REBAN AYAM SERAMA DI KAWASAN RUMAH TERES/TERHAD.

Pembelaan Ayam Serama bukan terhad kepada peminat - peminat serama yang mempunyai kawasan rumah yang luas sahaja malahan yang tinggal diflat flat pun ada turut membelanya.

Bagi peminat yang tinggal dikawasan yg terhad seperti flat & rumah teres, untuk membuat reban serama menjadi masaalah besar. Sebenarnya serama tidak semestinya memerlukan reban yang mempunyai keluasan yang besar, keluasan yg agak selesa sudah mencukup bagi ayam serama. 

Yang paling utama, reban tersebut perlulah mempunyai pasir dibahagian lantainya, ruangan angin dikiri & kanan dan lampu yg boleh digunakan pada malam/ musim hujan.

Disini saya sertakan gambar reban yang boleh digunakan bagi peminat - peminat yang tinggal di rumah teres.

 

WEBMASTER - Abang D