Make your own free website on Tripod.com

TIPS PENJAGAAN SERAMA - Khas buat peminat-peminat baru Ayam Serama

 

PENJAGAAN AYAM SERAMA

Penjagaan ayam serama adalah merangkumi kesemua faktor yang berkaitan dengan kesihatan dan pengurusan seseekor ayam itu bagi mempastikan ayam itu sentiasa berada didalam keadaan yang baik, sihat & bebas dari segala penyakit.

Terdapat 4 faktor penting dalam penjagaan ayam serama iaitu :

1. Pencegahan penyakit melalui program vaksinasi.

2. Pemberian ubat cacing yang seragam.

3. Program pemakanan yang seimbang.

4. Pengurusan harian.

 

Pencegahan Penyakit ( Vaksinasi ).

Terdapat 2 jenis penyakit yang paling endemik dan biasa menyerang ayam serama iaitu Penyakit Sampar ( New Castle Disease) dan Penyakit Puru ( FowlPox ). Penyakit - penyakit ini dapat dielakkan dangan pemberian vaksin kepada ayam diperingkat anak lagi.

 

- Penyakit Sampar ( New Castle Disease )

  Pemberian vaksin ini biasanya adalah secra ubat titisan mata atau titisan pada lubang

  hidung (1 - 2 titisan ).

  Biasanya ia dilakukan pada umur 1 - 7 hari dan diulangi semula pada umur 21 hari dan

  kemuadiannya di teruskan sepanjang hayat ayam serama tersebut.

 

- Penyakit Puru Ayam ( Fowl Pox )

  Pemberian vaksin adalah secara ( 'wing-web' ) iaitu vaksin dicucuk menggunakan jarum khas

  bermata dua yang dicucukkan dibahagian yang tidak bersalur darah dibahagian penjuru

  kepak.

  Biasanya ianya dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada umur anak ayam seminggu dan

  keatas dan kemuadiannya diulangi sekali lagi pada 5 - 7 minggu kemuadiannya.

 

Pemberian Ubat Cacing.

Pemberian ubat cacing yang seragam mengikut waktu yang telah ditetapkan adalah penting bagi memastikan ayam serama kita itu bebas dari serangan cacing. Cacing bukan sahaja merosakkan organ dalaman ayam malah ia akan membantutkan tumbersaran anak ayam, mendatangkan stress dan ini akan mendorong kepada terdedah pada penyakit lain.

 

Antara jenis - jenis cacing yang biasa terdapat pada ayam serama adalah cacing gelang (Ascaridia galli), cacing pita (Raillietina sp.), cacing didalam sekum (Heterakis gallinae), cacing didalam mata (Oxyspirura mansoni) dan cacing dibahagian tekak (Syngamus trachea).

 

Cara yang terbaik bagi mengawal masalah cacing adalah juga termasuk kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal ayam serama, mengawal hos kedua bagi cacing tersebut seperti kumbang, belalang dan juga cacing tanah.

 

Masalah yang berkaitan dengan cacingdapat diatasi dengan membina sangkar tinggi daripada tanah kerana dengan cara ini kita dapat menghalang ayam serama daripada najis yang telah tercemar dan penggunaan racun serangga bagi mengawal hos kedua itu tadi.

 

Antara jenis ubat cacing yang biasa digunakan adalah Piperazine (cacing gelang dan cacing sekum), Tetramisole (cacing gelang) dan Pyrantel tartrate (cacing gelang).

 

Pemberian ubat cacing adalah secara oral iaitu terus atau semada dicampurkan dengan makanan atau air minuman. Selok eloknya ubat cacing ini diberi sebulan sekali pada peringkat awal dan dikurungkan kepada 3 bulan sekali pada peringkat matang.

 

Pemakanan yang Seimbang.

Pemakanan yang seimbang adalah bermaksud pemakanan yang lengkap dan mengandungi nutrien penting seperti protien, karbihidrat, fiber, vitamin dan mineral pada kadar yang sepatutnya dan air bersih yang secukupnya.

 

Makan yang berprotien tinggi adalah diperlukan bagi peringkat anak ayam antara 1-3 bulan bagi mempastikan tumbesaran yang baik.

 

Kalsium diperlukan terutama untuk ibu ayam yang bertelur dan juga untuk tulang yang kuat.

 

Ada juga pemilik ayam serama gemar memberi makanan tambahan seperti ulat burung kepada ayam mereka. Ulat adalah salah satu sumber protien tetapi tidak boleh diberi secara berlebihan, dimana bagi anak ayam cukuplah sekadar 2 ekor manakala ayam dewasa sebanyak 5 ekor sehari.

 

Ayam serama dibanggakan dengan kesenian dan kecantikkannya, jadi sesetengah pemilik ayam serama memberi minyak ikan (pil) untuk mendapatkan bulu yang cantik dan berkilat.

 

Pengurusan Harian.

 

Pengurusan harian yang dimaksudkan disini adalah cara pemilik ayam serama itu menguruskan ayamnya dari segi kebersihan persekitaran ayam dan juga ayam itu sendiri.

 

Pengurusan yang baik ialah dengan adanya sistem sangkar yang tersusun, sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dapat memisahkan ayam dari najisnya.

 

Bekas makanan dan minuman hendaklah selalu dibersihkan supaya bebas dari kulat.

 

Ayam juga hendaklah selalu dibelai dan dibersihkan. Mandikan ayam serama seminggu sekali dan gunakan syampu yang sesuai.

 

WebMaster mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Intan Shameha Abd Razak dari Klinik Haiwan Tropika atas aktikel beliau.

 

WebMaster - Abang D