mendada) sememangnya the best. Bagi saya serama ini merupakan impian semua peminat serama. Cuma agak menyedihkan, di Kelantan, demam serama agak berkurangan sekarang. |
From: "BakaBaik"
<jeffriy@y...> Date: Mon Mar 5, 2001 9:32pm Subject: Model-model Ayam Serama |
Waalaikumussalam w.b.t., Ada terbaca komen P'Nick pasal pertanyaan ni, tapi tal leh nak reply tru message tu sebab Nik gunakan application canggih sangat, kenalah gostan kat belakang cari message asal Dol'. Emmm... saya setuju dengan komen Nik pasal trend ni, biasalah serupa trend seluar dan bajulah dengan sedikit perubahan last2 balik asal jugak berpusing pusing. Kali ini giliran saya pula nak berceloteh panjang. Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa terdapat 3 model ayam serama bukan 2, dimana model Slim', Apple dan AppleSlim. Model AppleSlim sudah lama diketengahkan dalam siri pertandingan cuma penyataan tentang model tidak dinyatakan, pada waktu itu apabila di usulkan persoalkan, ' Ayam tadi model apa ?', 'tahlah.... nak kata Slim.. dia tarik dada bentuk epal', nak kata epal dia berpinggang dan jalan bergaya serta berciri Slim. Salah satu Contoh serama model AppleSlim yang pernah memenangi siri pertandingan sebanyak 12 kali sekitar tahun 1999 iaitu 'Hujung Julai' (bukan July) milik En. Mohd Fauzi dari Jlan Long Yunus,Kota Bharu Kelantan. Mengikut rekod Kelab Serama Malaysia dan Serama Kelantan 'Hujung Julai' adalah seberat 360g, pada waktu itu berat timbangan ayam serama dibawah 250g merupakan perkara biasa, dan ciri2 serama pada waktu itu seperti berkaki kasar, pendek dengan sayap panjang tak melepasi kaki ( macam Superman ) model begini tidak lagi diminati. Saya amat tertarik sekali dengan 'Hujung Julai', bagi saya ia adalah satu produk terbaik dikala itu, dengan berkaki halus/sedang kedudukan sayap sepadan dengan kaki dan ciri istimewa terletak pada lawi, pernah mendengar 'lawi tongkat langit' ? begitulah lawi 'Hujung Julai', gelaran 'lawi tongkat langit' diambil berpandukan 'Hujung Julai', sayang sekali ' Hujung Julai' diberitakan mati pada April 2000.Gambarnya banyak dipaparkan di website, Insyaalah akan saya usaha attachkan satu masa nanti, dimana akan saya nyatakan pula dimanakah kelemahan dan kecacatan 'Hujung Julai' mengikut pandangan hari ini. Berbalik kita kepada apa yang dikatakan model-model serama: 1. Slim Mempunyai pinggang yang ketara dengan bentuk dada kecil tapi cantik, cukup aktif bergaya kadang2 liar, bentuk tubuhnya akan berkekalan sehingga usia tua cuma bentuk dadanya sahaja yang akan membesar sedikit dari sebelumnya, model begini memerlukan bahagian tengkok yang panjang supaya ia boleh menarik kepala kebelakang bertemu ekor.Model begini kalau diatas meja boleh berjalan keliling... aktif sangat katakan... jenis ini induk pun ngeri, adakalanya dia bantai induk macam ayam laga jantan sama jantan, jangan dibiarkan taji terlalu tajam..... niaya nanti.... 2. Apple Model ini adakalanya boleh dikesan sewaktu berusia dibawah 3 bulan lagi, tidak berpinggang dimana kita lihat seakan batang ekor tumbuh diatas belakang badan ( istilah 'badan singkat' ). Ciri2 tidak aktif seperti serama Slim, kadang2 mengejar induk sampai terhoyong hayang hingga balung bertukar kebiruan dan tercungap-cungap, si induk relaks jer.. heee....heeeee.... kalau nak baka jangan taruk dengan induk dalam ruang yang terlalu luas... sah...kena lari keliling padang belum tentu dapat.... heeee...heeee. Model ini kalau diatas meja kebanyakan nya langsung tak bergerak hanya menunjukkan aksi dada yang besar kadang2 macam patung..... lakkkkk. 3. AppleSlim Mempunyai ruang pinggang yang kecil dan berdada saiz sederhana besar. Model ini susah dikesan diperingkat kecil, kebanyakan nya ia bermula dari model Slim, waktu muda ada sebahagian nya langsung tidak berdada sebaik sahaja selepas meluruh atau matang barulah terbentuk dada yang besar, model ini lebih aktif dari model Apple tapi tak leh lawan.. aktif model Slim lagi, Model ini lah yang agak digemari kini dengan sedikit upgrading dibandingkan dengan produk terdahulu. Tidak dinafikan kebanyakan pengadil akan memberi markah yang tinggi hanya pada bentuk model yang dia gemari sahaja, kalau dia suka model Apple bila taruk naik ayam Slim dia buat acoh tak acoh aje begitulah juga sebaliknya, kerana itulah model AppleSlim menjadi pilihan kini. Huhhhhh.... kalau nak kira.... banyak lagi nak bagitau ni..... tapi dah tak larat dahhhhhh.... baby lakkkk nangis...lampin basah.. Lain kali pulak kita sambung.... Wassalam Jeff [ EOM ] |