RUTIN PEMINAT/PEMBELA AYAM SERAMA

Membela Ayam Serama ini memang mengasyikkan !! Kena pulak si Serama tu pandai pulak bergaya ... 2 - 3 jam dok membeleknya tak terasa ..!!!!

Bagi mendapatkan Ayam Serama yang pandai bergaya ini memang susah dan banyak masa perlu diluangkan. Disini saya ingin berkongsi pengalaman dengan para peminat semua agar disamping berkongsi pengalaman, saya harap Ayam Serama peliharaan peminat - peminat semua sentiasa sihat dan mampu bergaya dengan baik.

Saya bercerita tentang AYAM SERAMA bukannya AYAM BHARA atau yg sewaktu dengannya. Tetapi petua ini boleh juga digunakan kepada AYAM BHARA mungkin gaya & prestasi AYAM BHARA ini yang akan tidak dapat dilihat sama seperti AYAM SERAMA.

- Anak Serama

Kebanyakkan induk Serama tidak pandai menjaga anaknya jadi sekiranya induknya termasuk kedalam kategori ini, anaknya perlulah dipisahkan selewat lewatnya satu(1) minggu selepas menetas. Sebuah kotak yang berukuran 2.5 kaki panjang x 2.5 kaki lebar & 2 kaki tinggi perlu disediakan. Kotak ini perlu di buat ruang udara/pintu yang dipasang net nyamuk. Sebiji lampu berkuasa 5 watt wajib dipasang didalam kotak tersebut & dipasang 24 jam, lebih lebih lagi diwaktu cuaca sejuk. Makanan khas utk anak perlu diberi, ada diantara peminat serama memberi makanan khas utk anak ayam daging. Ini dilakukan bagi mempercepatkan tumbesaran anak serama itu. Semasa anak ini masih kecil (sehingga 2 bulan) tidak digalakkan meletakkan pasir sebagai pengalas kotak kerana dikuartiri pasir itu akan memasuki mata anak - anak serama tersebut jadi adalah lebih baik diletakkan 'carpet' sebagai pengalas. Air minuman yang dicampur dengan Champion SK adalah digalakkan diberi pada anak serama tersebut dan hendaklah dipastikan air sentiasa ada sebab tanpa air kemungkinan anak serama tersebut akan mati kerana kehausan dek kepanasan lampu itu tadi.

- Serama Remaja

Ayam Serama mula belajar berkokok apabila berumur 2 bulan, sewaktu ini kita sudah nampak akan gayanya walaupun bukan sepenuhnya. Bagi Baka Hussin 2000, apabila diurut dadanya akan duduk diam sambil menonjolkan dadanya serta kepak yang lurus kebawah. Sewaktu ini serama remaja ini sudah mula menunjukkan aksi aksi galaknya. Pemberian vitamin sudah boleh dimulakan pada peringkat ini. Diwaktu inilah kita perlu menjaga dengan rapi perkembangan tumbesaran serama ini kerana sedikit kesilapan akan merencatkan tumbesarannya. Seminggu sekali (bergantung pada cuaca) bolehlah dimandikan serama ini, sampoo khas utk serama dicampur dengan air dettol baik digunakan kerana sampoo untuk merapikan bulu bulu serama tersebut sementara itu dettol pula boleh mematikan segala hama yang terdapat dibadan/bulu serama tersebut.

- Serama Muda

Menjadi atau tidaknya seseekor Ayam Serama tersebut bergantung kepada prestasi dikala ini. Tetapi terdapat juga serama yang lambat menunjukkan kehebatannya bergaya dalam bahasa mudah LAMBAT SIAP !!!

Pemberian vitamin secara berkala amatlah diperlukan. Vitamin seperti Pil Minyak Ikan, Vitamin B Complex, Kalsium adalah diwajibkan. Diwaktu inilah LAWI serama tersebut sedang tumbuh jadi bagi mempastikan tumbesaran lawi itu tumbuh dengan baik, sedikit penjagaan perlu diberi. Selain dimandikan setiap minggu,digalakkan setiap pagi & petang perlulah dibasuh pada bahagian ekor serama tersebut. Semasa mengeringkan ekor serama itu, urut lawi itu agar bertaut(p) antara satu sama lain. Ini akan membantu lawi itu tumbuh dengan cara bertaut & tegak (pacak). Pada sebelah malam pula, masukkan serama tersebut kedalam kotak seperti Kotak ISA tetapi bersaiz lebih besar yang berukuran 6 in x 6 in & tinggi 12 in. Ini membantu ekor serama tesebut sentiasa dalam keadaan tegak ... Sewaktu didalam kotak ini, serama terpaksa tidur dengan cara mensandarkan ekornya kedinding kotak itu. Buat pengetahuan semua kotak ini banyak dijual disekitar tempat pertandingan tetapi pastikan dulu saiznya, jangan beli kalau saiz lebih kecil .. besar sikit tak per !!!! 

Tutup kotak tersebut dengan kain agar keadaan dalam kotak itu gelap bagi memudahkan serama tersebut tidur tanpa gangguan. Tidur yang cukup bagi serama muda amatlah penting kerana bagi serama muda pada sebelah siang amatlah aktif .. paham paham jerlahh darah muda ... !!!! Bagi semua serama saya lebih lebih lagi serama jantan, tepat jam 7.00 malam saya sudah masukkan kedalam kotak agar serama itu dapat berehat dan cukup tidur.

Oklah bagi penerangan berkenaan Serama Dewasa & Serama Betina/Induk akan saya sambung di aktikel akan datang.

 

Sekian, terima kasih

WEBMASTER - Abang D