Make your own free website on Tripod.com

TIPS PENJAGAAN SERAMA - Khas buat peminat-peminat baru Ayam Serama

 

PENGGUNAAN KOTAK I.S.A

Ramai yang keliru dengan kegunaan Kotak I.S.A ini terutama kepada peminat - peminat Serama yang baru berjinak dengan hobi ini. Ramai bertanya kepada WebMaster betul ker Kotak I.S.A ini boleh membentuk serama tersebut berdiri tegak dan mendada ??? Sebenarnya kegunaan kotak ini hanyalah untuk :

- Memudahkan membawa serama ke sesuatu tempat seperti tempat pertandingan atau untuk balik kampung.

- Memudahkan menyimpan serama pada waktu malam di dalam rumah. Kalau tinggalkan didalam reban diluar rumah takut kecurian pulak !!!

- Membentuk ekor serama yang masih muda. Sebenarnya ketika berapa didalam kotak ini, serama akan tidur dalam keadaan duduk dengan ekor tersandar pada dinding kotak. Dengan cara ini ekornya akan sentiasa berada didalam keadaan tegak.

Saiz Kotak I.S.A ini perlulah diberi perhatian yang lebih, jangan sesekali menggunakan kotak yang terlampau kecil saiznya ... ini akan menyeksa serama tersebut. Saiz kotak yang paling ideal ialah 7 inci x 7 inci dengan ketinggian 1 - 1.5 kaki, dengan saiz ini serama akan dapat tidur dengan selesa. Buat pengetahuan peminat serama yang baru, serama ini tidak perlu dilatih untuk berdiri dengan tegak. Jika sekiranya serama tersebut adalah serama tulin & bukan nya dari jenis ayam bhara, sudah pasti ia akan berupaya berdirisecara tegak dan bergaya. Samada ianya betul - betul tegak bergaya sambil menonjolkan dadanya itu bergantung kepada kualiti serama tersebut. Sebab itulah didalam hal untuk mencari serama untuk dibela webmaster lebih menekan kepada baka atau susur galur sesekor serama tersebut. Sekiranya webmaster inginkan serama yang berdada besar, webmaster lebih suka kepada serama dari baka 2000 dan sekiranya webmaster inginkan pula serama yang beraksi sambil mengangkat kakinya sebelah, webmaster dapatkan pula serama dari baka darah hijau milik Mat Awang dan begitulah seterusnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

WebMaster - Abang D