Make your own free website on Tripod.com

soal jawab forum.jpg (16851 bytes)

 

MASAALAH PERBEZAAN SERAMA A vs SERAMA B

From: Do Dol  <kamceng@h...>
Date: Thu Sep 14, 2000 10:37am
Subject: Serama A Vs Serama B

Kawe nok tanye lagi nie...

Soalan kali ini kawe tujukan kepada Sam -
Sebab hang nak jual serama B kan...

soalannay lagu nie...

Dok apo yang membezakan Serama A dengan Serama B nie?
dan bagaimanakah jenis Serama B nie boleh ujud ?

Adakah dok terlebih makan ...ataupun baka Serama B
memang ujud...

JAWAPAN :

From: Sam  <saiffulsam@h...>
Date: Fri Sep 15, 2000 9:28am
Subject: Re: Serama A Vs Serama B

a/kum w.b.t & salam sejahtera ..

Menurut teman kawan dari Indonesia; ayam serama dari dulu wujud
melalui perkahwinan sesama ayam katik yang berasal dari Jepang;
mungkin juga antara ayam bantam dan ayam hutan.  Kebenarannya mungkin
kena tanya pada Kementerian kut??
Jadi penternak dari Thailand kahwinkan ayam tersebut sehinggalah
mereka dapat ayam yg mereka idamkan.  Proses ini mengambil masa lebih
kurang 10 tahun.  Dan menurut Zam ayahnya pergi ke Thailand dan
disana ayam serama A cuma RM15/ ekor (RM150 bath).  Jadi di Thailand
teknologi genetik dia orang memang canggih..

Gini; menurut kawan serama A & B sebenarnya dari satu keturunan; ada
yang kecil ada yang besar; dalam setiap berkahwinan terdapat satu
carier atau pembawa yang dominan yang diturunkan kepada anak2 ayam
tersebut.  Jika induk jantan dan betina carier dominan adalah seperti
kaki kecil; saiz kecil maka anak tersebut disebut serama A.
Dan jika anak terhasil besar maka dikelaskan dengan kelas B.  Ini
terbukti kerana diperhatikan setiap anak yang terhasil pasti terdapat
anak yang kecil dan tidak semestinya anak terakhir. 

Jadi jika anak yang kecil ini dikahwinkan dengan induk yang kecil
peratus untuk hasilkan anak yang kecil turut tinggi. Walaupun
bukannya anak nanti saiz kecil.  Kaedah ini juga digunakan oleh
kawan2 di Kelantan dan berjaya mendapat tempat ke-4.

Mengenai serama A menjadi B memanglah biasa kerana berlebihan makan.
Tetapi jika dilihat serama A (ideal) biasanya bersaiz kecil dan tidak
besar ini termasuk balung; kaki; dll lagi.  Jika diberi makan banyak
saiz nya masih begitu cuma beratnya sahaja bertambah dan ayam
kelihatan tembam..

-sam