Make your own free website on Tripod.com

TIPS PENJAGAAN SERAMA - Khas buat peminat-peminat baru Ayam Serama

 

PEMBERIAN ULAT PADA SERAMA

Ramai dikalangan penternak Ayam Serama memberi Serama mereka makan ULAT Burung. Ulat ini boleh dibeli dikedai kedai menjual haiwan peliharaan (PETS).

Ulat Burung ini dipercayai mengandungi kandungan protien yg tinggi dan sangat baik bagi tumbesaran Serama.

Tetapi pemberian ulat ni, ada jugak tak baiknya. Terutama pada anak - anak ayam. Tapi bagi ayam - ayam serama koleksi saya, ulat burung ini memang telah menjadi makanan harian ... tapi taklah banyak, dalam 5 ekor sehari.

Tidak baiknya ulat ni, terutama pada anak - anak ayam, sekiranya ayam tu jenis gelojoh. Ayam jenis ini, akan menelan ulat tersebut hidup - hidup. Kalau kita perhatikan, ulat ini boleh menebok plastik sebab ia mempunyai gigi tajam dan kaki. Dia boleh mengorek. Ada kemungkinan, ulat yg ditelan masih hidup dan sempat menggigit mana2 rongga badan menyebabkan luka dan berlakunya pendarahan.

Apa yg saya lakukan ketika memberi makan adalah:

- Memberi seekor - seekor.
- Biarkan ayam mematuk ulat tersebut, jangan lepaskan. Biar badannya terputus dua.
- Jangan beri terlalu, kerap. Ambil masa utk serama itu menelan.
- Kalau anak, biar dia berebut2, tarik menarik antara satu sama lain. Ia akan terputus dua.
- Jangan terlalu ikutkan, selera ayam.

Ini andaian saya. Sebab tika dulu, saya perhatikan ada serama yang berasa tak selesa selepas memakannya. Macam ada yg mengganggu saluran kerongkong. Kebimbangan mula timbul dan mencuba cara diatas. Cuba - cubalah kalau dapat membantu.

Sekian, terima kasih.

"WebMaster mengucapkan ribuan terima kasih kepada s'dara Kamarudin (Serama Twin) kerana sumbangkan aktikel diatas".

WEBMASTER - Abang D